Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Masak Lemak Nenas dengan Ikan Sepat Masin



Assalammualaikum!!! 

Hari ni dalam sejarah hahaha tuan tanah  lama menyorok baru nak bagi salam hahaha mintak ampunn ya para pengunjung blog.. ada ke? hahaha

Rasanya last update tahun lepas kan? pehtu aku dok diammmm.. yang benar nya, blog ada masalah pastu baru2 ni baru elok balik.. tah kenapa agak eh.. 

Mana nak mula ye.. kita terus ke resepi je lah hahaha tak idea pulak nak berceloteh *dasarrrr kan 

Hari ni aku masak lemak nenas dengan sepat masin.. ni pertama kali aku buat dan main campak2 je.. nasib baik jadik.. .







Senang je masak lauk ni, kalau dah tau masak lemak cili api tu bole la berjinak buat ni pulak... 

Nenas kali ni aku guna yang dah masak , mak mertua bagi.. macam2 tau2 je aku nak makan kan hahahaha.... dan tu je pertama kali aku potong nenas sendiri.. waduh! waduh!! kalau ibuku nampak memang aku akan dimarahin hahah.. dari sebesar nenas jadi kecik! puas aku tarah sana sini,, haaaa.. jadi lah kan dari takde langsung.. separuh aku simpan dengan harapan nak masak lauk ni.. separuh lagi aku gaul dengan gula simpan dalam bekas bole buat kudap kudapan.. selain tu nenas juga elok okey untuk proses pembuangan ye.. haa... 

Dari sari ke sari aku plan nak masak nenas ni.. tak menjadi jugak.. tapi hari ni cik abang cuti sebab cherry berry dari malam tadi.. kesian dia letih.. pelik betul, aku makan apa yang dia makan.. dia sakit perut aku tak.. hahahaha nampak sangat Nora perut kau tebal hahaha bukan ye.. aku makan sikit je dia makan banyakkk! itu sebabnya.. so dia sakit lebih sikit la kan? hehe dah2 mengarut.. 

Jadi disebabkan itu aku masak lauk ni, motif?? aku tak tau apa.. tapi aku rasa ni lah harinya... hahaha.. cik abang ON je katanya.. jadi kita mulakan proses



Bahan:

Of course la nenas kan.. takde kan masak lemak ikan masin je.. hehehe . Nenas tu agak2 la banyak mana yang korang suka. 
Cili padi (kalau suka pedas bubuh bebanyak). Kunyit hidup dalam 1 cm camtu. Serai sebatang dititik. Cili Padi dengan kunyit ditumbuk halus. Asing kan kejap.

Selepas tu, basuh ikan sepat masin kita bersih2.. potong 2 kalau besar. Rendam kejap (kasi jangan masin sangat)

Santan cair dan santan pekat *ni agak2 je ye, banyak mana kita nak kuah lemak kita tu*

Cara:

Siapkan santan cair dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk dengan serai tadi. Buka api. Kasi mendidih jap. Masukkan nenas, kasi empuk sikit.  Masukkan ikan masin dengan santan pekat,

Haaa.. yang ni crucial part sikit.. kena kacau selalu kang pecah minyak pulak.. masukkan garam, gula, perasa. Gaul sampai mendidih. 

Rasakan garam, gula semua. Kalau okey.. Siap! dah boleh mencekik! hehehe






notakaki: besok aku write up pasal apa yang terjadi awal tahun 2015



Wednesday, October 02, 2013

Berlado Ikan Kembung


Assalammualaikum.. selamat hari rabu hehe.. hari ni agak sibuk.. anak lelaki saya pepagi dah kena neb sebab kahak dia dah banyak sangat sampai tak bole nak bernafas dengan betul.. sian anak ibu.. lekas2 sembuh ye..

Oh ye.. hari isnin hari tu saya cabut gigi kan? keke.. lepas cabut tu sakit kejap je.. pastu dah tak sakit da.. lepas ni tak takut lagi la nak ke klinik gigi hehe.. harap2 takde lagi la ye..

