Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts
Wednesday, January 08, 2014
Daging Goreng Black Paper
Okey ni menu beberapa hari lepas hehe.. asalnya nak buat daging goreng kunyit pastu dah koman sangat kan haha kita masak ni pulak... makan ngan nasi panas2 fuhhh!! sedap hehe
Sangat2 mudah buatnya.. cuma kalau daging yang kita guna tu liat memang lama la proses masak tu hehe..
Meh kita cek resepi mudah ni.
Bahan:
Daging (hiris nipis, basuh)
Black Paper (kalau suka pedah buh la lebih)
Kicap pekat manis ( aku guna ABC hehe)
Sos Tiram
Bawang potong baji (terpulang lah, nak potong bulat pun boleh)
Serbuk Kunyit (sikit je)
Garam
Cara:
Panaskan kuali, daging tu kita garam kunyit, black paper terus tumiskan. Kalau daging lembut tak perlu letak air, kalau liat letak air dulu sikit hingga empuk.
Bila dah empuk, air dah kering masukkan bawang dan kicap pekat serta sos tiram. Kat sini kalau nak kuah sikit, masukkan sikit air panas. Gaul rata. Rasa manis, pedas, masin seme.. kalau kurang tambah ye.
Siap.
Bahan macam biasala agak2 ya.. untuk pengetahuan aku ni memasak dalam jumlah yang sikit dalam2 orang makan gitu .. ha lagi satu kalau nak ganti ayam pun bole ^^
Friday, December 20, 2013
Sup Tulang
Assalammualaikum,
Hari ni sejuk je.. hujan dari tengahari, alhamdulillah. Bila sejuk ni, perut berdendang jek kan? hahaha.. pikir dok pikir apa menu la nak masak..maka terjadi lah sup tulang ni ha. Beli hari tu, tulang rusuk sikit, potong kecik banyak isi kat tulang rusuk ni.. :)
Nak merebusnya lama jugak la dalam sejam gitu, liat daging nya.. orang kata nak cepat empuk letak daun nangka, tapi celah mana pulakkk nak cari daun nangka kan.. so sebagai ganti kata orang bole letak sudu besi..so aku guna petua tu, cepat empuk jugak la.. baru letak kentang.
Kalau buat sup tulang ke sup ayam, aku suka letak kentang bebanyak hehe.. kalau mak, dia suka buat sup style lama2 tu.. takde tumis2 ni, rebus je, letak halia, serai sudah..
Ni style aku pulak
Bahan main agak2 je lah ye, kalau banyak tulang/daging banyak la bahan2 yang lain tu ye..
Bahan:
Tulang/Daging
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih(dihirs)
Halia(dihiris)
Sup bunjut
Rempah sup (sikit je)
Rempah sekawan (kulit kayu manis,cengkih, buah pelaga, bunga lawang)
Garam
Perasa
Daun Sup
Cara:
Rebus tulang dan letak sekali halia yang dah dihiris. Biar sampai agak empuk. Tumis bawang, , letakkan rempah 4 sekawan dan bawang putih, tumis hingga naik bau. Masukkan kedalam rebusan daging tadi. Gaul rata, masukkan sup bunjut, letak sikit rempah sup. Bila daging dah empuk letakkan kentang. Apabila kentang dah empuk perasa dengan garam dan sedikit perasa. Taburkan daun sup. Siap!
Bole la dihidang dengan nasi panas atau nasi himpit hehe
Monday, April 08, 2013
Hati Lembu Goreng Berempah
Assalammualaikum! saper suka makan Hati?? ha.. saya suka.. tapi bukan makan hati berulam jantung tu ye.. tu menambah kolestrol ye.. hahahaha...
Sekali sekala bole la.. tak leh selalu kang jadi pelupa plak.. teringat kat kawan saya.."nora, kau tak raso ko lembu ko? lidah den ni ha.. dah raso lembu.. " hahahhahaa.. tu bahana makan hati lembu pepagi.. kekekekeke.. mula la mengagau mencari air manis.. nak hilangkan rasa lembu tu.. hahahahaha
Menu ni saya buat hari jumaat lepas.. untuk adik saya yang mengandung elokla untuk tambah darah dia.. haha.. jangan terlebih sudah!! susah bah kalau kau! hahaha.. apa yang aku merepek nih?! lupakan.. meh kita cek resepi..
