Showing posts with label goreng2. Show all posts
Showing posts with label goreng2. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

Keropok Ngarku atau arrowhead chips


Hari ni genap blog aku yang ke 5 tahun! haha lama dah ye.. bile selak balik dulu2 berblog sesaja.. nak jadi cam diari gitu tapi sekarang jadi blog masakan dan cerita2 aku yang tak seberapa ituh!! hahaha 

Terima Kasih para pengunjung ye!



Ini ada keropok sempena ulangtahun, keropok ngarku.. keke sebenarnya bile tengok kak yati buat hehe kat SINI  terus mak teruja gitu.. keropok ngarku aku pernah makan dulu, memang sangat sedap!! 

So aku ke Tesco pagi ni sebab beli barang dapur yang tinggal nyawa2 ikan hehe.. ternampak pulak arrowhead ni! terus teringat kat yati nyer keropok hahaha.. cakap kat suami, ibu nak beli la arrowhead ni. Suami cakap, eh! awak tau ke nak masak buah ni? . Kekek dia ingat buah macam buah sengkuang tu.. well dia memang ada teksture macam sengkuang sikit. So cakap pada suami, nak goreng dia kata terpulang la.. beli sikit dulu, tak jadi kang membazir. 

So aku amik setengah kilo jek . Jadilah dari takde kan? ahaha 
ni ha harga dia setengan kilo dapat la RM 2.64. Ngarku ni biasa nya banyak masa CNY je.  

Ni ha rupanya ngarku atau arrowhead tu. Macam bawang anak sengkuang hahaha, macam tombong kelapa pun ada. hehe

So, kita basuh, buang kulit luar tu.. macam gambar atas ni. Biarkan hujung tangkai tu, nanti senang nak menyagat. Kira macam tpt pemegang la. 

Gambar menyagat aku tak amik pulak.. tangan basah2 kan hahaha.. so lepas sagat tu, goreng dalam minyak panas hingga agak kekuningan angkat. Nak letak garam atau tak tepulang.,tapi bagi aku lepas goreng makan camtu pun dah sedap.

Kesimpulannya keropok ngarku ni memang sangat2 sedap!! lagi sedap dari kentang goreng yang di jual gitu.. haha.

Selamat mencuba!! 

Tuesday, January 07, 2014

Entry Pertama Tahun Baru


Assalammualaikum, 

Hari ni 7 Jan 2014.. terlambat ke nak ucap tahun baru? hahaha.. awal tahun ni dah macam2 berlaku okey.. kereta kena langgar.. dan yang paling terbaru.. kat rumah aku ni ha.. budak 4 tahun jatuh dari tingkat 10.. berlaku depan mata.. menggigil satu  badan..arwah dah dia, syurga tempat mu sayang. Kalau nak tau lebih lanjut cer goggle la ye..cuma bila masalah macam ni berlaku semua salahkan isteri, ye memang dia salah tinggalkan anak dirumah tapi mana suaminya? ni la bila semua tugas anak2 serah pada isteri, mana dia nak uruskan rumahtangga, anak sekolah.. dgn dia nak bekerja.. sepatutnya kena la bagi2 tugas sama rata.. tapi tu la kan.. benda dah jadi.. buat pengajaran pada kita semua ye. 

Ha... benda yang best anak dara aku dah masuk sekolah! hahahaha ala sekolah sekolah tadika je pun.. excited lebih aku kan.. sebak pun ada.. cakap kat suami.. kakak da nak sekolah da.. sedih rasa, macamana nanti kalau dia nak kawen? laaaa kesitu pulak aku pergi hahahhahaha kemain jauh lagi ... ,macam2.. 




tengok tu.. seronok dia.. tak menangis pun.. hahha tapi ibu dia pulak yang sedih.. okey la... bila anak start sekolah ni aku dah rasa macamana seboknya mak2.. nak kena amik hantar.. siapkan makanan.. kang balik nak makan..mcm tak cukup masa pulak hahahhaha poyo je aku ni.. budget mcm bizi women jek.. hahahhaa...