Hari ni masak yang ringkas2 je.. masak berlado ikan kembung, ni memang feveret cik abang.. tiap kali makan dia akan reminisce zaman kanak2 dia, mak kawan dia selalu masak lauk ni dan dia masih teringatkan betapa sedapnyer masakan makcik tu.. eh.. ni nak kata masakan aku tak sedapkah? hahaha.. xder lah.. dia kata.. air tangan tak sama.. menu sama.. end product memang beza.. wah.. kemain lagi term marketing hahaha...

Nak kawankan dengan sambal berlado ni.. aku masakkan kangkung goreng belacan sikit.. 

Senang je nak masak berlado ni ha.. sambal ni bole apply kat apa2 yang korang suka.. ayam, daging, terung macam2 lagi lah.. cuma yang bezanyer setengah orang suka pedas manis, ada yang pedas menyengat.. ada yang ala2 je.. hehe.. macam aku suka pedas menyengat.. tapi cik abang tak tahan pedas so aku medium kan tahap kepedasan..

Ni resepi kalau nak cuba.

Bahan macam biasalah aku ni main agak2 je... untuk menu ni aku guna 5 ekor ikan kembung besar:

Bahan Kisar:
1 Biji bawang besar
5 Batang cili hidup (merah)
5 Biji cili padi merah (kasik pedas sikit) *optional
1 Biji tomato *sedang2 je

Lepas gorengkan ikan garing2.. keluarkan minyak ikan tu sikit.. tumiskan bahan kisar hingga garing.. masukkan garam, gula dan perasa. Cukup rasa, tutup api. Siap!
Curahkan atas ikan :)

Selamat Mencuba!

Tuesday, August 27, 2013

Sayur Pucuk Paku Goreng Pedas




Assalammualaikum.. dah lama tak update blog sejak2 raya ni .. macamlah ko salu update nora oi hehehe   :P ni pun ada sikit je masa nk update ni ha.. tapi amik peluang jap.. sayur pucuk paku goreng pedas ni.. macam sayur goreng bercili padi tu je hahaha.. nama nak grand je kan? hahahaha...  okey la meh kita cek resepi

*jumlah bahan ikut banyak sayur ye.. kalau sikit so bahan yg lain kena kurangkan*

Sayur pucuk paku (kalau nk guna kailan, tak pun kangkung pun bole)
Bawang merah
Bawang putih (jgn banyak nanti tak sedap)
Cili padi (kalau suka pedas boh la bebanyak jangan sampai sakit perut udah le)
Udang kering (sikit je buat rencah/rasa)
Udang (yang ni optional)

Tumbuk semua bahan kecuali sayur dan udang hingga lumat.. tumis hingga naik bau..masukkan udang,  letak air sikit, masukkan sayur pucuk paku.. gaul rata. Masukkan garam dan perasa/pati ayam sikit je)

Bila sayur agak layu. dah boleh angkat :) 

Selain masak lauk ni.. aku jugak masak kuah pindang serani melaka version hehehe... 



Wednesday, December 19, 2012

Masak Tempoyak Ikan Kembung




Kita terus ke resepi ya.. ada keje sikit nih..ni version saya 

Bahan2 agak2 ye..

Ikan Kembung
Tempoyak
Cili Api
Kunyit hidup
Serai
Daun kunyit
Sedikit santan

Cara:
Cili api, kunyit hidup di tumbuk. Masukkan ikan kedalam periuk bersama bahan tumbuk serta tempoyak. macam gini rupanya

Masukkan juga secawan atau 2 cawan air. Naikkan atas dapur, masak hingga mendidih..masukkan sedikit santan, garam serta daun kunyit. Biar hingga masak. Gaul rata. Siap! 