Resepi ni saya ingat yang benarnya.. masa adik saya kahwin .. lauk pengantin tu ha.. tukang masak tengah menumis saya perati dan apalagi nak tanya segan so main bau2 dan ingat2 je lah.. tapi last friday (cehceh.. speaking plak kikiki) cuba buat dah sedap!! maybe tak sama sikit tapi adik saya menjilat jari lah.. hahahha (masuk bakul angkat sendiri nih!.. yelah sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri hahaha)
Untuk ni saya guna tak sampai setengah kilo Hati lembu.. saya basuh bersih2 .. rendam kejap dengan tepung gandum.. bilas.. pastu potong nipis cam yang kita selalu makan tu.. asingkan tepi.
Siapkan 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan halia besar2 ibu jari serta jintan manis (dalam 3 cubit) .. kita blender halus.. tumbuk pun bole..kasi halus2 sikit.. ketepikan.
Cili Hijau.. belah 2.. dalam 3 atau 3 batang. Serbuk Kari daging.Kicap Pekat dan kicap cair.
cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hingga naik bau.. masukkan serbuk kari daging dalam 2 sudu besar. Gaul rata dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan hati gaul rata. Masukkan sikit air. Biar seketika. Masukkan 2 sudu kicap pekat manis dan dalam 1 sudu kicap cair. Gaul rata. Rasa masin lauk.. kalau dah okey (sebab kita guna kicap pekat so dah sedia masin tak perlu) kalau tak tambah garam dan perasa. Masukkan cili hijau atau bawang yang di potong bulat. Gaul lagi.. kalau nak kuah lebihkan sikit air. rasa lembut hati. Kalau dah lembut. Siap!
Lauk ni sesuai juga untuk wanita dalam pantang.
Friday, February 15, 2013
Kari daging dan kenduri
Assalammualaikum.. salam jumaat. Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat, tapi anak bujang saya pulak demam.. balik kg mesti demam.. ni dah 2 hari demam, tgk pagi ni dah tak panas dah.. tapi cam dedar.. anak saya semua takut makan ubat.. macam nak mendera je kalau orang dengar.. hahahaha..
Menu kari ni saya buat hari jumaat lepas sebelum balik kampung. Saya ni peminat tegar kari.. dalam seminggu mesti ada lauk kari..ahahahaha... nak resepi? senang ke buatnya..
Bahan:
Daging (di potong kecil)
Bawang sederhana besar *
Bawang putih 3 ulas *
Halia (besar setengah ibu jari) *
Santan pekat
Kentang (di potong 6)
Daun kari
Rempah Kari daging(jumlah kari terpulang, kalau suka rasa kari yang kuat letak le banyak tapi tgk jugak la pada jumlah daging)
Cara:
Bahan bertanda * ditumbuk halus. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk bersama daun kari. Gaul hingga naik bau. Masukkan rempah kari (jadikan pes dengan campur sedikit air). Tumis hingga naik minyak. Masukkan daging dan sedikit air menutup daging. Biar mendidih masak hingga agak empuk masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk. Masukkan Santan pekat sikit-sikit. Ye lah.. kalau bubuh semua kang jadi apa pulak.. masa ni la nak tentukan kecairan atau kepekatan kuah. Masukkan garam dan perasa. Siap!
Masa di kampung hari tu, ada kenduri di rumah mak ngah sempena pertunangan anak lelaki bongsu yakni sepupu aku. hahaha... ni beberapa gambar..
Lama tak makan berhidang camtu.. memang selera lah..
Saturday, November 10, 2012
Bergedil daging
Hari ni nak melawat bapa saudara di Hospital Selayang, so tak leh nak membebel pepanjang.. Bergedil daging memang feveret aku dan family.. untuk kali ni punya saya tak letak apa2 kecuali bahan utama Daging, Kentang, garam dan telur. Itu sahaja. bukan apa.. anak aku ni ha.. pantang nampak sayur waima daun sup/bawang.. dah tolak tepi da.. so untuk menyenangkan kerja, aku tak boh lah seme tu.. kalau exact recipe kena letak..