Hari ni aku masak menu feveret aku kekeke.. kari!! hahaha Kari sotong
resepi:
Bawang merah, putih dan halia di hiris
Serbuk kari ikan
Santan
Sotong
Garam dan perasa

Cara:
Tumis bahan hiris hingga naik bau, 
masukkan serbuk kari yang dijadikan pes, 
gaul rata hingga pecah minyak, masukkan sikit air dan santan..
masukkan sotong (5-7 minit) 
letak garam dan perasa
siap
(bahan atas ni ejas2 ye.. kalau banyak letakla banyak 
cuma serbuk tu jgn banyak2 nanti rasa rempah kuat sangat)

Antara menu tambahan, taugeh goreng kicap yang ni aku buat style pemalas atau nak cepat hahaha.. racik bawang putih, bila naik bau masukkan air sikit letak separuh dari kiub ikan bilis, letakkan sikit kicap cair, masukkan taugeh bila dah didih. Siap! keke senang keje aku kan.. :P


Ha..lagi satu menu, sambal berlado.. cik abang requested pagi tadi.. so kita buatlah untuk dia..

Untuk sambal ni, aku buat kosong je.. bahan dia cili hidup dalam 4-5 batang gitu, bawang merah sebiji, bawang putih seulas, belacan(optional) sikit, tomato. Semua bahan ni kita blend kasar. Tumis, hingga naik bau masukkan garam semua. siap. Kalau nak sira bole la sira ke ikan ke ayam. macam aku ni buat letak dalam mangkuk dan tak sira macam biasa. So, kalau nak makan dengan ikan ke, ayam ke, telur pun bole.. senang!

Ni ha ayam goreng dan ikan goreng.. hehehe..ni takyah resepi kan.. korang dah tau hehehe..

Okeyla.. sampai disini sahaja.. bye! Assalammualaikum!

  

Monday, December 30, 2013

Pucuk Paku Goreng


Assalammualaikum.. 

Hari ni 30/12/2013 lagi sehari kita menyambut tahun baru 2014.. umur makin meningkat keke.. ke 33 tahun da.. tua rasa hehe.. 

Tapi kan.. hari sabtu lepas.. sebelum menutup tirai 2013 nih, kejadian tak di ingini berlaku.. kereta kami yang elok terletak kat tempat parking kena hentam adoyai... itu lah kan kata orang kalau nak benda nak berlaku tu berlaku jugak walaupun kita duk elok2 kat umah ni ha... 

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam, nasib kami belum tidur.. sepasang suami isteri yang sebaya mak ayah kita yang langgar, menggigil isteri dia.. aku tgk terus tak jadi nak marah ye lah kan.. terbayangkan mak ayah kita kalau kena keadaan macam ni, mesti kita nak orang layan mak ayah kita baik2 kan? tapi pakcik tu jujur.. besoknya buat repot polis seme.. sabar jelah.. 

Plan hujung tahun, tak menjadi.. takpelah ada hikmahnya.. 

Okey la.. hari ni kepala ada pusing.. so nak memasak pun takde mood hahahaha... masak apa yang ada je lah.. menu ni aku dah pernah buat dulu so bole la refer kat SINI  cuma kali ni aku buat pedas lagi kakakka... jangan cherry berry sudah

Kepada para pengunjung blog yang tak seberapa ni.. Moga tahun 2014 memberi seribu rahmat, kesihatan yang baik kepada kita semua amin. 






Sunday, October 06, 2013

Nasi Goreng Cili Hijau



Menu ni saya buat malam semalam.. memandangkan seharian berjalan semalam so malam buat yang ringkas2 je lah..

Nasi goreng cili hijau ni, buatkan saya terkenang masa sekolah dulu.. makcik kantin ada buat memang feveret saya la.. beza cili hijau ngan cili padi hijau tau.. rasa dia tak sama.. dari segi pedas dan cili hijau ni rasa masam sikit so bile makan ngan ikan bilis tu memang ngam lah.. 


Ha.. tu la rupanya.. tak berapa nak jelas..amik memalam gambar pun kelam malam.. tapi jadi la dari takde kan? hahaha..tu pun gambar ni aku amik dari instagram aku.. keke..  untuk resepi rujuk gambar tu ye..Hidangan ni untuk satu mangkuk nasi (dalam 2-3 orang makan la),  semua tu di tumbuk kasar/halus terpulang, pastu goreng.. yang takde dalam gambar tu adalah kiub pati ikan bilis.. ni la dia nyer rahsia.. bila bahan tumbuk/kisar tu dah berbau harum, masukkan kiub ni.. 1 je.. gaul rata, masukkan telur, pastu masukkan nasi.. gaul rata.. siap. Tak perlu garam, perasa seme da.. nak sedap lagi.. goreng ikan bilis pastu tabur ke kat nasi goreng kita. 




