Showing posts with label lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label lauk pauk. Show all posts

Friday, March 13, 2015

Masak Lemak Nenas dengan Ikan Sepat Masin



Assalammualaikum!!! 

Hari ni dalam sejarah hahaha tuan tanah  lama menyorok baru nak bagi salam hahaha mintak ampunn ya para pengunjung blog.. ada ke? hahaha

Rasanya last update tahun lepas kan? pehtu aku dok diammmm.. yang benar nya, blog ada masalah pastu baru2 ni baru elok balik.. tah kenapa agak eh.. 

Mana nak mula ye.. kita terus ke resepi je lah hahaha tak idea pulak nak berceloteh *dasarrrr kan 

Hari ni aku masak lemak nenas dengan sepat masin.. ni pertama kali aku buat dan main campak2 je.. nasib baik jadik.. .







Senang je masak lauk ni, kalau dah tau masak lemak cili api tu bole la berjinak buat ni pulak... 

Nenas kali ni aku guna yang dah masak , mak mertua bagi.. macam2 tau2 je aku nak makan kan hahahaha.... dan tu je pertama kali aku potong nenas sendiri.. waduh! waduh!! kalau ibuku nampak memang aku akan dimarahin hahah.. dari sebesar nenas jadi kecik! puas aku tarah sana sini,, haaaa.. jadi lah kan dari takde langsung.. separuh aku simpan dengan harapan nak masak lauk ni.. separuh lagi aku gaul dengan gula simpan dalam bekas bole buat kudap kudapan.. selain tu nenas juga elok okey untuk proses pembuangan ye.. haa... 

Dari sari ke sari aku plan nak masak nenas ni.. tak menjadi jugak.. tapi hari ni cik abang cuti sebab cherry berry dari malam tadi.. kesian dia letih.. pelik betul, aku makan apa yang dia makan.. dia sakit perut aku tak.. hahahaha nampak sangat Nora perut kau tebal hahaha bukan ye.. aku makan sikit je dia makan banyakkk! itu sebabnya.. so dia sakit lebih sikit la kan? hehe dah2 mengarut.. 

Jadi disebabkan itu aku masak lauk ni, motif?? aku tak tau apa.. tapi aku rasa ni lah harinya... hahaha.. cik abang ON je katanya.. jadi kita mulakan proses



Bahan:

Of course la nenas kan.. takde kan masak lemak ikan masin je.. hehehe . Nenas tu agak2 la banyak mana yang korang suka. 
Cili padi (kalau suka pedas bubuh bebanyak). Kunyit hidup dalam 1 cm camtu. Serai sebatang dititik. Cili Padi dengan kunyit ditumbuk halus. Asing kan kejap.

Selepas tu, basuh ikan sepat masin kita bersih2.. potong 2 kalau besar. Rendam kejap (kasi jangan masin sangat)

Santan cair dan santan pekat *ni agak2 je ye, banyak mana kita nak kuah lemak kita tu*

Cara:

Siapkan santan cair dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk dengan serai tadi. Buka api. Kasi mendidih jap. Masukkan nenas, kasi empuk sikit.  Masukkan ikan masin dengan santan pekat,

Haaa.. yang ni crucial part sikit.. kena kacau selalu kang pecah minyak pulak.. masukkan garam, gula, perasa. Gaul sampai mendidih. 

Rasakan garam, gula semua. Kalau okey.. Siap! dah boleh mencekik! hehehe






notakaki: besok aku write up pasal apa yang terjadi awal tahun 2015



Tuesday, January 07, 2014

Entry Pertama Tahun Baru


Assalammualaikum, 

Hari ni 7 Jan 2014.. terlambat ke nak ucap tahun baru? hahaha.. awal tahun ni dah macam2 berlaku okey.. kereta kena langgar.. dan yang paling terbaru.. kat rumah aku ni ha.. budak 4 tahun jatuh dari tingkat 10.. berlaku depan mata.. menggigil satu  badan..arwah dah dia, syurga tempat mu sayang. Kalau nak tau lebih lanjut cer goggle la ye..cuma bila masalah macam ni berlaku semua salahkan isteri, ye memang dia salah tinggalkan anak dirumah tapi mana suaminya? ni la bila semua tugas anak2 serah pada isteri, mana dia nak uruskan rumahtangga, anak sekolah.. dgn dia nak bekerja.. sepatutnya kena la bagi2 tugas sama rata.. tapi tu la kan.. benda dah jadi.. buat pengajaran pada kita semua ye. 