Kali ni aku bagi recipe yang mudah, dan tak yah nak kalut letak macam2.. ni namanya recipe untuk cepat siap, mudah dan sedap!
Untuk recipe.. biarlah gambar bicara :)
Selamat mencuba..
Tuesday, October 30, 2012
Daging Palembang
Hari raya haji ni.. daging memang penuh peti ais.. so kali ni aku masukkan entry resepi daging palembang yang sangat sedap dan mudah je buatnya.. saya jumoa di Di Sini terima kasih untuk resepi yang sedap nih! saya share di sini pulak ye..
Bahan
1/2 kilo daging (hiris nipis)
15-20 biji bawang merah (lagi banyak lagi sedap) / 4-5 labu bawang merah (bombay) (blend halus)
6-7 ulas bawang putih (blend halus)
15-20 batang cili kering (blend halus) (kalau nak lagi pedas pun boleh)
2 tbsp kicap cair
4-5 tbsp kicap pekat
2-3 batang serai (dititik)
Cilip adi sikit dikisar *ni saya tambah.. kalau nak pedas.
Minyak masak
Garam
Cara Membuatnya
Tumis bawang merah, serai dan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili yang sudah diblend tadi dan masak hingga cili garing.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan kicap cair dan kicap pekat dan masak sehingga daging empuk. (boleh tambah air sedikit)
Masukkan garam untuk perisa (jangan banyak sebab sudah ada kicap cair).
Thursday, October 04, 2012
Hati Lembu Masak Lada Hitam
Lambek den update ari ni.. hehe.. penyakit M melanda.. dah tu ada masalah plak ngan flash.. asik crash jek page FB.. so kena tunggu cik abang balik betul kan .. hehe
Hari ni masak hati lembu masak lada hitam.. gara2 tergoda ngan hati lempap cik mat hehehe... gi pasar malam.. ada jual hati tapi besar2 tapak tangan den je yg hadooo.. jadi lah.. tekak ni mengoloh sangat kan.. hahaha... nak buat ikut resepi cik mat sebenarnya.. takdok pulak ketumbar biji.. so menu kedua masak black paper.. meh kita cek resepi
Resepi:Hati lembu masak lada hitam
Bahan:
1. Hati lembu *mestila takkan hati den pulak.. hahaha
~basuh, dan kerat kecik hati lembu tu
2. Bawang merah sebiji
3. Bawang putih 3 ulas
4. Halia dalam 2 inci
~bahan diatas ni.. tumbuk halus
5. Lada hitam 1 sudu besar
6. Kicap 1 sudu
7. garam
8. perasa
9. Air sikit
Cara:
1. Didalam mangkuk ambil hati lembu yang dah dipotong, masukkan sikit bahan yang ditumbuk, kicap dan lada hitam gaul rata.. perap seketika.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk selebihnya.. hingga naik bau, masukkan hati lembu yang diperap tadi. Hati lembu akan keluarkan air..
3. Masak seketika... letakkan air sikit. Nak kasi lembut hati tu.
4. Letak garam. Kalau nk kuah letak le lebih air.. kalau tak biar hingga kuah pekat.
Siap!
Thursday, June 21, 2012
Bulgogi ala cik nora..
Assalammualaikum.. anneyong haseyo!!!!! wah.. speaking korea plak aku nih.. hehehe.. menu ni dah lama aku buatnya.. baru ni nak masukkan entry ni..
Manu ni namanya Bulgogi.. atau daging perap kicap camtula.. menu ni sangat popular dengan korea. Daging yang diperap.. bole dipanggang atau dimasak atau pun direbus.. macam2 lah bole buat.. hehehe... saya amik resepi ni dari TV sekali imbas saya dah bole ingat resepinya. Sebab senang sangat. Bila dah buat .. rasanya macam satay sikit sebab ada madu dan gula, macam daging kicap ada sikit.. ha.. macam2 rasalah.. tapi bagi saya memang sedap dan berbeza sikit.