Friday, November 16, 2012

Sambal Ikan kembung



Bahan:
Ikan Kembung
Bawang merah
Bawang putih
Tomato *1 atau 2 biji
Cili Hidup Merah
Cili kisar *3 sudu
Belacan *sikit jek
Garam

Cara:
Ikan kembung di goreng garing *ketepikan
Bawang merah, bawang putih, tomato dan cili hidup serta belacan dikisar
Tumis bahan kisar hingga naik bau. Perasakan dengan garam dan perasa. Siap. Sira diatas ikan yang dah digoreng tadi. 


Tuesday, November 06, 2012

Asam Tumis Ikan Kembung



Assalammualaikum.. masuk hari ni dah 4 hari hujan.. sejuknya la.. anak ngan aku ni hia berbaju sejuk kat umah.. kenkonon musim sejuk gitu.. hehehehe.. tapi tu lah bile dah sejuk2 perut pun asik mintak di isi.. camner nak kurus ni? hahaha...

Ni menu hari ni Asam tumis ikan kembung.. orang melaka tak panggil asam pedas.. dia ada panggilan pada semua menu.. cam menu ni la.. kalau nak glemer sikit asam pedas ikan kembung..  tapi kt kg aku.. Kg Duyung melaka dekat2 dengan perigi hang tuah.. panggil asam tumis.. dan besenya takde lah bubuh segala tomato dan bendi diorang akan letak sawi.. pelik tak? tapi memang sedap.. tapi sawi takde pulak kat umah ni.. so aku letak la apa yang ada..  nak resepi? bole cek kat SINI .. sama je caranya cuma letak ikan kembung je..  hehe..  lauk ni memang ngan ngan sambal belacan.. makan pulak ngan nasi panas.. sejuk2 ni.. memang bertambahlah.. nak2 pulak ngan ikan masin pergh!!! hehehehe .. dah la .. air liur aku dah meleleh ni.. nak gi makan ye.. selamat mencuba! hehehe

Wednesday, September 12, 2012

Wordless wednesday.. wordless la sangat! hahaha


Assalammualaikum.. apa khabar? Syawal dah nak hampir menutup tirai.. kejap betul masa berlalu.. ha.. apa cer tajuk nya wordless wednesday.. tapi aku dok tulis.. hahaha. ni namanya dah lari tajuk.. blog ni aku punya..so aku punya suka lah.. hahaha.. gurau je.. 

Hari2 memasak .. sampai kekadang dah tak tau nak masak apa.. nk masak yang luar biasa kang tak makan pulak.. menu ni 2 hari lepas aku masak


 Kacang buncis goreng bersama carrot dan udang

Bahan:
Seikat sayur Kacang buncis (3 ringgit tu)
Carrot (1 batang kecik je)
Udang (saya guna 8 ekor udang yang sederhana besar tu)
Bawang merah (sederhana besar)
Bawang putih (3 ulas)
Garam
Perasa

Cara:
Kacang buncis tu dibasuh dan dipotong serong2
Carrot potong nipis2 bulat camtu
Udang buang kulit (saya tinggalkan ekor.. nak lawo sikit hehe)
Bawang merah dan putih dihiris (kalau malas..mcm aku.. kalau rajin bole tumbuk)
Panaskan minyak
Masukkan bawang merah dan putih, tumis hingga naik bau
Masukkan Udang, biar kejap
Masukkan carrot.. letak air sikit (nak bg empuk cepat sikit)
Masukkan sekali Kacang buncis
Masak hingga agak empuk, masukkan garam dan perasa
Gaul rata. Siap! 

 Sambal Tumis ikan kembung

Bahan:
4 ekor ikan kembung
Bawang merah besar (1 je)
Cili kisar (2 cawan)
Garam
Belacan (1/2 atau besar hujung ibu jari)
Asam jawa (sikit je)
Air sikit
Bawang hiris nipis/bulat (optional)
perasa

Cara:
Ikan kembung tu basuh, kunyitkan, goreng seketika angkat dan toskan
Bawang besar diblender bersama belacan
Panaskan minyak
Masukkan  bawang yg di blender tadi bersama cili kisar, tumis hingga pecah minyak
Masukkan sedikit air asam jawa bersama sikit je air
Gaul rata, masukkan garam dan perasa
Masukkan Ikan yg telah digoreng tadi
Gaul rata. Siap!