Tuesday, August 27, 2013

Sayur Pucuk Paku Goreng Pedas




Assalammualaikum.. dah lama tak update blog sejak2 raya ni .. macamlah ko salu update nora oi hehehe   :P ni pun ada sikit je masa nk update ni ha.. tapi amik peluang jap.. sayur pucuk paku goreng pedas ni.. macam sayur goreng bercili padi tu je hahaha.. nama nak grand je kan? hahahaha...  okey la meh kita cek resepi

*jumlah bahan ikut banyak sayur ye.. kalau sikit so bahan yg lain kena kurangkan*

Sayur pucuk paku (kalau nk guna kailan, tak pun kangkung pun bole)
Bawang merah
Bawang putih (jgn banyak nanti tak sedap)
Cili padi (kalau suka pedas boh la bebanyak jangan sampai sakit perut udah le)
Udang kering (sikit je buat rencah/rasa)
Udang (yang ni optional)

Tumbuk semua bahan kecuali sayur dan udang hingga lumat.. tumis hingga naik bau..masukkan udang,  letak air sikit, masukkan sayur pucuk paku.. gaul rata. Masukkan garam dan perasa/pati ayam sikit je)

Bila sayur agak layu. dah boleh angkat :) 

Selain masak lauk ni.. aku jugak masak kuah pindang serani melaka version hehehe... 



Wednesday, October 17, 2012

Paru Goreng Berlado



Paru berlado ni feveret cik suami.. dia sangat2 suka.. saya pun suka juga... sedap.. hehe.. orang kata jgn makan dalaman haiwan nanti tak terang hati.. bagi saya sekali sekala apa salahnya.. hehehe... 

Saya suka masak lempap2 camni tak suka garing sangat paru tu.. yelah kita dah rebus empuk.. pastu goreng garing.. keraslah bila dah sejuk.. so buat camni.. paru tu lembut jek.. tapi terpulang pasa selera masing2 ye... ayah saya dulu.. di hiris nipis.. goreng garing. ha.. cam keropok jadinya.. tapi sedap! hehe.. 

Buatnya tersangat senang.... meh kita cek resepi

Resepi:Paru Goreng Berlado

Bahan:
1. Paru - basuh bersih, rebus hingga empuk.. *cara saya rebus bersama sedikit garam, sedikit hirisan halia dan beberapa titik cuka( yg ni saya ikut cara orang korea.. dia kata untuk kurang bau pada daging.. )

2. Bawang besar
3.Cili padi merah (kalau nak pedas bubuh le banyak.. tapi awas ye cili padi merah memang sangat2 pedas.. )
4. Cili hidup merah (dalam 6 )
3.Tomato (kalau tomato besar.. satu cukup.. kalau kecik.. 2 biji tomato okey da)
4.Sedikit belacan
5.Garam
*bahan diatas ni.. jumlahnya ikut banyak paru.. kalau sikit je paru.. kurang2 kan bahan ni ye..

Cara:
Paru yang dah empuk..di hiris nipis. Ketepikan. Goreng seketika dengan minyak. angkat.
Sediakan semua bahan seperti bawang (dipotong baji) , Cili merah di kerat besar, tomato dibelah 4. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan kecuali paru dan garam. Biar hingga semua bahan agak layu. Angkat.

Blender/tumbuk kasar bahan yang digoreng tadi. Didalam kuali yang sama.. masukkan semula bahan yang diblender tadi. Masukkan garam, perasa. Rasa garamnya. Masukkan paru yang yg telah digoreng tadi. Gaul rata. Siap!!


nota:untuk sambalnya bole juga diguna untuk daging, ikan atau ayam. sedap jugak!


Thursday, September 20, 2012

Roti Boyan



Assalammualaikum.. pagi ni saya bikin roti boyan.. hehehe... tak pernah rasa dan tak tau pun pernah ada roti camni.. haaa.. kan.. sampai camtu sekali.. camne plak bole nak ter'buat' nih? hehehe.. 

Beberapa hari lepas, saya ada tengok satu rancangan masakan, dari Indonesia dan ada dibuatnya roti nih... nampak sangat menyelerakan.. Roti boyan.. sedap ke?.. so dengan perasaan yang membuak-buak hahaha.. aku dok meng 'goggle' la resepi.. bahannya sangat2 mudah! Senang je buat ni.. so aku salin resepi dari blog ni.. Diari MamaElla.. guna minyak sapi.. ha.. kebetulan belen2 buat nasi minyak aritu ada lagi.. so hari ni baru le nak buatnya...