Meh kita cek resepi..
Daging ( saya guna sikit je.. ) *dihiris nipis
Kicap cair manis (1 sudu besar)
Lada hitam (1/2 sudu besar)
Gula (1 sudu besar)
Bawang putih (3 ulas) *ditumbuk
Bawang merah (1/2 biji bawang besar) *dihirs nipis atau di tumbuk/potong dadu
Air (1 cawan.. atau sampai tenggelam daging tu je)
Madu (1 1/2 sudu besar)
Cara:
Hiris nipis daging, basuh. Dalam satu mangkuk besar, masukkan daging yang dah dihiris, dan semua bahan di atas. Gaul rata, biar seketika.
Terdapat 3 jenis cara untuk masak. Samada digoreng atau direbus.
Bulgogi goreng
Panaskan kuali, minyak yang sikit. Masukkan daging yang dah diperap tadi. Masak hingga empuk untuk biar kering atau berkuah terpulang. Rasakan garam. Siap (saya buat yg ni.. dan berkuah sikit maklumlah org melayu seme nak berkuah )
Bulgogi rebus/Steam
Panaskan periuk, letak air bersama sedikit minyak bijan dan sedikit kicap cair. Biar mendidih letak daging, serta sayuran kegemaran. Siap.
Barbeque Bulgogi
Kalau nk buat barbeque pun bole juga.
Bulgogi di korea biasanya dimakan samada dengan nasi atau daging di salut dengan daun salad dan di makan.
Meh makan. Anneyong!!
Tuesday, June 19, 2012
Sup Daging
Assalammualaikum. sekejap ke dah nak bulan puasa kan? ni tahun ke 5 menyambut puasa sebagai isteri keke.. kejap je masa ..
Semalam saya masak lauk yg agak banyak dan pedas2 semuanya.. so hari ni saya masak yg light2 je.. pikir dok pikir .. buat Sup daging je lah.. senang je buatnya.. cuma kalau nak sedap kenalah tambah beberapa perisa kan?hehehe.. meh kita cek resepi
Resepi:Sup Daging
Sumber:Nora@Dunia Kecil Kita
Bahan:
Daging
Bawang merah dan putih
Halia
Kentang
Serbuk sup
Serbuk kurma
Daun Sup dan bawang
*jumlah bahan bergantung pada berapa banyak daging nya ye*
Cara:
Rebus daging dengan kuantiti air yg sedang2 bersama dengan hirisan halia.. sampai agak empuk.Masukkan kentang dan biarkan hingga kentang empuk. Sambil2 tu kita hiris la bawang merah dan putih. tumis dengan minyak dalam kuali lain (sikit je minyaknya) sampai dah naik bau. Masukkan bawang nerah dan putih yang digoreng tadi bersama minyaknya kedalam air rebusan daging ngan kentang tadi. Masukkan sesudu kecil serbuk sup dan kurma. Garam dan daun sup. Rasakan garamnya. Siap!
Friday, June 15, 2012
Daging Goreng Berempah
Ini menu aku memalam ni kan.. haaaa.. sempat lagik memasak.. yg benornya.. pagi tadi breakfast lambat and petang tadi buat goreng pisang... so kenyangla.. tapi sat tadi.. cik suami kata .. ai.. takde apa2 ke malam ni?perut da berbunyi nih.. hehe.. anak2 saya dah suapka nasi dan kuah tumis air sawi so depa dah kenyang.. pak mak ni lah yg dok makan lagi.. hehe.. so apalagi cik nora ni bersilat la kt dapor.. dok bukak peti ais.. tengok ada daging.. erm buat yg ringkas2 je lah..
Aku pun teruskan operasi memasak.. menu ni aku main campak2 jek.. tapi sedap lah pulak.. hehehe... kepada ibu2 yg bekerja menu ni sangat lah mudah.. buat lauk nipun dah cukup.. nak tambah menu lain gorenglah sayur atau sambal belacan kalau nak.. tapi aku masak ni je dah cukup.. segala bahan dah ada dalam tu.. meh kita cek resepi......
