Menu ni saya masak minggu lepas.. ni menu fevret kami sekeluarga.. nak2 plak makan ngan cencaluk pergh!!! memang bertabah la makan.. Ikan duri ada tak makam.. hanyir katanya.. tapi isi ikan ni memang tebal dan lembut.. cuma ikan ni kena pandai cuci kalau tak memang hanyir la kuah kite tu.. ayah saya hanya makan kuah ikan duri yang dimasak oleh mak dan arwah kakak dia sahaja.. macam2.. memang jenuh nak membersih.. sebab ikan duri duduk di dasar .. dia ikan muara rasanya.. (memandai je aku ni kan.. hehe)
Ok meh kite cek resepi:
Resepi:Asam Pedas Ikan Duri
Sumber:Nora@Dunia KecilKita
Bahan: (jumlah bahan agak2 ye)
Ikan Duri (ikan apa pun boleh.. jgn ikan paus sudah hehe)
Bawang merah *dikisar
Bawang putih *dikisar
Kunyit Hidup (dlm 1/2 inci je.. jgn bebanyak nanti pahit) *dikisar
belacan (besar ibu jari) *dikisar tp kalau tak nak bubuh pun tak pe
Cili kisar ( dlm 6 Sudu besar )
Lada Hitam
Daun Kesum
Serai di ketuk
Air asam jawa
Air 5 cawan
Garam
Perasa
Cara:
Tumiskan bahan kisar, letak lada hitam serta serai dan hingga pecah minyak.. masukkan air asam jawa sikit dan letak air . Biar Hingga mendidih. Masukkan ikan. Bila dah mendidih je letak garam dan perasa. Letak bendi atau terung . Biar mendidih. Siap!