Friday, November 29, 2013

Umar oh Umar.. susahnya nak bagi makan ubat!


Hari ni entry ku pasal anak bujang aku ni ha.. lama tak menghapdet tetibaaaa pasal ni kan? haaa itu tandanya.. aku dah takde idea nak buat camne ha..

Hari sabtu lepas, umar muntah2 habih baju.... muntah yang macam air terjun tu.. ha, mula lah aku dan suami dok ligat pikir, apa la yang dia makan nih?? haa.. apa yg aku makan dia pun makan.. pastu dia sorang je yang sakit perut ni..

So perkara pertama, aku tak pakaikan baju seluar seme, just pampers.. asik la nak membasuh baju kena muntah pun tak praktikal kan? hahahhahaha  pastu aku tak bagi dia minum susu.. aku bagi dia minum hundred plus.. yang xder gas tu.. sebab dia air bergaram dan mudah serap ke dalam usus so dapat elakkan dia dari muntah lagi.. memang menjadi.. hari tu je la di muntah2.. selang sehari lepas tu.. Umar start cherry berry.. mula tu macam xde la sangat.. hari rabu lepas makin teruk.. so aku decide to bawa ke hospital je la.. sebab dia memang tak bole nak makan/minum apa pun mesti cirit.. abih seluar baju seme.. 

Sampai hospital, kemain sihat Umar.. doktor kata macam tak sakit je.. pulakkkkk... so dia cek sikit lebih kurang..kata bagi je dia minum.. so x perlu nak drip air..  aku balik rumah.. tghari tu aku bagi dia mihun sup, banyak dia makan.. dalam kereta tak sampai rumah lagi.. satu kereta berbau harum hahahaha umar dah "buat kuih" abih kena seluar.. aku kata.. tak bole jadi nih.. x tahan la.. kita tgk dia pun kesian.. so kami pergi klinik.. doktor bagi ubat cirit dan angin..

Mula la episode, bagi umar makan ubat.. suami tukang pegang.. aku tukang bagi ubat.. seme cara sudah ku buat.. guna syringe picit, dia sembur.. picit hidung, masukkan ubat pun sembur jugak.. tapi aku tak putus asa.. dia buang ubat.. aku masukkan ubat lagi.. hahahhaha... jadi lah tu.. 

Malam tu dia tak cirit lagi dah.. 

Pagi ni, tgk dia active balik.. haaa.. senang hati tgk dia dah sihat... lepas breakfast dia berak lagi.. tak cirit la tapi ada sikit.. haaaa.. kena bagi ubat lagi..  aduh.. susahnya nak bagi dia makan ubat!!!

masuk dalam susu, aku dah pernah cuba tapi untuk ubat berasa ni.. dia tau.. dah x tau nak buat camne dah!!! 

Ada idea tak? :)  

Sunday, October 27, 2013

Moist Chocolate Cake





Jemput makan kek! hehe.. semalam hari rajin dan hari tak berapa nak best bagi aku la hehe.. macam2 halangan masa buat kek nih.. Kek moist ni senang je buatnya sebab aku memang selalu buat dulu la hahaha mungkin penyakit M yang bersarang dah pulih kekekeke... 

Sebelum aku buat kek moist ni, aku dah buat satu adunan kek coklat resepi lain versi bakar..tapi harapan ku hancur bak pasir ditiup angin hahahaha... bukan sebab tak jadi sebab salah buat atau resepi salah ke.. atau hangus ke.. tapi sebab adunan kek ni terlambak didalam oven!! ha?? macamana tu? ha.. tu la kan nak buat camner.. masa nak masukkan dalam oven si kakak ngan adik dok bertolak, sebok nak tgk adunan kek aku ni ha.. dgn berhati-hati nak masukkan.. si adik gi tarik baju aku kebelakang.. apalagi .. redha jela.. masa tu marah memang marah tapi benda da nak terjadi :(( 

Tapi aku masih tak puas hati..huahua.. nak jugak buat kek ni ha.. so aku buat la version kukus macam yang selalu ( bole bakar juga ye resepi ni tapi kukus lebih moist). Aku buat kek ni.. dgn serba kekurangan ceh ceh.. gula aku kurangkan sebab dah habis.. dan telur sepatutnya 4 biji tapi telur da habis stok pulak tinggal 3 biji (gred B) aku redah je la.. Alhamdulillah jadi. 