Resepi:Daging Goreng Berempah
Sumber:Nora@DuniaKecilKita
Bahan:
Daging (dipotong nipis dah di basuh)
Bawang merah (sederhana besar)
Bawang putih (2 ulas)
Halia (besar2 hujung ibu jari tu je.. tak yah bebanyak..)
Kentang (dipotong.. ikut suka nak macam mana..cam saya buat cam kentang wedges tu)
Tomato (sebiji.. dibelah 6 ke 4 pun bole terpulang)
Serbuk Jintan Putih (1 sudu kecik)
Serbuk Jintan Manis (1 Sudu kecik)
1 sudu besar kicap manis masin
Lada hitam secubit je.. kalau nak pedas bubuh le bebanyak kang jadi daging black paper lak.. hehe
*bahan2 ni agak2 je ye.. tengok banyak mana daging yg kita nak masak tu..*
Cara:
Daging yang sudah dibasuh dan dipotong nipis, rebus dengan air yg sikit (saya guna kuali yg kita nak guna untuk memasak tu) biar hingga mendidih. Angkat , simpan airnya
Goreng seketika kentang (sampai agak empuk) angkat ketepikan.
Bawang merah,putih dan halia dikisar. Tumis hingga naik bau.Masukkan lada hitam, serbuk Jintan manis dan putih serta kicap pekat manis, gaul rata. Masukkan daging bersama air. Kacau rata. Rasa kalau okey bole masukkan kentang dan tomato. Gaul rata. Tutup api siap! apa lagi.. soruuuuuuu.. hehehe
~bole jugak kalau nak letak cili hijau/merah~
Tuesday, April 24, 2012
Daging Goreng Kunyit
Lambat aku update ari ni.. cik abang tak keje ari ni sebab kurang sihat.. selsema.. so terbaring je... saya ni curi2 masa update.. ari ahad aritu aku masak menu ni.. senang sangat buatnya.. bole cek resepi kat SINI sama je.. cuma kali ni aku tak bubuh lada hitam.. aku letak pelbagai sayur.. haha.. carrot, kacang panjang dan tomato,, nak kasi lagi sedap.. dah jadi satu lauk.. untuk dapat hasil cam kat atas.. bubuh serbuk kunyit tu lebih sikit.. dan masa masak sayur yang keras mera tu.. letak sikit air.. so nanti akan ada lah cam kuah2 pekat gitu.. jgn berkuah sangat nanti jadi kuah daging pulak. hehehehe
And hari tu jugak.. kami ke taman .. si kecik Umar dah pandai jalan.. so memang seronok lah tengok dia ...
Umar ngan abah..
Aina.. kemain penat ... tapi sempat posing bile nak amik gambar
hero ibu.. Umar Qhalif
Saturday, April 21, 2012
Daging Berlado
Daging berlado ni, memang dah lama nak buat.. sebelum ni pernah buat tapi resepi ni yang paling mudah dan cepat ! Yang paling penting sedap!!!sama rasanya macam kite gi kedai nasi padang tu.. hehe Kalau cik suami ke Wong Solo tu.. dia mesti order ni.. tp di panggil Empal Sapi.. hehe.. Masakan ni memang popular kat kedai Nasi padang lah.. kalau gi mesti ada.. kalau tak ngan daging, ngan paru lah , telur rebus tak pun ayam..hehehe
Saya amik resepi dari SINI .. kat SINI pun..terima kasih untuk resepi ni ye.. izinkan saya share kat sini pulak..
Resepi: Daging berlado
Resepi dari: Kak Ummi
Sumber:Nora@DuniaKecilkita
Bahan:-
• 500 gm daging batang pinang *saya guna daging bahagian mana tah.. hehe.. and sikit je saya buat
• 1/2 - 1 sk. garam
• 1/8 sk. serbuk kunyit
• 4 ulas bawang putih - tumbuk halus
• 500 ml air
• Minyak untuk goreng
• 1 sudu besar jus limau nipis *saya tak letak
• 1 biji tomato (di potong dadu) *ni saya tambah
• 1 biji kentang (di potong bulat dan digoreng garing)*ni saya tambah
Bahan Ditumbuk Kasar:-
• 250 gm cili hidup merah (akak guna 4 biji cili merah + 4
tangkai cili padi merah)
• 150 gm bawang merah (akak letak 5 biji)
• 1/2 - 1 sudu kecil garam
Cara Memasak:-
1. Potong-potong daging ukuran 1x5x5 cm, kemudian
bersihkan dan tos. Gaulkan dengan garam, serbuk
kunyit dan bawang putih. Perap 15 - 20 minit.