Ha... benda yang best anak dara aku dah masuk sekolah! hahahaha ala sekolah sekolah tadika je pun.. excited lebih aku kan.. sebak pun ada.. cakap kat suami.. kakak da nak sekolah da.. sedih rasa, macamana nanti kalau dia nak kawen? laaaa kesitu pulak aku pergi hahahhahaha kemain jauh lagi ... ,macam2.. 




tengok tu.. seronok dia.. tak menangis pun.. hahha tapi ibu dia pulak yang sedih.. okey la... bila anak start sekolah ni aku dah rasa macamana seboknya mak2.. nak kena amik hantar.. siapkan makanan.. kang balik nak makan..mcm tak cukup masa pulak hahahhaha poyo je aku ni.. budget mcm bizi women jek.. hahahhaa...

Hari ni aku masak menu feveret aku kekeke.. kari!! hahaha Kari sotong
resepi:
Bawang merah, putih dan halia di hiris
Serbuk kari ikan
Santan
Sotong
Garam dan perasa

Cara:
Tumis bahan hiris hingga naik bau, 
masukkan serbuk kari yang dijadikan pes, 
gaul rata hingga pecah minyak, masukkan sikit air dan santan..
masukkan sotong (5-7 minit) 
letak garam dan perasa
siap
(bahan atas ni ejas2 ye.. kalau banyak letakla banyak 
cuma serbuk tu jgn banyak2 nanti rasa rempah kuat sangat)

Antara menu tambahan, taugeh goreng kicap yang ni aku buat style pemalas atau nak cepat hahaha.. racik bawang putih, bila naik bau masukkan air sikit letak separuh dari kiub ikan bilis, letakkan sikit kicap cair, masukkan taugeh bila dah didih. Siap! keke senang keje aku kan.. :P


Ha..lagi satu menu, sambal berlado.. cik abang requested pagi tadi.. so kita buatlah untuk dia..

Untuk sambal ni, aku buat kosong je.. bahan dia cili hidup dalam 4-5 batang gitu, bawang merah sebiji, bawang putih seulas, belacan(optional) sikit, tomato. Semua bahan ni kita blend kasar. Tumis, hingga naik bau masukkan garam semua. siap. Kalau nak sira bole la sira ke ikan ke ayam. macam aku ni buat letak dalam mangkuk dan tak sira macam biasa. So, kalau nak makan dengan ikan ke, ayam ke, telur pun bole.. senang!

Ni ha ayam goreng dan ikan goreng.. hehehe..ni takyah resepi kan.. korang dah tau hehehe..

Okeyla.. sampai disini sahaja.. bye! Assalammualaikum!

  

Monday, December 30, 2013

Pucuk Paku Goreng


Assalammualaikum.. 

Hari ni 30/12/2013 lagi sehari kita menyambut tahun baru 2014.. umur makin meningkat keke.. ke 33 tahun da.. tua rasa hehe.. 

Tapi kan.. hari sabtu lepas.. sebelum menutup tirai 2013 nih, kejadian tak di ingini berlaku.. kereta kami yang elok terletak kat tempat parking kena hentam adoyai... itu lah kan kata orang kalau nak benda nak berlaku tu berlaku jugak walaupun kita duk elok2 kat umah ni ha... 

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam, nasib kami belum tidur.. sepasang suami isteri yang sebaya mak ayah kita yang langgar, menggigil isteri dia.. aku tgk terus tak jadi nak marah ye lah kan.. terbayangkan mak ayah kita kalau kena keadaan macam ni, mesti kita nak orang layan mak ayah kita baik2 kan? tapi pakcik tu jujur.. besoknya buat repot polis seme.. sabar jelah.. 

Plan hujung tahun, tak menjadi.. takpelah ada hikmahnya.. 

