Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Resepi Karipap

(gambar dari instagram aku hehehe  tak sempat nak snap gambar cecantik)

Karipap ni aku buat hari sabtu lepas, anak dara requested sejak2 dah ada kegemaran ni asik suh ibu dia ni buat memacam.. ai kalau ibu rajin ye.. kalau tak hmm kita beli hahaha

Senang je buat karipap ni, cuma menguli tu je ada renyah sikit.. tapi hasilnya wallah!! hahaha kemain lagi.. 

Untuk pastry atau kulit karipap ni, aku ingat 4 bahan je:

-Tepung gandum
-garam sikit
-minyak panas
-air sejuk (letak ais)

Tepung gandum dan garam kita satukan dalam mangkuk, panaskan minyak. Bila dah panas, tuang kedalam tepung tadi, gaul dengan senduk kayu ke sudu ke.. panas ni. Gaul rata, nanti dia jadi cam berderai.. pastu tambahkan air sejuk tadi sikit2.. gaul.. sampai tak melekat kat tangan dan mangkuk. Siap. 

Untuk resepi lengkap bole tgk kat sini okey!

Untuk inti:

Isi ayam (rebus sekejap, pastu racik kecik)
Kentang dipotong dadu (rebus)
Bawang merah sikit
Serbuk kari sikit jek.
Kiub ayam. (ni letak sikit2 dulu, pastu rasa okey takut masin)

Okey caranya:

Tumiskan bawang dengan ayam tadi. Hingga naik bau, masukkan serbuk kari sikit je jangan banyak2. Gaul rata, masukkan kentang dan kiub tadi. Gaul lagi. siap.  cara macam ni, inti kita kurang minyak ataupun berkuah, senang masa nak kelim karipap.

nota: biasanya aku buat inti dulu baru buat pastry nye. Bila pastry dah siap, inti kita pun dah siap masak dan sejuk. :)

Untuk kelim karipap ni.. ha.. kalau ada acuan karipap tu senang la.. aku takde so kena kelim.. nasib baik dulu2 biasa kelim-mengelim nih.. hahaha so takde masalah. 


Untuk menggoreng, pastikan minyak jangan terlalu panas dan api besar. Nanti kita punya karipap menggerutu , tak berapa cantik la tapi kalau dah sedap tu seme tak pandang da.. ahaha.. ni cuma sekadar peringatan je.

Selamat mencuba!

Saturday, December 28, 2013

Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa dan Gula Melaka



Siapa suka ubi kayu rebus? buat minum petang atau makan pagi dikala sejuk, kena pulak dengan kopi panas pergh!! memang bak kata budak2 sekarang "Heaven!" hahaha 

Dah lama dok mengidam nak makan, hari ni ku kuatkan semangat beli.. sikit je..sedapnya!!! Kepada pencipta menu ni.. anda memang genius haha serious ni, combination rasa yang sangat well balance.. lemak, manis .. 

Kepada yang teringin lepas tgk ni, lekas2 la beli ubi ye..  

Cara nya senang je: Ubi di kupas kulit nya, amik yang putih basuh bersih, rebus dgn sedikit garam hingga empuk. Kalau tak empuk, ko pergi la empuk kat dinding ubi tu ye hahaha gurau je.. kekeke..  

Bila da empuk, tapis kan.. amik sedikit kelapa parut (bahagian putih je) dan gula melaka (kalau takde bole je gula pasir) satu kan dalam mangkuk.. makan la dengan ubi. Kalau nak best lagi cicah dengan sambal tumis ikan bilis.. tak pun kelapa dan ikan kering.. sedap hehe..  cubala ye.. 

Bila dah suka yang baru, yang lama jangan dilupa, nampak senang di cari tapi susah jumpa, bila dah jumpa susah nak lupa.. cheewah!! hahahahaha gitu la kiranya kekekekeke 


Saturday, October 20, 2012

DONUT (TANPA TELUR)


Selamat pagi.. wah! ari ni pecah rekod pepagi aku menaip nih.. hahaha.. pagi ni cuaca elok pulak.. ari ni mak nak pergi mengurut.. badan  dah sakit2 nih..:) 

Kita proceed ke resepi je la.. banyak keje lain menanti.. kali ni saya buat Donut tanpa telur.. erm.. pada pendapat saya.. dia tak segebu donut yang saya buat sebelum ni.. tapi okey lah.. lemak2 gitu.. asalnya nak buat Donut gebu tu.. dah dok sediakan bahan.. telur pulak takde.. dah abih.. tapi ini tak mematahkan semangat aku.. chewahh!!yo yo je.. hahaha.. aku cari jap resepi donut tak guna telur .. ada pulak.. dengan lafaz bismillah aku buatlah.. jadi pun.. siap buat frozen lagi.. anak2 memang hantu donut.. hahaha

Saya amik resepi dari blog ni Inaku's Notes.. terima kasih ye..saya share resepi di sini pulak..


