Friday, February 15, 2013

Kari daging dan kenduri



Assalammualaikum.. salam jumaat. Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat, tapi anak bujang saya pulak demam.. balik kg mesti demam.. ni dah 2 hari demam, tgk pagi ni dah tak panas dah.. tapi cam dedar.. anak saya semua takut makan ubat.. macam nak mendera je kalau orang dengar.. hahahaha.. 

Menu kari ni saya buat hari jumaat lepas sebelum balik kampung. Saya ni peminat tegar kari.. dalam seminggu mesti ada lauk kari..ahahahaha...  nak resepi? senang ke buatnya..

Bahan:
Daging (di potong kecil)
Bawang sederhana besar *
Bawang putih 3 ulas *
Halia (besar setengah ibu jari) *
Santan pekat
Kentang (di potong 6)
Daun kari
Rempah Kari daging(jumlah kari terpulang, kalau suka rasa kari yang kuat letak le banyak tapi tgk jugak la pada jumlah daging)

Cara:
Bahan bertanda * ditumbuk halus. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk bersama daun kari. Gaul hingga naik bau. Masukkan rempah kari (jadikan pes dengan campur sedikit air). Tumis hingga naik minyak. Masukkan daging dan sedikit air menutup daging. Biar mendidih masak hingga agak empuk masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk. Masukkan Santan pekat sikit-sikit. Ye lah.. kalau bubuh semua kang jadi apa pulak.. masa ni la nak tentukan kecairan atau kepekatan kuah. Masukkan garam dan perasa. Siap! 


Masa di kampung hari tu, ada kenduri di rumah mak ngah sempena pertunangan anak lelaki bongsu yakni sepupu aku. hahaha...  ni beberapa gambar.. 



Lama tak makan berhidang camtu.. memang selera lah..  

Wednesday, February 06, 2013

Sambal belacan


Fuh! Fuh! ish.. berhabuk da blog aku nih.. hehehe.. lama dah ku tinggalkan.. terima kasih pada yang masih menanti new entry hmm ada ker? hahahaha.. sejak akhir2 ni agak sibuk sikit tapi ari ni ku luangkan sikit masa hapdet hehehe.. 

Sambal belacan.. seme orang bole buat kan? senang je.. ada pantun kata "apa guna ber mekap tebal, kalau tak mampu menumbuk sambal" ceh ceh ceh.. hehehe.. ye ker? tapi zaman la ni releven lagi menumbuk sambal? seme dah senang.. masukkan dalam blender.. trrrrr!! siap da..kacang kan? hahaha pastu rasa.. hmm kenapa tak sama macam mak punya? kenapa hancur sangat ni? kenapa?kenapa? ha.... bagi saya lesung batu kena ada okey.. kalau setakat nak buat semangkuk sambal belacan tak pun rencah2 mee atau kuah ke.. tumbuk je la.. jimat letrik dan yang pasti rasa memang original! kalau nak masak bebanyak ko tumbuk bahan jah tercabut lengan ko!! haaaa.. gaya ala2 Azwan Ali gitu hahaha.. apa la yang aku melalut ni.. hahahaha.. mari lah kita pulang ke pangkal jalan.. 

Sambal belacan ku bikin semalam.. makan dengan kuah Udang masak lemak kacang.. 


menu kampung gitu.. bertambah makan ha.. pastu goreng plak ikan cencaru garing pergh!! hahahaha... bile nak kurus ni? hhaha.. :P 

Cara nak buat senang je.. bahan penting mestila belacan.. kalau tak.. takkan dia dipanggil sambal belacan.. hehehe.. banyak belacan jangan bebanyak tengok pada cili kita tu.. 

Belacan di bakar sampai dah berbau tu.. kira dah terbakar la tu.. hehe.. pastu patah2 kan beberapa batang cili hidup merah yang dah dibasuh. Kalau nak pedas tambah kan sikit cili padi, kalau nak pedas bubuh le bebanyak. Tumbuk cili dulu hingga lumat tak pun sedang lumat, masukkan pula belacan bakar tadi dan sedikit garam. Tumbuk lagi sekejap je. Amik 2 atau 3 biji limau kasturi .. perahkan didalam bahan tumbuk tadi. Kalau nak letak air asam pun bolehhh.. gaul rata. Siap! 


terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..