Ayam goreng.. :)

Berselera cik abang makan. hehehe.. aku ni pun haaa... lepas2 raya nafsu makan menjadi2 pulak.. kena beringat nih.. hehehehe

Monday, June 04, 2012

Ikan Gelama Masin



wah!!!!!!!!!!!!!! ni antara menu feveret di kala tekak tak lalu nak makan apa.. hahaha,, tapi jangan amalkan selalu.. naik darah tu kang.. hehehe.... ikan gelama masin goreng ngan bawang dan cili api pergh!!!!!!!!!!!!!..  makan plak ngan nasi pepanas.. mmg bertambah lah..  teringat mak kt kampung dia memang suka ikan masin hehehehe... aku ni suka ikan berjeruk camni.. hehehehe.. keliur? hehehe.. palagi pergila kekedai berhampiran rumah anda.. cari ikan masin.. hehehehe

Thursday, May 17, 2012

Asam Pedas Ikan Duri


Menu ni saya masak minggu lepas..  ni menu fevret kami sekeluarga.. nak2 plak makan ngan cencaluk pergh!!! memang bertabah la makan.. Ikan duri ada tak makam.. hanyir katanya.. tapi isi ikan ni memang tebal dan lembut.. cuma ikan ni kena pandai cuci kalau tak memang hanyir la kuah kite tu.. ayah saya hanya makan kuah ikan duri yang dimasak oleh mak dan arwah kakak dia sahaja.. macam2.. memang jenuh nak membersih.. sebab ikan duri duduk di dasar .. dia ikan muara rasanya.. (memandai je aku ni kan.. hehe) 


Ok meh kite cek resepi:


Resepi:Asam Pedas Ikan Duri
Sumber:Nora@Dunia KecilKita



Bahan:  (jumlah bahan agak2 ye)




Ikan Duri (ikan apa pun boleh.. jgn ikan paus sudah hehe)
Bawang merah *dikisar
Bawang putih *dikisar
Kunyit Hidup (dlm 1/2 inci je.. jgn bebanyak nanti pahit) *dikisar
belacan (besar ibu jari) *dikisar tp kalau tak nak bubuh pun tak pe
Cili kisar ( dlm 6 Sudu besar )
Lada Hitam
Daun Kesum
Serai di ketuk
Air asam jawa
Air 5 cawan
Garam
Perasa




Cara:
Tumiskan bahan kisar, letak lada hitam serta serai dan hingga pecah minyak.. masukkan air asam jawa sikit dan letak air . Biar Hingga mendidih. Masukkan ikan. Bila dah mendidih je letak garam dan perasa. Letak bendi atau terung . Biar mendidih. Siap!

Monday, April 16, 2012

Asam Tumis Ikan Tenggiri



Asam tumis ikan tenggiri ni saya masak masa adik2 saya datang umah hari tu.. senang dan cepat je. Orang Melaka standard la.. mesti ada menu ni. Kalau orang luar akan panggil asam pedas tp kami orang melaka panggil Asam tumis.. kalau masak ce cair camni.. kalau guna daging kami panggil Grang Asam .. hehehe.. pelik kan? hahahha.. 


Ok la malas nak membebel lagi.. meh kiter cek resepi 




Sumber: Nora@DuniaKecilKita


Bahan:  (jumlah bahan agak2 ye)


Ikan tenggiri (ikan apa pun boleh)
Bawang merah *dikisar
Bawang putih *dikisar
Kunyit Hidup (dlm 1/2 inci je.. jgn bebanyak nanti pahit) *dikisar
belacan (besar ibu jari) *dikisar tp kalau tak nak bubuh pun tak pe
Cili kisar ( dlm 2/3 cawan)
Air asam jawa
Air 5 cawan
Garam
Perasa


Cara:
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.. masukkan air asam jawa sikit dan letak air . Biar Hingga mendidih. Masukkan ikan. Bila dah mendidih je letak garam dan perasa. Letak bendi atau terung . Biar mendidih. Siap!