Sumber : Majalah RASA
Dari:Inaku's Notes
Bahan-bahan
200gm tepung
20gm gula
20gm mentega - ina letak 10 gm butter & 10gm shortening
1 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh garam
100ml susu segar - ina bancuh air dengan susu tepung sbb takde susu segar
Gula kastor untuk gaul kan donut selepas goreng nanti.

Cara-cara
Masukkan tepung,gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata.
Kemudian buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan susu dan yis kering. Kacau sedikit.
Seterusnya masukkan pula mentega. Uli hingga sebati (uli dengan lemah lembut dan kalau boleh dalam 15 min)
Setelah itu,buatkan bulat2 dan peram seketika hingga naik dalam 1 jam.
Bila dah naik, bulatkan lagi sekali n buatkan lubang di tengah dan goreng dengan minyak yg panas dan api yg perlahan.
Bila nampak kekuningan..angkat dan gaulkan dengan gula kastor tadi.




ha.. tu ha dalam eh.. gebu kan.. cubalah.. 

Thursday, September 20, 2012

Roti Boyan



Assalammualaikum.. pagi ni saya bikin roti boyan.. hehehe... tak pernah rasa dan tak tau pun pernah ada roti camni.. haaa.. kan.. sampai camtu sekali.. camne plak bole nak ter'buat' nih? hehehe.. 

Beberapa hari lepas, saya ada tengok satu rancangan masakan, dari Indonesia dan ada dibuatnya roti nih... nampak sangat menyelerakan.. Roti boyan.. sedap ke?.. so dengan perasaan yang membuak-buak hahaha.. aku dok meng 'goggle' la resepi.. bahannya sangat2 mudah! Senang je buat ni.. so aku salin resepi dari blog ni.. Diari MamaElla.. guna minyak sapi.. ha.. kebetulan belen2 buat nasi minyak aritu ada lagi.. so hari ni baru le nak buatnya...


Ni la rupanya.. roti boyan.. sangat2 sedap! ala2 vegetarian karipap gitu.. kekeke.. tapi kalau nak bubuh isi ayam pun boleh ni.. rasa dia lain sikit dari karipap, memang tak pedas budak2 mesti suka.. kulit roti ni nampak macam keras kan? tapi sangaatttt lembut... rasa cam kulit karipap + roti canai.. hehehe.. 

Kalau nk rasa dengan lebih mendalam lagi.. hehe.. meh kita belek resepi ni.. terima kasih mama.. kongsi resepi yang mudah dan sedap nih!




Roti Boyan

Resipi nya:

300 gm Tepung gandum (saya buat separuh adunan)
2 sudu makan Minyak sapi -dicairkan (1 sudu.. lebih2 sikit hehe)
1/2 cawan air suam suam kuku (saya agak2 sukatan ni)
Sedikit garam dicampur ke dalam air suam

Cara-cara nya:

1 Campurkan Tepung dengan air suam dan uli sedikit kasi rata dan diikuti oleh minyak sapi yang telah dicairkan.

2 Uli sampai ianya lembut dan biarkan ia nya sebentar.

3 Bagikan adunan ini dalam berat 25 gm Sebiji dan mulalah mencanaikan nya selebar dan seluas yg anda bulih lakukan, ambil isi kentang dalam dua sudu makan dan letakkan ditengahnya.