Ni la rupanya.. roti boyan.. sangat2 sedap! ala2 vegetarian karipap gitu.. kekeke.. tapi kalau nak bubuh isi ayam pun boleh ni.. rasa dia lain sikit dari karipap, memang tak pedas budak2 mesti suka.. kulit roti ni nampak macam keras kan? tapi sangaatttt lembut... rasa cam kulit karipap + roti canai.. hehehe.. 

Kalau nk rasa dengan lebih mendalam lagi.. hehe.. meh kita belek resepi ni.. terima kasih mama.. kongsi resepi yang mudah dan sedap nih!




Roti Boyan

Resipi nya:

300 gm Tepung gandum (saya buat separuh adunan)
2 sudu makan Minyak sapi -dicairkan (1 sudu.. lebih2 sikit hehe)
1/2 cawan air suam suam kuku (saya agak2 sukatan ni)
Sedikit garam dicampur ke dalam air suam

Cara-cara nya:

1 Campurkan Tepung dengan air suam dan uli sedikit kasi rata dan diikuti oleh minyak sapi yang telah dicairkan.

2 Uli sampai ianya lembut dan biarkan ia nya sebentar.

3 Bagikan adunan ini dalam berat 25 gm Sebiji dan mulalah mencanaikan nya selebar dan seluas yg anda bulih lakukan, ambil isi kentang dalam dua sudu makan dan letakkan ditengahnya.

4 Lipatlah dengan kemas dan susun didulang yg ditaburkan sedikit tepung.

5 Panaskan kuali dan gunakan api yang sederhana dan minyak yang banyak supaya bila menggoreng ia terendam.

6 Bila kedua belah sudah cukup garing , angkat dan toskan kedalm pinggan serta sajikan dengan sambal tuumis pilihan anda... (saya cicah ngan kari ayam semalam .. sambal malas nak buat kekeke)

P/s: Adunan ini Mama dapat 7 keping Roti Boyan.... (saya buat kecik2 budak senang nak pegang dan makan.. saya dapat dalam 8 ketul)

Isi Roti Boyan

7 biji kentang size besar - dikupas dan direbus sampai lembut (saya guna 2 biji je)
3 Biji telur size besar (1 biji telur je)
Sedikit lada sulah dan garam
sedikit daun bawang dan sop - dimayang halus atau kasar
1 Biji Bawang besar - Dihiris halus (saya 1/2 biji bawang)

Cara-caranya:

1 Tos kentang yang sudah lembut, lalu dilenyek-lenyekkan sehingga halus.

2 Masukkan garam, lada sulah dan telur kedalam nya.

3 Kacau sehingga ia nya rata, lalu masukkan daun sop/bawang serta hirisan bawang besar.

4 Siap letakkan ketepi.


Cubalah sedap! hehehehe

Wednesday, September 12, 2012

Wordless wednesday.. wordless la sangat! hahaha


Assalammualaikum.. apa khabar? Syawal dah nak hampir menutup tirai.. kejap betul masa berlalu.. ha.. apa cer tajuk nya wordless wednesday.. tapi aku dok tulis.. hahaha. ni namanya dah lari tajuk.. blog ni aku punya..so aku punya suka lah.. hahaha.. gurau je.. 

Hari2 memasak .. sampai kekadang dah tak tau nak masak apa.. nk masak yang luar biasa kang tak makan pulak.. menu ni 2 hari lepas aku masak


 Kacang buncis goreng bersama carrot dan udang

Bahan:
Seikat sayur Kacang buncis (3 ringgit tu)
Carrot (1 batang kecik je)
Udang (saya guna 8 ekor udang yang sederhana besar tu)
Bawang merah (sederhana besar)
Bawang putih (3 ulas)
Garam
Perasa

Cara:
Kacang buncis tu dibasuh dan dipotong serong2
Carrot potong nipis2 bulat camtu
Udang buang kulit (saya tinggalkan ekor.. nak lawo sikit hehe)
Bawang merah dan putih dihiris (kalau malas..mcm aku.. kalau rajin bole tumbuk)
Panaskan minyak
Masukkan bawang merah dan putih, tumis hingga naik bau
Masukkan Udang, biar kejap
Masukkan carrot.. letak air sikit (nak bg empuk cepat sikit)
Masukkan sekali Kacang buncis
Masak hingga agak empuk, masukkan garam dan perasa
Gaul rata. Siap! 