Aku dah pernah buat entry ni sebelum ni.. SINI tapi hari ni aku salin kat sini jugak ye..Resepi ni dari kak Munirah Baharom, terima kasih semoga ilmu ni bermanfaat buat semua. 

bhn2 A:
1 cwn gula pasir (*rasanya kurangkan gula lagi sedap, kalau tak suka manis macam saya hehe..)
1 cwn serbuk koko (*kali ni aku guna dark koko mungkin sebab tu kaler kek aku sangat hitam legam hahaha)
1 cwn susu cair..
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak msk..
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bhn nih ayak k..

bhn C: telur 4 bj (blender jer) gred A

Cra2 bt:
satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...(balut tutup pengukus ngan kain/aluminium foil

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek td.. topping mudah jer...serbuk koko + susu pekat + susu cair + secubit mentega = msk cr double boiler hingga sebati cmua bhn2 td....(agak2 je)..



Selamat mencuba...



Sunday, October 06, 2013

Nasi Goreng Cili Hijau



Menu ni saya buat malam semalam.. memandangkan seharian berjalan semalam so malam buat yang ringkas2 je lah..

Nasi goreng cili hijau ni, buatkan saya terkenang masa sekolah dulu.. makcik kantin ada buat memang feveret saya la.. beza cili hijau ngan cili padi hijau tau.. rasa dia tak sama.. dari segi pedas dan cili hijau ni rasa masam sikit so bile makan ngan ikan bilis tu memang ngam lah.. 


Ha.. tu la rupanya.. tak berapa nak jelas..amik memalam gambar pun kelam malam.. tapi jadi la dari takde kan? hahaha..tu pun gambar ni aku amik dari instagram aku.. keke..  untuk resepi rujuk gambar tu ye..Hidangan ni untuk satu mangkuk nasi (dalam 2-3 orang makan la),  semua tu di tumbuk kasar/halus terpulang, pastu goreng.. yang takde dalam gambar tu adalah kiub pati ikan bilis.. ni la dia nyer rahsia.. bila bahan tumbuk/kisar tu dah berbau harum, masukkan kiub ni.. 1 je.. gaul rata, masukkan telur, pastu masukkan nasi.. gaul rata.. siap. Tak perlu garam, perasa seme da.. nak sedap lagi.. goreng ikan bilis pastu tabur ke kat nasi goreng kita. 




Wednesday, October 02, 2013

Berlado Ikan Kembung


Assalammualaikum.. selamat hari rabu hehe.. hari ni agak sibuk.. anak lelaki saya pepagi dah kena neb sebab kahak dia dah banyak sangat sampai tak bole nak bernafas dengan betul.. sian anak ibu.. lekas2 sembuh ye..

Oh ye.. hari isnin hari tu saya cabut gigi kan? keke.. lepas cabut tu sakit kejap je.. pastu dah tak sakit da.. lepas ni tak takut lagi la nak ke klinik gigi hehe.. harap2 takde lagi la ye..

Hari ni masak yang ringkas2 je.. masak berlado ikan kembung, ni memang feveret cik abang.. tiap kali makan dia akan reminisce zaman kanak2 dia, mak kawan dia selalu masak lauk ni dan dia masih teringatkan betapa sedapnyer masakan makcik tu.. eh.. ni nak kata masakan aku tak sedapkah? hahaha.. xder lah.. dia kata.. air tangan tak sama.. menu sama.. end product memang beza.. wah.. kemain lagi term marketing hahaha...

Nak kawankan dengan sambal berlado ni.. aku masakkan kangkung goreng belacan sikit.. 

Senang je nak masak berlado ni ha.. sambal ni bole apply kat apa2 yang korang suka.. ayam, daging, terung macam2 lagi lah.. cuma yang bezanyer setengah orang suka pedas manis, ada yang pedas menyengat.. ada yang ala2 je.. hehe.. macam aku suka pedas menyengat.. tapi cik abang tak tahan pedas so aku medium kan tahap kepedasan..

Ni resepi kalau nak cuba.

Bahan macam biasalah aku ni main agak2 je... untuk menu ni aku guna 5 ekor ikan kembung besar:

Bahan Kisar:
1 Biji bawang besar
5 Batang cili hidup (merah)
5 Biji cili padi merah (kasik pedas sikit) *optional
1 Biji tomato *sedang2 je

Lepas gorengkan ikan garing2.. keluarkan minyak ikan tu sikit.. tumiskan bahan kisar hingga garing.. masukkan garam, gula dan perasa. Cukup rasa, tutup api. Siap!
Curahkan atas ikan :)

Selamat Mencuba!

Monday, September 30, 2013

Gigi dah cabut!!



Hello readers! haha. ada ker? keke.. okeylah semalam aku melepaskan sakit gigi ku di blog.. sakit yang dah lama aku simpan.. hari ni pergi jua...Alhamdulillah.. 


Semalaman aku tak lena tidur memikirkan.. macamana la nak cabut gigi besok.. takutnye kalau doktor garang.. macam mana kalau doktor cabut gigi yang salah.. huhu macam2 soalan kat otak aku ni ha...