2. Letakkan daging dalam periuk/pan yang lebar dan
tuangkan air tadi separuh. Jerang di atas api kecil dan
tutup periuk. Biarkan air mengering dan daging empuk.
Kalau belum cukup empuk, tambah air secukupnya dan
masak lg hingga daging empuk. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, masukkan
daging tadi dan goreng hingga kecoklatan tapi
jangan terlalu kering/garing. (Boleh goreng sikit2..)
Angkat dan toskan.
4. Kemudian dalam kuali yang lain, panaskan lebih kurang
150 ml minyak. Tumiskan bahan tumbuk kasar
hingga naik bau dan harum. Biarkan cili masak dan
pecah minyak.
5. Masukkan jus limau nipis, kacau rata. Masak hingga bau
menyengatnya hilang, seimbangkan rasa dan
matikan api.
6. Masukkan daging tadi dan gaul rata2. Angkat segera.
Sumber : Kak Ummi
Cubalah memang sedap!! makan lak ngan nasi paneh.. pergh!! hehehe
Friday, April 20, 2012
Daging Kandar
semalam banyak nau keje nak kena buat..so aku dok belek esbok tgk ada daging cik abang beli ari rabu lepas.. erm..n ak masak apa ye? pikir dok pikir.. teringat ada resepi yg aku dah masuk list.. so menggagau la aku bukak pc .. cek folder resepi.. hehe.. dah modern skg.. type je lah.. kalau zamn mak saya dulu dok salin .. naik lenguh tangan.. tp kan tulis ngan tangan ni.. ye lah dalam buku kan.. so bole lah bawak merata.. kalau kt pc tu.. aei.. takkan lah nak bawak ke dapur pulakkan?. Gilo apo.. hahahha.. cik abang nak belikan tablet jual mahal.. hahahaha.. harap2 dia baca lah post aku ari ni.. hahaha.. ok lah stop membebel panjang.. resepi semalam Daging Kandar.. memang sedap !! saya amik dari dapur Ha-sue rata2 ramai dah cuba.. dan seme memuji la..
in my POV... wah.. daging kandar ni .. ada rasa cam kari sikit, masak merah, rasa cam paceri pun ada.. macam2 ada senang cerita.. hahaha.. tp cik suami pun memuji.. sedap katanya.. meh kite ke resepi ye..
Daging Kandar
Source: kaksma@myresipi.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( 6 orang )
* 1/2 kg daging
* 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
* 2 sudu besar kicap pekat maggi
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
* 1 labu bawang besar(dimayang)
* 1 ulas bawang putih (dimayang)
* kulit kayu manis dan bunga lawang
* sedikit daun kari
* garam dan perasa
Cara-cara
1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti
nota: sesuai makan dengan apa jenis nasi dan makan ngan roti pun sedap!!
Saturday, April 14, 2012
Lomo Saltado
Today post i will wrote in English.. hehe.. wahh... why? this menu i made was introduced by my lovely friends from Peru.. Fabiola Rojas. Thanks faby for the wonderful recipe..
Lomo Saltado is the name of my menu today.. Lomo means meat and saltado means jumping (haha...) .. the menu got chinese influent on it. And actually this dish is a like "Daging Masak Kicap" but a bit different in ingredient and it's easy to make.
