Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Sunday, October 06, 2013

Nasi Goreng Cili Hijau



Menu ni saya buat malam semalam.. memandangkan seharian berjalan semalam so malam buat yang ringkas2 je lah..

Nasi goreng cili hijau ni, buatkan saya terkenang masa sekolah dulu.. makcik kantin ada buat memang feveret saya la.. beza cili hijau ngan cili padi hijau tau.. rasa dia tak sama.. dari segi pedas dan cili hijau ni rasa masam sikit so bile makan ngan ikan bilis tu memang ngam lah.. 


Ha.. tu la rupanya.. tak berapa nak jelas..amik memalam gambar pun kelam malam.. tapi jadi la dari takde kan? hahaha..tu pun gambar ni aku amik dari instagram aku.. keke..  untuk resepi rujuk gambar tu ye..Hidangan ni untuk satu mangkuk nasi (dalam 2-3 orang makan la),  semua tu di tumbuk kasar/halus terpulang, pastu goreng.. yang takde dalam gambar tu adalah kiub pati ikan bilis.. ni la dia nyer rahsia.. bila bahan tumbuk/kisar tu dah berbau harum, masukkan kiub ni.. 1 je.. gaul rata, masukkan telur, pastu masukkan nasi.. gaul rata.. siap. Tak perlu garam, perasa seme da.. nak sedap lagi.. goreng ikan bilis pastu tabur ke kat nasi goreng kita. 




Wednesday, October 31, 2012

Nasi goreng


Selamat pagi.. kejap je da hari rabu :) dah hujung Oktober. Hehe.. plan nak gi bercuti asik tertangguh jek.. tak pelah.. mungkin ada hikmahnya.

Ok lah.. pagi buat nasi goreng cili api.. kalau nak citer pasal nih.. apa2 nasi goreng yang kita buat mesti tak sama dengan nasi goreng mak kita buat. Bahan yang sama, cara yang sama tapi rasa mesti beza. Paling utama sebab rasa berbeza is kita tak tumbuk tapi kita blender (kes M la.. macam aku hehe). Kalau kita perhatikan mak kita nyer nasi goreng bahan2 cam bawang atau cili api tu memang tumbuk2 kasar je. Mak kata lebih sedap camni. hehe.. so skg aku memang jarang guna blender seme tumbuk.. memang la malas kalau diikutkan tapi kalau nak sedap kena la usaha sikit.. 

Buat nasi goreng cili ni mudah je.

Bahan:
Nasi putih (lagi sedap nasi yang dah di masak semalaman)
Bawang merah *tumbuk
Bawang putih *tumbuk
Cili api *tumbuk (nak pedas buh le bebanyak)
Garam
Perasa
Telur

*cara saya.. masa menumbuk cili padi saya letak garam so mudahla kalau nak menggoreng nanti.

Cara:
Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk sehingga garing. Pecahkan telur. Biar seketika baru gaul rata. Bubuh pereasa. Masukkan nasi putih tadi. Gaul sebati. Biar seketika. Siap!

Monday, March 26, 2012

Nasi Ayam



Assalammualaikum. selamat hari isnin.. hehehe.. semalam hari ahad.. adik aku dtg umah ngan anak2 nya.. suami ada ganes bowling so dia dtg le lepak umah aku.. so sempena dia dtg aku masak la nasi ayam.. Nasi ayam ni aku main campak2 je.. takde sukat2.. senang buat dia tak susah.. hehehe

Jom kite cek bahan:

1. Beras..~ beras apa pun tak pe. tp kalau pakai beras basmathi lagi cun gitu berderai je..

2. Ayam~ yang ni bahan penting kalau tak jadi nasi ayam la... hehehe..

3. Marjerin ~ guna la dalm 2 sudu besar gitu.. tujuannya nak kasi kuning and sara lemak2 sikit kat kita nasi

4. Bawang merah, bawang putih dan halia ~ jumlah bahan ni .. tgk lah kita banyak mana kita nak masak tu.. kalau kita masak se 'pot' nasi je... bahan nya dlm 2 atau 3 ulas je.. halia tu pulah besar2 ibu jari.. semua bahan ni aku hiris je ye..

5. Kiub pati ayam~ 1 kiub

6. Sup bunjut~ 1

7. Cili hidup ~ 5 biji

8. Garam, gula, kicap manis dan sos cili

9. Daun Pandan

10. Daun Sup

Cara-cara nya pulak:

1. Rebus ayam dulu~ pastikan ayam tu dah potong ye... kang ada pulak yang rebus sekor terus.. hehe.. masukkak kiub ayam.. biar sampai mendidih dan ayam masak. Tutup Api. Keluarkan ayam.. simpan air rebusan tu.. make sure korang rebus tu air bior bebanyak ye.. sebabnya air tu kita guna nak masak nasi, buat sambal dia..

2.Panaskan periuk, masukkan marjerin ke planta bole.. tumis bahan-bahan hiris dan rempah ratus (4 sekawan tu) dan juga daun pandan.. tumis hingga naik bau.. masukkan beras yang dah basuh dan tos.. masukkan air rebusan.. bubuh garam, gaul rata.. pastu.. masak lah nasi macam biasa..

3. Belen air rebusan tu ..masukkan sup bunjut, letak garam dan daun sup.. biar mendidih rasa garamnya.. siap!

4. Cili hidup tu pulak.. kita blend dengan bawang putih, masukan air rebusan ayam sikit.. dan masakkan kejap dalam periuk.. masukkan cuka sikit atau sos tomato.. gula dan garam.. siap!

