Sunday, June 19, 2011

Ayam Goreng Kunyit bersama kentang

Bersiaran lagi..wah..mcm DJ la pulak..kali ni sy masukkan resepi ayam goreng kunyit...ni lauk sgt sedap dan mudah jugak lah disediakan...cer tgk gambar di bawah...selerakan?....hehe


dah tgk?...skg kita ke resepi plak..

Bahan:
Ayam diambil isi (kalau xder bghn yg lain pun bole jugak tp potong kecik2 la)
Kentang (dipotong ala2 wedges gitu)
Kacang panjang (dipatah2 je)
Cili hijau/Cili merah (di potong)
Kobis bunga
Bawang besar(dipotong bulat)
Kunyit serbuk
Garam

Cara2:
Ayam di gaul dengan kunyit, garam dan di goreng hingga masak (guna minyak yg sedikit). Angkat ketepikan
Kentang di goreng hingga masak. (guna minyak yg sama ye) Angkat ketepikan
Dengan minyak yg sama masukkan sayur mayur kecuali bawang..gaul (letak sikit air nak lembutkan kacang panjang dan kobis bunga)* xperlu lama
Masukkan garam dan serbuk perasa..gaul
Masukkan pula ayam dan kentang gaul sekali...
Tutup api angkat...siap.


*sayur bole dipelbagaikan...terpulang...

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..