Source: Nora@DuniaKecilKita
Ingredients
1 (16 ounce) package frozen French fries *am using potato, peeled and cut it
vegetable oil as needed
1 pound beef tri tip, sliced 1/8 to 1/4 inch thick
salt and pepper to taste
1 large onion, sliced into strips
3 large tomatoes, peeled, seeded, and sliced into strips
1 yellow chili pepper (preferably Peruvian aji amarillo) *am using capsicum
1/4 cup distilled white vinegar
1 dash soy sauce to taste
2 tablespoons chopped fresh parsley
Directions
Prepare the bag of French fries according to package directions. *am fried the potato, until cooked and remove from pan
While the French fries are cooking, heat the oil in a frying pan over medium-high heat. Season the sliced meat with salt and pepper to taste. Fry the meat until just cooked, and the juices begin to release. Remove the meat from the frying pan, then cook the onions, with additional oil if needed, until they are transparent. Stir in the tomato and aji amarillo; cook until the tomato softens. Pour in the vinegar and soy sauce, add the French fries, cover, and cook until the beef is done, about 3 minutes. Season to taste with salt and pepper, and sprinkle with chopped
parsley to serve.
Eat together with hot rice.. nyummy!!
ni lah org nyer Fabiola Rojas
Friday, April 13, 2012
Daging Kurma
Sumber:Nora@Dunia Kecil Kita
Bahan:
Daging ( di potong kecil)
Bawang Merah
Bawang putih
Halia (1 inch )
Serbuk Kurma Babas (ayam dan daging) *serbuk kari dibancuh sikit dengan air*
Santan ( saya guna santan pekat)
Garam
Kentang
Garam
Perasa
Cara:
1. Bawang merah, bawang putih dan halia di blend halus
2. Panaskan minyak
3. Masukkan bahan blend (gaul rata) sampai naik bau
4. Masukkan rempah kurma ( saya suka letak banyak, nak kan rasa kari kaw.. hehe)
5. Gaul rata .. tumis hingga pecah minyak
6. Masukkan daging (gaul rata) masak dalam 5 minit ~letak air secawan
7. Masukkan kentang.. (gaul rata.. masak hingga kentang agak empuk)
8. Masukkan santan pekat tadi..
9. Letak garam dan tomato dan cili
10. Tutup api
Wednesday, November 09, 2011
Daging Samudera
Asslammualaikum...sihat? saya kurang sihat tekak rasa perit pagi.. semalam seharian batuk... hari ni tak batuk tp tekak pulak sakit... ye lah cuaca tak menentu sekarang.. anak dara saya pun selsema dan batuk.. tp hari ni cam da ok da..
semalam tajuk entry saya telah menimbulkan shock factor.. keke.. tak da niat nak kenakan sesiapa pun..hehe.. maaf ye.. tp memang betul rambut saya gugur banyak betul... kalau mandi tu..fuh... hehe.. okla kite balik ke menu.. resepi daging samudera memang sedap saya dari myresepi oleh Lelayong.. cuma 3 bahan sahaja.. ye 3 bahan shj!.. sedap kata suami saya..
meh kite cek resepi:
Daging batang pinang-lela buat utk 2 orang makan ( saya juga daging korban tu.. rasanya bukan daging batang pinang)
@ Kicap (saya guna kicap pekat 3 sudu besar)
@ Cuka (2 sudu besar)
@ Sedikit gula (1 sudu kecil je)
Cara-cara
Perap daging bersama bahan yg bertanda @ selama setengah jam
Kemudian goreng daging yg diperap sehingga kering, guna api sederhana besar (lela tak gua minyak utk daging ni)
nota: saya pun tak guna minyak.. sebab saya tak guna daging batang pinang jadi saya letak sikit air..kasi empuk..dan saya juga letak bawang sikit, cili merah dan hijau kasi cantik dan rasa.. sebab kosong sgt.. gula tu kalau tak suka manis bole kurang kan..
Tuesday, November 08, 2011
Sambal Daging
ni resepinya:
Bahan
500 g daging [hiriskan nipis dan kecil]
1 labu bawang besar [potong gelang]
3 s/b sos tomato
2 batang serai [ketuk]
minyak
garam
gula
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai & bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak,
2. Masukkan daging yg telah dibasuh & toskan.
3. Masakkan sehingga daging lembut .
4. Masukkan sos tomato, garam dan secubit gula. Kacau rata.
5. Masukkan bawang besar dan akcau rata.
6. Rasakan garam dan boleh hidangkan.
Cubalah sedap.. bole juga dimakan bersama roti..