 Sambal Tumis ikan kembung

Bahan:
4 ekor ikan kembung
Bawang merah besar (1 je)
Cili kisar (2 cawan)
Garam
Belacan (1/2 atau besar hujung ibu jari)
Asam jawa (sikit je)
Air sikit
Bawang hiris nipis/bulat (optional)
perasa

Cara:
Ikan kembung tu basuh, kunyitkan, goreng seketika angkat dan toskan
Bawang besar diblender bersama belacan
Panaskan minyak
Masukkan  bawang yg di blender tadi bersama cili kisar, tumis hingga pecah minyak
Masukkan sedikit air asam jawa bersama sikit je air
Gaul rata, masukkan garam dan perasa
Masukkan Ikan yg telah digoreng tadi
Gaul rata. Siap!


Ayam goreng.. :)

Berselera cik abang makan. hehehe.. aku ni pun haaa... lepas2 raya nafsu makan menjadi2 pulak.. kena beringat nih.. hehehehe

Tuesday, September 11, 2012

Keropok Isi Ketam



Ha.. keropok isi ketam.. menarik kan bunyinya? hehehe... yang benornya ari tu masa beli barang dapur ter'amik' plak crabstick ni.. bila time nak masak.. nk buat apa ye dengan crabstick ni? teringat masa raya aritu ada jalan raya di rumah sedara.. ada keropok ni.. kemain makan anak2 aku.. wah! sedap nampaknya.. tanya ngan tuan rumah.. dia kata keropok ni kawan dia bagi dari Brunei.. oh! jauhnya.. pastu tuan rumah kata lagi.. nak buatnya senang sesangat!  So dia bagila resepinya..

Meh kita cek resepi:
Bahan:
1. 1 bungkus crabstick (12 stick) *dapat sikit je.. kalau nak buat le lebih
2. sedikit tepung gandum

1. Crabstick tu kita carik2 kan.. (cara saya, saya potong pepanjang lagi senang nk carik hehe)




2. Crabstick yang dah di carik2 tu gaulkan dengan sesudu atau lebih sikit je dengan tepung gandum.. bukan apa nak bg dia bederai nanti bila nak goreng. Jangan banyak2 cam nak buat salut tepung tu ye.. agak2 je.

3. Guna minyak yang banyak bila dah panas masukkan crabstick tadi. Masuk sikit dulu ye.. test market camne hehehe

4. Goreng sampai kekuningan. Angkat dan toskan.

5. Bila dah sejuk, bole simpan dalam bekas.  


Cuba lah! memang sedap :) 


Wednesday, August 01, 2012

Kacang Buncis goreng dengan telur



Ni antara menu buka pose ari ni.. Kacang buncis goreng dengan telur .. lauk lain Kari ayam requested by cik suami dengan sambal goreng kentang..  ari? sirap sudah!! hehehe...

Kacang buncis goreng dengan telur ni senang sangat nak buatnya.. macam goreng sayur goreng biasa tu cuma telur tu kita letak sebelum bubuh sayur buncis tu.. caranya panaskan minyak, masukkan bawang merah dan putih yang dihiris bersama dengan udang kering yang dah dicuci bersih.. gaul rata hingga naik bau.. masukkan air sikit..letak garam dan perasa.. pecah telur kacau rata biar seketika sampai telur agak keras..
gaul dan pecah2 kan telur.. masukkan sayir buncis.. gaul rata .. bila sayur lembut. Siap!
ni sambal goreng kentang..  resepinya bole tengok di Sini . cuma letak kentang yang doreng dulu. 