Okey la.. hari ni kepala ada pusing.. so nak memasak pun takde mood hahahaha... masak apa yang ada je lah.. menu ni aku dah pernah buat dulu so bole la refer kat SINI  cuma kali ni aku buat pedas lagi kakakka... jangan cherry berry sudah

Kepada para pengunjung blog yang tak seberapa ni.. Moga tahun 2014 memberi seribu rahmat, kesihatan yang baik kepada kita semua amin. 






Friday, April 26, 2013

Sambal Udang dengan petai





Menu hari ni Sambal Udang dengan petai. Nak habaq mai.. petai nala punya mahal!! 3 jurai 5 hengget!! bila dah kopek2 dapat la dalam 20 biji camtu.. sikit sangat dengan jumlah udang yang bayak jugak.. .tapi takpe la.. janji ado!! hahahaha... dah lama tak masak udang.. bukan apa.. kat rumah ni saya sorang je yang makan.. cik abang tak makan tapi kalau saya masak lauk ni.. petai dan sambal dia makan tapi  udang dia dok letak kt pinggan saya.. hehehe... nasib dia tak kisah.. hehehe

meh cek resepi .. senang je


Cili kering~gunting, celur kejap ngan air panas dan blend...banyak mana terpulang ye.. ~
Bawang Merah ~kalau banyak lagi sedap manis rasanya.. dan kurang pedas sikit.. di Blend ye~
Belacan~ kalau tak letak bole~
Petai~kopek, basuh
Udang
Air asam jawa
Air sikit
Garam
Perasa

Cara:
Tumis Cili yg dah diblend ngan bawang tadi serta belacan hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Masukkan petai. Gaul seketika. Masukkan Udang. Gaul rata, tambah sikit air. Lepastu masukkan Garam dan perasa. Biar seketika. Siap.

Friday, April 12, 2013

Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku dengan Udang


Assalammualaikum.. salam Jumaat.. kejap dah nak hujung minggu. Banyak jemputan kahwin ari ahad ni.. mana satu nak pergi.. kalau takde hal dapat la gi semua jemputan kalau tak satu je lah.. hehe..

Okey la.. hari ni saya masak lemak cili padi pucuk paku dengan udang. Sedap!!!! wah!!! menjilat .. hahahhaa.. buatnya kejap je.. cap! cap! siap!! 

Bahan ni main agak2 je lah:

-Pucuk paku
-Cili padi 
-Bawang
-Kunyit hidup
-Santan
-Udang

Cili padi, bawang dan kunyit ditumbuk. Masukkan dalam periuk. Masukkan pucuk paku dah dibersih, udang dan santan . Naikkan atas api. Gaul rata.. kacau selalu takut nanti pecah minyak.. bila da agak mendidih masukkan garam dan perasa. Siap!




Monday, April 08, 2013

Hati Lembu Goreng Berempah


Assalammualaikum! saper suka makan Hati?? ha.. saya suka.. tapi bukan makan hati berulam jantung tu ye.. tu menambah kolestrol ye.. hahahaha...

Sekali sekala bole la.. tak leh selalu kang jadi pelupa plak.. teringat kat kawan saya.."nora, kau tak raso ko lembu ko? lidah den ni ha.. dah raso lembu.. " hahahhahaa.. tu bahana makan hati lembu pepagi.. kekekekeke.. mula la mengagau mencari air manis.. nak hilangkan rasa lembu tu.. hahahahaha

Menu ni saya buat hari jumaat lepas.. untuk adik saya yang mengandung elokla untuk tambah darah dia.. haha.. jangan terlebih sudah!! susah bah kalau kau! hahaha.. apa yang aku merepek nih?! lupakan.. meh kita cek resepi.. 

Resepi ni saya ingat yang benarnya.. masa adik saya kahwin .. lauk pengantin tu ha.. tukang masak tengah menumis saya perati dan apalagi nak tanya segan so main bau2 dan ingat2 je lah.. tapi last friday (cehceh.. speaking plak kikiki) cuba buat dah sedap!! maybe tak sama sikit tapi adik saya menjilat jari lah.. hahahha (masuk bakul angkat sendiri nih!.. yelah sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri hahaha)

Untuk ni saya guna tak sampai setengah kilo Hati lembu.. saya basuh bersih2 .. rendam kejap dengan tepung gandum.. bilas.. pastu potong nipis cam yang kita selalu makan tu.. asingkan tepi.