Friday, March 30, 2012

Kari Ikan Tenggiri


Salam jumaat..

Apa Khabar? semalam saya ke hospital SJMC melwat suami sepupu saya yang nazak akibat leukemia.. sayu saya tengok isteri dan anak2 dia yang masih kecik tu.. tp apakan daya Allah perancang terhebat. mungkin ada hikmahnya.. saya balik selepas melawat.. selepas maghrib saya menerima khabar dia telah meninggal dunia.. Innalillah.. akhirnya dia pergi jua.. isteri dia sangat redha dengan pemergian suami tercinta.. lebih baik dia pergi dari terus tersiksa ..mungkin itu yang terbaik.. saya pergi ke surau tempat dia di mandikan..sayu melihat anak2 arwah.. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.. Anak2 arwah semua berjaya dalam pelajaran.. yang baru2 ni mengambil SPM dapat 10 A.. yang UPSR dapat 5A.. yang sulung sedang belajar di University Petronas.. yang empat lagi anaknya masih kecil .. Semoga Kak Ida tabah menghadapi dugaan ini.





Ok lah kite ke resepi.. manu ni saya buat hari rabu ari tu.. hehe.. saya ni memang die hard fan kari lah...hehehe


Meh kite cek resepi:

Sumber:Dunia Kecil Kita
Bahan:
Ikan Tenggiri ~nak letak ikan ikan yang awak suka pon bole.. jgn letak ikan 'jaws" sudah hehehe

Bawang Merah,Bawang Putih dan Halia ~dihiris~
Halba campur (satu sudu kecik)
Santan
Daun Kari
Rempah Kari Ikan
Garam
Air

Cara:
1. Tumiskan bahan hiris dan daun kari hingga naik bau
2. Masukkan rempah kari dan halba campur ~rempah kari ni.. saya letak memang banyak baru cam kari mamak sikit... hehehe
3. Gaul rata dan hingga pecah minyak
4. Masukkan air sikit
5. Biar didih
6. Masukkan Ikan sampai mendidih
7. Masukkan santan ~saya guna santan pekat~
8. Biar mendidih, letak garam

~kalau nak letak bendi.. bubuh nak akhir tu..



Selamat mencuba




Thursday, March 22, 2012

Sambal Ikan Tenggiri


Saya ni orang melaka.. kalau masak tu.. lauk kena merah.. hahaha.maknanya cili le tu.. hehhe.. aku pun cenggitu gak.. gasak lah... tp memang kena ada pedas kalau tak .. tak melaka lah.. hahahahha.. yo yo je... ok kite cek resepi ........



Bahan:

Ikan Tenggiri *ikan apa2 pun boleh
Bawang merah
ikan bilis *sikit je
Cili Kisar
Asam jawa* amik airnya.. sikit je
Air *sikit je ye..
Garam
perasa


Cara:
1. Goreng ikan sehingga garing .. angkat toskan
2. Blender bawang dan ikan bilis
3. Tumis bahan yang di blender dan cili kisar.. sehingga pecah minyak
4. Masukkan air asam jawa.. sikit ye je
5. Masukkan air sikit.. nak kasi kuah
6. Masukkan garam dan perasa.


Siap!!!

Monday, July 11, 2011

Ikan Bawal Masam Manis

Apa khabar?...

Menu aku arini..ikan bawal masam manis..senang n cepat...maklumlah anak2 kurang sihat...menu ni pun untuk cik suami pulang kerja..antara menu feveret dia...



ok..ni saya share kan resepinyer:

Bahan:

Ikan Bawal (ikan apa pun bole)
Cili kering *jumlah ikut suka..kalau nak pedas bubuh byk(direndam/celur dan ditoskan airnya dan dikisar)
2 biji Bawang besar (dipotong bulat)
2 biji Bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
garam
gula


Cara:
1.Panaskan minyak..goreng ikan hingga garing dan ketepikan
2.Keluarkan sikit minyak..masukkan bahan yang dihirs dan cili kisar
3. gaul rata hingga garing,masukkan sos cli,sos tomato dan sos tiram
4. Gaul rata..bubuh garam dan gula
5. gaul rata...rasa garam manis lauk..
siap dan curah diatas ikan bawal tadi.