4 Lipatlah dengan kemas dan susun didulang yg ditaburkan sedikit tepung.

5 Panaskan kuali dan gunakan api yang sederhana dan minyak yang banyak supaya bila menggoreng ia terendam.

6 Bila kedua belah sudah cukup garing , angkat dan toskan kedalm pinggan serta sajikan dengan sambal tuumis pilihan anda... (saya cicah ngan kari ayam semalam .. sambal malas nak buat kekeke)

P/s: Adunan ini Mama dapat 7 keping Roti Boyan.... (saya buat kecik2 budak senang nak pegang dan makan.. saya dapat dalam 8 ketul)

Isi Roti Boyan

7 biji kentang size besar - dikupas dan direbus sampai lembut (saya guna 2 biji je)
3 Biji telur size besar (1 biji telur je)
Sedikit lada sulah dan garam
sedikit daun bawang dan sop - dimayang halus atau kasar
1 Biji Bawang besar - Dihiris halus (saya 1/2 biji bawang)

Cara-caranya:

1 Tos kentang yang sudah lembut, lalu dilenyek-lenyekkan sehingga halus.

2 Masukkan garam, lada sulah dan telur kedalam nya.

3 Kacau sehingga ia nya rata, lalu masukkan daun sop/bawang serta hirisan bawang besar.

4 Siap letakkan ketepi.


Cubalah sedap! hehehehe

Friday, June 01, 2012

Kuih Lapis



Besor nya la gambo.. heheh saje besar kan.. kasi jelas sikit..  petang ter 'rajin' plak nak melapis.. so..buat lak kuih lapis.. kaler kuih tu pilihan anak dara aku.. dia nak kaler merah dan hijau.. yg benarnya ada kaler pink tu tp dlm gambar ni tak berapa jelas plak..  hahahaha... 1st attemp.. x berapa puas hati ngan hasilnya sebab aku ni ha buat main ikut sedap aku jek.. hehehe.. masa melapis tu aku x ikut sukatan main letak je dlm setengah cawan dlm bekas lain.. kalerkan merah.. mcam tu jugak lah seterusnya.. terlupa plak yang aku buat setengah adunan je.. punggah!! amik ko.. tebal la kaler nya.. dan tak dpt nak melapis byk2.. tp rasa dan kejadian cantik sekali.

Senang sangat membuatnya.. 3 bahan je..  saya amik resepi dari junjs11 My Resepi .. terima kasih untuk resepi yang mudah ni..  saya share kt sini plak.



Bahan-bahan ( satu loyang kecil. )

250gm tepung gandum
100gm gula
500ml santan cair (kalau x nak guna santan, leh tukar ngan susu cair, fresh milk atau kalau guna air biasa, tambah 1 sudu besar minyak..ikut selera masing2)
Cara-cara

Campur semua sekali dalam mangkuk. kacau sebati.
Tapiskan adunan tadi dan bahagi kepada dua.
isi pewarna yg berlainan pada tiap bahagian. kat sini jun letak merah ngan hijau..colourful gitu..
Kukuslah selapis demi selapis, selang seli warnanya.
Biar sejuk baru potong.




Wednesday, April 25, 2012

Kuih Talam Gandum



Talam gandum atau talam gula merah.. ni memang feveret la.. cik suami memang dah tau lah kalau gi beli kuih.. dia mesti beli kuih ni.. dia tahu mem besar ni suka.. hahaha.. asik membeli je.. kali ni cuba buat pulak.. senang je.. buatnya.. ni first attempt ..alhamdulillah jadi.. cuma kali ni aku buah setengah adunan je.. sebabnya tak ramai pemakan kt rumah ni.. hehe..  next time nak cuba buat talam ubi pulak.. bile tu ye?? hehehe.. biarlahmasa yang tentukan. cheeewahh!! .. aku godek2 tenet dok cari resepi yang paling mudah dan bahan yang sememangnya ada kt umah je... terjumpa resepi dari Mama Kastam Tioman dari MyResepi  .. bahannya mudah dan sedap sangat.. terima kasih mama untuk resepi ni.. 


Meh kite ke resepi



Bahagian bawah
2 1/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah + 2 cwn air - dimasak-sejukan dan ambil secukupnya utk kegunaan )
4 cawan santan cair
Bahagian atas
4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
1 1/2 cawan tepong gandum
2 sudu kecil garam ( mama guna sudu KFC ) ( bolih di kurangkan )





Cara-cara
Panaskan air kukusan terlebih dahulu
Satukan adunan bahagian bawah. Nak blend pun bolih. Masukan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sampai nampak keras sikit. Buka kukusan.
Kalau masih ada air diatasnya di sebabkan masuk wap, lap dengan tisu sampai kering.
Sediakan adunan bahagian atas. Untuk bahagian ini, jangan di blend. Sebab bila masak nanti kuihnya tak cantik dan merekah bahagian atasnya.
Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.
Kukus selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan, biarkan selama 10 minit. Petua bagi mengeringkan air di atas pemukaan kuih yang di sebabkan wap.
Tutup api, angkat kuih dan sejukan.
Potong ikut citarasa sendiri..nnn ngappp.