Monday, June 04, 2012

Ikan Gelama Masin



wah!!!!!!!!!!!!!! ni antara menu feveret di kala tekak tak lalu nak makan apa.. hahaha,, tapi jangan amalkan selalu.. naik darah tu kang.. hehehe.... ikan gelama masin goreng ngan bawang dan cili api pergh!!!!!!!!!!!!!..  makan plak ngan nasi pepanas.. mmg bertambah lah..  teringat mak kt kampung dia memang suka ikan masin hehehehe... aku ni suka ikan berjeruk camni.. hehehehe.. keliur? hehehe.. palagi pergila kekedai berhampiran rumah anda.. cari ikan masin.. hehehehe

Tuesday, April 17, 2012

Sayur Campur



Assalammualaikum..  apa khabar? Hari ni saya kurang sihat.. selsema .. hehe... ada anak kecik ni risau takut jangkit ke dia.. harap2 takde lah.. anak ibu kuat! hehehe


Ok la.. sayur campur ni saya buat masa adik saya datang hari tu.. dok belek sayur dlm esbok tengok ada kacang panjang, bunga kobis, capsicum .. wahh.. buat sayur campur je lah..
Memang senang.. apa sahaja sayur kesukaan leh le tambah.. 


Potong sayur dan basuh. Untuk rencah saya guna bawang merah, putih dan udang serta fish cake. Tumis bahan rencah ni hingga naik bau.. masukkan air sikit.. campak (wah.. campak! hahaha.. bubuh lah hehehe) sayur yang keras meras cam carrot, bunga kobis dan kacang panjang.. letak suun kalau nak la.. biar hempuk sikit .. masukkan capsicum letak garam dan perasa. Biar mendidih. Siap




nota:kalau nak kuah letak la air bebanyak.. hehehe.

Saturday, August 06, 2011

Sayur sawi seafood

Assalammualaikum..hari ni kita dah berpuasa 6 hari..alhamdulillah..masih diberikan kesihatan yang baik untuk berpuasa..eh..citer pasal bukak pose..semalam saya dah ketandusan idea nak masak apa..apa kes?baru hari ke 6 puasa ni dah tak de idea..hehe..bukak peti ais tgk ada sawi, carrot,hirisan capsicum lebihan memasak ari tu..hmm..selongkar lagi esbok tgk ada udang dan sotong..ha..fishball pun ada..dpt idea nk masak apa..

so jadilah sayur sawi seafood ni saya letak sekali suun..hahaha..saja kasi gempak nama sayur ni..sebenarnya sayur goreng je...sedapnya makan ngan nasi panas..walaupun ringkas tapi sedap dan membuka selera...kesian cik suami tak makan seafood so dia tgk jelah...lagipun kt umah ni saya sorang je yang makan sayur.. untuk cik suami saya masakkan ayam sambal kesukaan dia..
ni resepi nya walau pun ramai da tau saya letak juga..bole jadi rujukan anak2 nanti.

Bahan:

Sayur sawi seikat (di basuh, dipotong)
Bawang putih 3 ulas ( tumbuk)
1 sdb sos tiram
1 sdk minyak bijan
fish ball
Carrot (di potong panjang2)
Capsicum ( dipotong panjang, pelbagai kaler)
Suun 30 sen ( di rendam hingga lembut)
Sotong ( dibasuh dan potong bulat)
Udang (dibasuh, dibuang kulit)
garam
kiub pati ayam

Cara:
Panaskan minyak..masukkan bawag putih..tumis hingga naik bau, masukkan sotong, fish ball dan udang..gaul rata..tumis hingga masak..masukkan carrot dan sawi gaul rata...masukkan sos tiram dan minyak bijan...gaul rata..bubuh air sikit..sikit je...nk kasi lembutkan sayur...masukkan suun...masukkan garam dan kuib pati ayam.Tumis hingga masak. Siap.

*semua bahan diatas pandai2 la adjust kalau nk banyak letak banyak...

Thursday, July 28, 2011

Pisang Nangka goreng



saya ni mmg suka pisang nangka...kalau gi beli pisang goreng kt gerai2 mesti nk cari pisang nangka...kalau gi kedai runcit pantang nampak pisang ni..mesti nk beli...mula2 tu membeli bagai dok tggu pisang tu kuning..ye lah dok pikir kalau kuning tu tanda da masak la kan...sampai lebam da xbole mkn.. ermm kenapa ni?...rupanyer pisang nangka memang cenggini..owh baru tau...so skg da tau..kali beli pisang nangka panjang dari biasa nyer panjang...sedapnyer goreng...manis2 buah...anak saya cicah gula sedap juga teringat mak kt kg...

ok lah saya batter untuk pisang cara yang biasa.
tepung beras 1 1/2cawan
tepung gandum 2 sudu
garam secubit
letak kapur sikit je..ujung2 sudu
kunyit 1sdk
air 3 cawan.


mkn pisang ngan air teh o..fuh...
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..