Siapkan 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan halia besar2 ibu jari serta jintan manis (dalam 3 cubit) .. kita blender halus.. tumbuk pun bole..kasi halus2 sikit.. ketepikan.

Cili Hijau.. belah 2.. dalam 3 atau 3 batang. Serbuk Kari daging.Kicap Pekat dan kicap cair.

cara:

Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hingga naik bau.. masukkan serbuk kari daging dalam 2 sudu besar. Gaul rata dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan hati gaul rata. Masukkan sikit air. Biar seketika. Masukkan 2 sudu kicap pekat manis dan dalam 1 sudu kicap cair. Gaul rata. Rasa masin lauk.. kalau dah okey (sebab kita guna kicap pekat so dah sedia masin tak perlu) kalau tak tambah garam dan perasa. Masukkan cili hijau atau bawang yang di potong bulat. Gaul lagi.. kalau nak kuah lebihkan sikit air. rasa lembut hati. Kalau dah lembut. Siap! 


Lauk ni sesuai juga untuk wanita dalam pantang.

Wednesday, December 19, 2012

Masak Tempoyak Ikan Kembung




Kita terus ke resepi ya.. ada keje sikit nih..ni version saya 

Bahan2 agak2 ye..

Ikan Kembung
Tempoyak
Cili Api
Kunyit hidup
Serai
Daun kunyit
Sedikit santan

Cara:
Cili api, kunyit hidup di tumbuk. Masukkan ikan kedalam periuk bersama bahan tumbuk serta tempoyak. macam gini rupanya

Masukkan juga secawan atau 2 cawan air. Naikkan atas dapur, masak hingga mendidih..masukkan sedikit santan, garam serta daun kunyit. Biar hingga masak. Gaul rata. Siap! 


Saturday, December 08, 2012

Sambal Goreng Jawa



Assalammualaikum, lama dah tak bersiaran.. cheewah.. hehe.. hari ni ada kesempatan saya masukkan entry baru. Sambal goreng jawa ni memang menu wajib rumah mertua tiap kali raya. So , skg dah jadi feveret aku pulak.. hehe.. senang je buatnya..  yang ni version tak berapa pedas, kalau tak nak buat pedas pun boleh..


Bahan ni aku buat untuk seorang atau2 je makan ye.

Bahan:

1 Biji bawang besar*
2 Ulas bawang putih*
Seinci lengkuas-ketuk2 je
1 Batang serai*

bahan bertanda* dikisar

3 batang kacang panjang
1 Tauhu
2 Tempe
~Bahan di atas ni, dipotong dan digoreng. Ketepikan

Suun (setengah peket)~direndam 

2 Sudu cili kering (kisar)

Setengah mangkuk kecil udang

1 cawan santan pekat

Cara:
Bahan kisar dan lengkuas di tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar. (kalau tak nak pedas, skip yang ni) Hingga pecah minyak. Masukkan Udang. Biar seketika. Masukkan santan  gaul rata, masukkan suun. Biar seketika hingga suun empuk. Bila kuah agak kering dan pekat . Masukkan garam. Gaul rata. Masukkan bahan yang di goreng. Gaul rata-rata. Biar seketika. Siap!

Monday, October 22, 2012

Sambal Tumis Sotong Kembang



Dah lama benornya nak buat sambal sotong ni.. semalam baru dapat makan.. tu pun masak sebab adik saya nak datang kalau tak takde makna nye.. sebab saya je yang makan sifut2 nih hehe.. cik abang tak makan.. hehe.. saya beli kt carrefour.. lebar tapak tangan lelaki hahahaha.. tapak tangan aku kecik je.. chewah!! haha.. saya amik 2 ekor dalam Rm5.49 .. tak tau lah murah ke mahal.. ni baru first time beli.. tapi bagi saya okeyla dengan sotong yang besar2 tuh..