Selamat mencuba!!! 

Wednesday, April 11, 2012

Donut ball lagi..



Assalammualaikum.. apa khabar? hehe.. ari ni cuti sempena Pertabalan Agong pada Sultan Kedah.. Daulat Tuanku.. 


Ok lah donut ni memang feberet  anak dara aku Aina.. kalau petang je.. "Ibu nak donat?" .. ala..malasnya.. tp demi anak ku gagahkan jua.. chewah!! haha .. ni kali ke 2 aku buat donat ikut resepi dan memang menjadi.. gebu gitu.. dan yang penting sukatan bahan nya takdelah banyak sangat.. dan output nya pun cukup2 untuk kami anak beranak.. hehe..




Saya amik dari dapur Kak DayangJack kite .. kat sini .. meang sedap kak!..  terima kasih berkongsi .. saya tepekkan resepi tu kat sini pulak ye..


Donut Ball (Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber :Nora@DuniaKecilKita
bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.


*** aritu saya buat saya salut ngan coklat dan buat macam burger malaysia gitu.. kecik2 je kan.. skali hadap je.. hehe.. untuk sambal yang aku guna Sambal Gorang Bonda ..bole check resepi kt sini  





Selamat mencuba 

Tuesday, July 26, 2011

Kuih Lopes

Selamat petang...

menu petang saya..dah lama tak makan..itulah beli dgn sendiri buat memang lain...sebab rasa macamana yg kiter nak...saya suka pulut yg agak lembut..so senang sikit nak makan..kalau tak keras kejung macam yg beli kat kedai tu..ha..pastu sebuk nal cari pencungkil gigi..ada lah nasi pulut yang terselit dicelah gigi..hehe saya lah tu...so kali ni saya buat agak lembut senang je nk makan..hehe resepi ni saya amik dari my resepi...terima kasih untuk tuan punya resepi tulip 77.. kalau nk tengok resepi asal di SINI...


tengok tu...bile dah sira ngan air gula

Jom kite cek resepi:

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar) *saya tak letak..saya guna pandan paste jadi santan 2 1/2 cawan
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
Cara-cara

Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.


Cubalah..bole buat masa bulan puasa nanti..

Wednesday, July 20, 2011

Kuih Seri muka

Assalammualaikum...

berapa ari ni cuti dari memasukkan entry masakan aku..agak sibuk n internet slow ya amat...so ari berkesempatan memasukkan entry ni...kuih seri muka ni feveret cik suami..anak kurang suka sebab ada pulut tu kalau dia makan pun yang atas tu je...hehe..saya kurangkan manis lapisan hijau tu sebab cik sumi tak berapa suka manis... tp tu lah tgh bersemangat nak membuat..beras pulut ni plak tggl sikit sgt..dlm 2 cawan kurang sikit gitu...alamak..tingin nyer nk buat..so tawakal je lah..buat jugak but kurang kan jumlah bahan je lah resepi n step still follow cara yang sama...

Sebab sikit sgt..so lepas mengukus saya padatkan pulut dalam acuan lompang..maka jadi seri muka lompang hehehe...senang sikit nk makan...tak yah da nk potong2... resepi saya amik dari myresepi dari NanaSham..resepi bole amik dari SINI.. cubalah..




Monday, July 18, 2011

Kuih vadeh ke vadai...

Assalammualaikum....selamat petang.

Ari ni sy lewat sikit masukkan entry sebabnya banyak nau keje lah...ngan anak2 lg...ok lah cerita pasal kuih vadeh ni..teringat ayah saya...kebanyakkan menu dlm masakan india banyak diperkenalkan oleh dia..dan menjadi feveret lh...antaranya kuih vadeh ni..skg dah turun ke anak dara saya pulak suka kuih ni..tp bese lah budak2 tak suka sayur mayur ni so untuk dia daun kari dan cili takde..bawang saya still bubuh sebab kang apa plak rasanya...hehe

saya dah lama da beli kacang dhal ni..so ari ni berkesempatan membuatnya...mula2 dulu rasa cam susah nk buat tak sangka senang rupanyer...resepi ni saya amik dari SINI...terima kasih untuk resepi yg mudah dan sedap ni..saya tepekkan kt sini plak ye


meh kiter cek resepi:

Bahan-bahan Untuk Wadeh
300g kacang dhal
1/2 labu bawang besar
1 cmb jintan putih
1 tangkai daun kari
1 tangkai lada merah (saya guna cili hijau)
1/2 cmt garam
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara-cara Membuat Wadeh
  1. Kacang dhal direndam dengan air yang banyak untuk semalaman.
  2. Tuskan kacang dhal dan biarkan ia kering sebentar.
  3. Kisar kacang dhal menggunakan pengisar bijirin sehingga hancur tetapi asingkan 3/4 tanpa dikisar atau dikisar kasar.
  4. Bawang besar didadu kasar, lada merah dihiris nipis dan daun kari dileraikan dari tangkainya.
  5. Jintan direndam dalam air sebentar dan dituskan. Kisar kasar menggunakan pengisar bijirin.
  6. Campurkan semua bahan sehingga sebati. Anda akan mendapat adunan wadeh yang lembik tetapi masih boleh dibentuk.
  7. Gunakan sekeping plastik untuk memudahkan proses membentuk. Basahkan tangan dan plastik dengan air bersih.
  8. Ambil sedikit adunan bulatkan dan leperkan diatas plastik setebal 1 cm.
  9. Gorengkan dalam minyak yang panas sehingga garing keemasan.



selamat mencuba

Wednesday, July 06, 2011

Donut Gebu...

selamat petang...

Aina dok mintak donut da beberapa ari ni so semalam gi blog izah daut jumpa plak resepi donut..fuh...punyalah tertarik..terus amik resepi buat ari ni..memang tersangat gebu...aku bg 5 bintang...hehehe...bole tgk resepi asal di sini.. izin share kt sini plak ye..




Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
*kurangkan susu segar kerana doh agak lembik
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Topping:
1/3 cup butter
2 cups confectioners' sugar
1 1/2 teaspoons vanilla
4 tablespoons hot water or as needed

Cara-cara

Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas




selamat mencuba




Tuesday, July 05, 2011

Onde-onde/buah melaka..

hai..

seperti gambar kt bawah ni..rasanya ramai yg da tau..just nak kongsi kan kt sini..kuih pertama aku buat masa zaman kecik2 dulu....tp mak duk tepi lah..mengajor..hehe..memang senangs gt...
dan yang paling penting sedap..manis tambah lemak dari kelapa parut tu..fuh..buat minum petang..cik asben mkn kemain byk lagi...hehe..sonok rasa..nanti ibu buat lagi eh...




bahan: (ikut sukatan sendiri syr..nak byk bubuh byk..camtu..sebab aku pun agak2 je)

tepung pulut
air
pewarna hijau (optional)
gula melaka( di sagat2 kasi halus ..guna pisau je...)
daun pandan (di basuh dan diikat)
garam
kelapa parut (amik yg putih shj)

cara:

-tepung di campur ngan air..masuk sikit2 air..gaul ngan..sampai adunan dah x melekat lagi kt tangan,,jgn sampai keras sgt..agak leh bentuk tu..bole ah tu..then letak pewarna..dlm 1 sudu teh gitu..gaul lagi...
-pastu buat bulat2 besar tu agak2 la...then tekan dgn ibu jari kt tgh jgn sampai berlubang...masukkan bula melaka kt lubang tgh tu..pastu tutup balik guna kaedah buat bulat2 tadi...
-panaskan air masukkan daun pandan
-bila air mendidih masukkan adunan onde2 yg dah siap tadi..
-bila onde2 tu terapung keatas..tu tanda dah masak
-angkat golek2kan kt atas pasrutan kelapa yg dah dibubuh garam sikit..
-siap...

Tuesday, June 21, 2011

Donut Ball

Assalammualaikum...

Sihat?..harap sihat hendaknya....hehe...hari ni aku bangun awal nak siapkan doh donut ball ni..x rugi cuba mmg sedap...resepi asal saya amik dari sini.. bole tengok ye resepi kt situ... caranya mudah sgt nak buat..dan arahan resepi cukup teliti dan memang itu sukatannya so jgn derhaka ye nanti x jadi..hehe..dah banyak donut saya cuba tp yg ni rasanya paling lembut dan gebu yang saya pernah cuba....



Kiut je donut ni...mmg senang nak makan...anak2 pun suka...kalau dlm resepi bulatkan 22 biji ball donut..memang betul aku dapat buat 23 biji donut...hehehe..tp lebih kurang lah...cer tgk kt bawah ni...ni lah adunan doh yg da di bulatkan...


Cubalah resepi ni memang terbaikla...
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..