Saturday, June 25, 2011

Masak Lada Ikan Pari

Assalamualaikum...

Siapa orang melaka?..erm..mesti tau lauk ni...masak lada ikan pari...biasanya orang melaka tak panggil asam pedas....biasanya orang luar yang panggil asam pedas..tp tak tau la...kalau daging dipanggil grang asam...asam tumis untuk masak ikan dan bahan nya basic asam pedas..kuah lada mcm yg kat bawah ni....



selera tak?...hehe..antara menu feveret aku gak lah..ni ha resepi kalau nak cuba...


Bahan:
Ikan pari (dipotong) * masak lada ni..selain ikan pari..ikan lain pon bole juga kalau nak cuba...
Bawang besar (1-2 biji) *
Bawang putih (2 ulas) *
Halia ( 1/2 inci ) *
Jintan Manis *
Cili kering- setengah mangkuk tau fu fa tu ( di rendam/di celur air panas...dan diblender)
kerisik ( 2 sudu )
Serbuk kari ikan ( 3 sudu )
Air (2 mangkuk tau fu fa)
Terung (optional)
Asam Jawa *kalau suka masam...bubuh byk lah..kalau bole jgn byk sgt..
Garam
perasa

Cara:
-bahan yang bertanda * di kisar bersama
-panaskan minyak
-masukkan bahan yg dikisar...tumis rata..
-bila dah sebati..masukkan serbuk kari..gaul rata
-masukkan kerisik..tunis hingga pecah minyak
-masukkan asam jawa..
-masukkan air
-biar mendidih
-masukkan ikan
-masukkan garam dan perasa
-biar mendidih seketika
-rasa garam dan masam kuah
-masukkan terung..
-siap.


Selamat mencuba...

Monday, June 20, 2011

Ikan kembung masak taucu bersama tauhu

Apa khabar?...harap2 sihat la ye...2-3 hari ni cuaca kejap ujan kejap panas...x menentu..kena minum air masak byk2....ok lah..entry kali ni saya masukkan resipi ikan kembung masak taucu bersama tauhu...sedap lauk ni..makan ngan nasi panas....sedap....

lauk ni kira antara feveret saya gak lah..ayah saya suka sgt..ok lah kita cek resepi yer..

Bahan:
Ikan (apa2 ikan kesukaan)
Bawang besar potong bulat
Bawang putih dihiris
Taucu (++4sudu besar) *letak didalm mangkuk isi air sikit je kedalam taucu dan tapis taucu..airnya disimpan..
Cili hijau (di potong tgh dan dibuang biji)*saya rasa kena ada kalau nk sedapkan lauk
Cili merah (di potong tgh dan dibuang biji)
halia (dihiris panjang)
Tauhu (dibelah dadu )*digoreng, angkat dan ketepikan
Air asam jawa(sikit je)

Cara:
-panaskan minyak
-goreng ikan (hingga masak)*angkat ketepikan
-goreng tauhu (hingga masak)*angkat ketepikan
-guna minyak yg sama (keluarkan sikit minyak)
-masukkan bawang putih dan halia tumis hingga naik bau..
-masukkan taucu yg dah ditapis..gaul seketika
-masukkan air asam jawa (jgn byk sgt nanti masam)
-masukkan air tapisan taucu tadi sikit..
-masak seketika
-masukkan bawang besar, cili hijau.cili merah dan tauhu
-biar reneh jap..masukkan ikan dan tauhu
-letak perasa....
-biar sampai mendidih..angkat siap..



*garam xperlu sbb taucu tu dah masin
*tujuan air tapisan taucu tu nak bg sedap n dpt kawal kemasinan kuah...


Selamat mencuba



terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..