Nak resepi ker? ala korang mesti lagi pandai.. haha.. sambal sotong ni saya kawankan dengan Nasi lemak... wah! berselera aku dan adik aku makan.. pastu ku masak sikit rendang ayam. 




Thursday, October 04, 2012

Hati Lembu Masak Lada Hitam



Lambek den update ari ni.. hehe.. penyakit M melanda.. dah tu ada masalah plak ngan flash.. asik crash jek page FB.. so kena tunggu cik abang balik betul kan .. hehe

Hari ni masak hati lembu masak lada hitam.. gara2 tergoda ngan hati lempap cik mat hehehe... gi pasar malam.. ada jual hati tapi besar2 tapak tangan den je yg hadooo.. jadi lah.. tekak ni mengoloh sangat kan.. hahaha... nak buat ikut resepi cik mat sebenarnya.. takdok pulak ketumbar biji.. so menu kedua masak black paper..   meh kita cek resepi

Resepi:Hati lembu masak lada hitam

Bahan:
1. Hati lembu *mestila takkan hati den pulak.. hahaha
  ~basuh, dan kerat kecik hati lembu tu
2. Bawang merah sebiji
3. Bawang putih 3 ulas
4. Halia dalam 2 inci
  ~bahan diatas ni.. tumbuk halus
5. Lada hitam 1 sudu besar
6. Kicap 1 sudu
7. garam
8. perasa
9. Air sikit

Cara:
1. Didalam mangkuk ambil hati lembu yang dah dipotong, masukkan sikit bahan yang ditumbuk, kicap dan lada hitam gaul rata.. perap seketika. 
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk selebihnya.. hingga naik bau, masukkan hati lembu yang diperap tadi. Hati lembu akan keluarkan air.. 
3. Masak seketika... letakkan air sikit. Nak kasi lembut hati tu.
4. Letak garam. Kalau nk kuah letak le lebih air.. kalau tak biar hingga kuah pekat.
Siap!


Sunday, September 23, 2012

Masak Tempoyak Pucuk Paku



Assalammualaikum.. apa khabar? saya kurang sihat. batuk + sakit tekak.. saya ni ada tonsil so kalau kena ni cepat2 la makan ice cream tapi kali ni ngan batuk sekali so kenalah makan ubat.. hehe

Sakit2 pun kena masak jugak.. pastu kena la yang sedap2 sikit.. dah la tak sihat kena masak sedap2 sikit baru selera.. hahahaha.. menu ni saya masak semalam.. Masak tempoyak pucuk paku.. masak ni teringat pada mak mertua.. dia suka sangat masak ni tapi guna daun ubi kayu.. aku ni tak reti camner nak pilih daun ubi yang bole amik dan tidak.. kekeke.(kena belaja nih..), sudahnya saya ganti ngan pucuk paku.. 

Saya suka pedas, so bubuh banyak cili padi..fuhhh!!!! merecik peluh kaw! hahahaha... cik suami makan nasib tak berulang ke tandas.. hahaha.. dia kata sedap tapi pedas! hahahaha

Buatnya senang je.. meh kita check resepi

Resepi: nora@DuniaKecilKita

Bahan:
Pucuk paku (bole juga guna pucuk ubi)
Daun Kunyit (2 helai- hiris nipis)
Tempoyak( 1/2 senduk)
Serai (2 batang- diketuk2 je.. nak hiris nipis pun boleh)
Cili padi (banyak mana terpulang-tumbuk)
Bawang merah (1 biji besar- tumbuk)
Bawang putih (3 biji-tumbuk)
Ikan bilis (segenggam- ditumbuk kasar)
Santan/Air (2/3 cawan)
Asam keping (1/2 keping)
Garam

Cara:
Panaskan periuk dengan sedikit minyak, masukkan bahan tumbuk bersama serai hingga naik bau. Masukkan santan/air, bersama asam keping serta tempoyak. Gaul rata. Masak hingga mendidih , masukkan pucuk paku dan daun kunyit tadi.. gaul rata. Masukkan garam. Masak hingga agak pekat. Siap!

Cubalah sedap!!!








terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..