Aku gerak dari rumah pukul 8.30 pagi.. ye la klinik bukak kul 8.. budget2 kalau gi pagi orang tak ramai.. bila da sampai kat klinik kesihatan ampang.. tgh renovation pulak!! ha.. bagus da nih hahaha tak yah cabut gigi.. pastu cik abang suggest kita ke klinik pergigian kg pandan dalam je lah.. alamak.. ingat tak jadi tadi.. so dengan berat hati aku gi.. macam budak2 kan? haha... sampai ke klinik kul 9 camtu.. tgk ada la dalam 4 orang.. tak ramai okey la.. pastu aku ternampak jadual waktu klinik.. hari isnin-rabu hari untuk temujanji sahaja.. ha? satu lagi alasan untuk tak cabut gigi..keke.. tetibaaaa.. misi tu kata kat aku.. "kalau takde temujanji nak walk in bole je sebab tak banyak appointment hari ni" ha.. aku pun masuk balik..  bagi ic..bayar singgit.. hati dah berdebar-debar.. adoyai.. nak masuk labour room pun tak camni...

Nurse panggil nama aku bagi nombor.. 1008 ohh aku orang ke lapan.. tgk kat board tu sekarang 1004.. ada 4 orang lagi.. 
So aku duduk jap..anak2 dah tak ingat dunia main kat sudut kanak2 kat situ.. 
Masa tu aku pikir.. apa yang aku buat kat sini? hahaha.. kenapa la aku setuju gi cabut gigi hari ni.. huahua.. redah jela... sambil2 tu berzikir.. moga dipermudahkan.. jumpa pulak adik aku meme kat situ dia bawak anak dia cucuk 2 bulan.. huahua.. dia pun gelakkan aku sabar je lah... 

Dalam kul 10 camtu.. no aku dipanggil..so aku masuk.. doktor perempuan.. muda lagi, cantik.. lembut je.. Dr Maisarah nama nye.. hehe.. dia suh aku baring kat kusi tu.. masa tu jantung aku macam nak terkeluar da.. aku cakap kat doktor tu.. saya takut la.. dia kata.. takde apa.. relax je.. 

So aku baring.. pastu aku tertanya.. eh doktor ni tak nak tanya ke gigi mana yang sakit.. kang dia cabut gigi yang sihat hahahahha... aku pun bagi tau kat doktor tu.. kat gigi geraham bawah second tu dah goyang dan sakit sejak 2 minggu yang lepas tapi hari ni gi tak sakit pulak gigi ni.. cam tau2 je.. 

Doktor tu belek2 gigi.. pastu dia start nak bius.. aku dah nak pitam da,tgk jarum mak ai.. kemain besau.. hahaha.. dia kata tak sakit.. macam kena gigit semut je.. dia layan aku cam budak darjah satu hahahahhaah... bila dia bius aku tutp mata.. tak sakit pun.. pastu dia suruh aku keluar...

Dalam sepluh minit camtu.. ada dah mula kebas sebelah muka dah.. lidah, mulut, pipi.. seme lah.. sememeh je la masa tu.. hahhaha... pastu no naik lagi.. huhuhu takutnyer.... 

Aku masuk bilik doktor tu, dia suh aku baring.. aku cakap.. aku nak gigi tu.. hahaha... walau rosak nak jugak tgk kekeke....  bila lampu tu suluh kt muka aku.. aku dah silau.. segala alatan doktor pun dah tak jelas.. bila dia mula kata okey, saya cabut ni.. awak takkan rasa sakit cuma rasa gigi tu goyang2 nak keluar.. dalam masa tak sampai seminit.. gigi aku pun tercabut.. ehh! dah cabut ker?? hahahaha.. reput sangat ke gigi aku nih? kejap je... aku mengucapkan terima kasih tak tehingga pada doktor dan pembantu dia macam apa pulak kan tapi aku sangat bersyukur.. mudah nye la mencabut tu....dia kata gigi awak dah goyang sebab tu senang cabut..hahaha

Aku keluar dari bilik doktor.. terus senyum kat suami.. dia pun teperanjat .. "cepatnye!" hahahaha... 

masa aku menaip ni .. kebas masih terasa.. dah nak mula sakit.. takpelah.. tahan je la 2-3 hari ni..

So pengalaman aku cabut gigi di klinik kerajaan.. okey je.. walaupun aku tak pernah ke klinik swasta.. alatan dia tak macam dulu.. semua da moden da.. doktor dia peramah.. cantik pulak tu.. lembut.. je.. so jangan takut2 nak gi cabut kat klinik kerajaan.. 

Okeyla.. aku nak bom bom dulu.. kepala dah mula denyut2... alhamdulillah aku berjaya mengatasi fobia mencabut gigi/dentist..  tepuk tangan untuk diri sendiri hahahahhaha.. 


terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..