Daging Lada Hitam
Allo.. jumpa lagi.. keke.. menu dah lama da buatnya.. nk masukkan ke blog yg bercinta tuh... ni antara resepi yang saya olah dari resepi daging masak bijan entry sebelum nih.. alhamdulillah jadi dan sedap plak tuh.. sgt senang dan sgt sedap...
Cara dan bahan:
Bahan:
daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu Lada hitam
3 sudu kicap pekat
Semua bahan diatas diperap
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia muda ~ dihiris
1/3bj capsicum merah ~ dipotong panjang/dadu ( tak letak sebab xder)
1/3bj capsicum hijau ~ dipotong panjang/dadu ( tak letak sebab xder)
3 sudu besar sos tiram
4 sudu kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1in
minyak secukupnya
Cara:
Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. masukkan kicap manis
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
Masukkan daging yg dah digoreng tadi dan kacau.
Bila kuah hampir kering masukkan daun bawang.
Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2.
Thursday, September 22, 2011
Masak Daging Merah
Menu ni pun saya buat beberapa hari lepas..tak pernah buat lagi dan belum pernah rasa pun..hehe..kalau dulu orang order kiter tgk je...tak pernah teringin nak mencuba..tp bile dah kawin ni kiter kena pelbagaikan menu kalau tak boring lah asik2 lauk tu je...dok survey internet menu apa yang nk masak ngan daging ni..cari dok carik jumpa resepi daging merah ni..so apa lagi cubalah..erm..bg saya rasa dia lebih kurang sama ngan ayam thai saya sebelum ni cuma letak daging dan kaler daging merah..apapun memang sedap lah...say amik dari dyna My Resepi..terima kasih untuk resepi ayam merah ni..
Meh kiter cek resepi:
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
1 bijik bawang besar dimayang
1 bijik cili capsicum hijau
1 cm halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili, 2 s/b sos tomato n 2 s/b sos tiram.. klu suka bleh lebih2 kan ikut citarasa
garam secukup rase...
klu ader.. bleh letak kacang buncis.. daun bawang n daun sup... tak der kat dapur so tak letak...
Cara-cara
Tumiskan bawang besau.. bawang putih n halia sehingga kekuningan
Masukkan sos cili, sos tomato n sos tiram... klu kering taruk air skit... klu suka berkuah bleh taruk banyak skit... tapi jangan banyak ngat...
Masukkan garam.. serbuk perasa klu suka bleh letak.. tapi saya tak letak sbb tak elok lah....
Masukkan daging rebus tadi.. masak hingga sebati..
Masukkan cili capsicum hijau tadi.. klu nak letak.. bleh masukkan kacang buncis.. daun sup n daun bawang..
Bleh makan ngan nasik putih.. atau jadikkan lauk nasi goreng USA
Thursday, August 18, 2011
Daging Greng Halia dengan minyak bijan
Ok la semalam abang saya berbuka puasa di rumah saya..isteri nya berpantang di kg so semalam dia pun dtg lah kerumah saya..dia minta saya buat nasi bukhara dan Daging Goreng Halia dengan minyak bijan..so saya buat lah semalam...
Untuk daging goreng halia dengan minyak bijan ni saya amik resepi dari dapur Kak Nor Secubit Garam..memang sedap lauk ni..mcm rasa kt kedai punya lah...abang saya kemain suka lagi...hehehe..siap mintak resepi..untuk resepi asal bole tengok di SINI..izin saya share kt sini pulak ye..
DAGING GORENG HALIA & MINYAK BIJAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia muda ~ dihiris
1/3bj capsicum merah ~ dipotong panjang/dadu
1/3bj capsicum hijau ~ dipotong panjang/dadu
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1in
minyak secukupnya
Cara:
Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan.
Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam.
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
Masukkan daging yg dah digoreng tadi dan kacau.
Bila kuah hampir kering masukkan daun bawang.
Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2.
Subscribe to:
Posts (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..