5. Ayam yang kita dah tos tadi.. letak dalam mangkuk besar.. bubuh kicap manis, sos cili dan gula serta garam sikit.. gaul ayam tu.. guna sudu ye.. perap kejap.. sebab ayam tu kita dah rebus so akan ada air sikit.. so air tu kita bole guna untuk buat kicap nya.. kalau tak de.. amik air rebusan letak kicap.. sudah.. Siap!!


6. Goreng ayam nya.. dan tubuk sikit masa nak makan.. dah siap!!!!!


Cubalah ye

Monday, August 08, 2011

Nasi Bukhara


Assalammualaikum...hari ni dah 8 hari puasa..kejap je masa..semalam saya tak sempat memasukkan apa2 entry sebabnya anak bujang ni nk melekap je...Umar dia baru 4 bulan..pun rasa kejap je da 4 bulan usia anak ibu...ok lah semalam hari ahad so saya plan untuk buat yang special sikit..hehe..tp yg ni feveret saya bukan cik abang hahaha...tp dia makan juge la,,nak buat camne bini dah masak..tp saya masakkan juga lauk ayam kegemaran dia yg sesuai dikawankan dengan nasi bukhara ni..

Nasi bukhara ni diperkenalkan kepada saya tahun lepas hahaha..ketinggalan bas saya ni baru nk merasa..hehehe...sejak itu nasi bukhara ni jadi all time feveret kalau gi kedai mamak...saya ni suka lauk or masakan yang ada rasa kari2 atau kurma...sedap tu,,ok lah resepi asal nasi bukhara ni bole tgk di blog chef Hanieliza di SINI... sedap saya dah buat dulu tp kali ni saya guna resepi Nure dai My Resepi yang mana resepi asal nya adalah nasi kari berdaging..cuma kali ni saya tak letak serbuk kari cuma serbuk kurma...memang sedap dan bau nasi tu je pun menyelerakan...resepi awak boleh tgk kat SINI saya share kt sini pulak ye...lauk tambahan nasi bukhara saya masakkan kurma telur..


Meh kite tgk resepi :

Sumber: Chef Hanieliza

Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.


Yang ni resepi Nure dari my resepi: (kali ni saya guna yang ini)

Bahan:
1 kg beras dan air ikut sukatan beras
200g daging (dihiris nipis) *saya ganti dgn ayam
3 sudu besar serbuk kari * tak bubuh
2 sudu makan serbuk rempah kurma * saya letak 3 sudu besar serbuk kurma
air dan garam
bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar
Cara-cara

tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
Masukkan daging dan masak sampai empuk.
masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk spesel lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng



saya masak guna rice cooker..camni lah rope nyer..

Cubalah...

Thursday, July 07, 2011

Nasi ayam penyet

assalammualaikum..

erm..hari ni bawak lil' umar gi klinik ibu anak..punya la ramai orang..habis checkup semua lebih kurang kul 12.30..so cik suami tanya nak makan apa tghari nih?..puas la dok fikir...nak gi makan kedai..anak yang kecik umar ni baru je lepas cucuk 3 bulan..nak bg dia rest lah...ptg ni rasa2 badan dia dah dedar mcm nak demam..apalagi kasi ubat lah..sian anak ibu..cepat baik ye...

ha..gi ke topik mkn tghari plak..puas pikir..hmm..mk kt rumah je la...ok..belek2 isi2 peti ais..ada ayam..cili padi..hmm...masak ayam penyet la...senang je...so apa lagi buat lah ayam penyet ni...resepi da lama amik dari My Resepi...rata2 semua memuji..erm..kena cuba nih...

maka terhasillah nasi ayam penyet nih..memang tidak mengecewakan...sedap..menjilat jari..hihihi...nama penyet tu..beselah ayam yg selepas di goreng di tumbuk sikit...

bahan untuk nasi ayam penyet ni agak mudah..cuma kali ni aku x masak nasi mcm kt dlm resepi just nasi putih mcm kita makan kt wong solo tu..

ni la resepinyer:

Bahan untuk ayam penyet:

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

cara:
Untuk Ayam Penyet

Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. ( tak guna tepung beras..lupa tp sedap jugak)
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


ni lah rupa nya selepas di goreng..nyummm

Bahan untuk sambal:

Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4 (rasanya elok kurangkan ke 3 atau 4 biji..kalau byk rasa masam tomato kuatlah)
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara untuk sambal:

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan


ni lah rupanya..sambal itu..mabeles lah..

Untuk lebihan air rebusan ayam kita buat sup:

Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.



Bahan untuk nasi: (aku x buat)

3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

caranya:

Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.


Cubalah..memang sedap...terutama ayam goreng..fuhh..terangkat...

Tuesday, June 21, 2011

Nasi Goreng Bujang Senang

Hai..

Nasi goreng ni aku memang cukup suka...nak2 nasi goreng cili api...fuh!!...tp kali ni aku buat entry pasal n asi goreng bujang senang ni..hahhaa...memang senang..tp sedap...hehehe..yg penting cepat dan mudah sgt...



ni resepinyer:

bahan:

2 cawan nasi putih (banyak mana terpulang)
1 biji telur
mix vege (optional)
*cili kering (5 tangkai) *rendam/celur dlm air panas
*1 biji bawang merah (yg sedang2 tu)
*2 biji bawang putih
garam
serbuk perasa

Cara:
-semua bahan yg bertanda * sila blender
-panaskan minyak
-masukkan bahan yg diblender tumis hingga agak garing sikit
-masukkan mix vege gaul seketika
-masukkan garam dan serbuk perasa
-gaul seketika
-tolak tepi bahan tumis, masukkan telur gaul
-masukkan nasi
-gaul sebati.
-angkat


Selamat mencuba

*kalau nk bubuh ayam/daging pon sodap...



terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..