Wednesday, December 19, 2012

Masak Tempoyak Ikan Kembung




Kita terus ke resepi ya.. ada keje sikit nih..ni version saya 

Bahan2 agak2 ye..

Ikan Kembung
Tempoyak
Cili Api
Kunyit hidup
Serai
Daun kunyit
Sedikit santan

Cara:
Cili api, kunyit hidup di tumbuk. Masukkan ikan kedalam periuk bersama bahan tumbuk serta tempoyak. macam gini rupanya

Masukkan juga secawan atau 2 cawan air. Naikkan atas dapur, masak hingga mendidih..masukkan sedikit santan, garam serta daun kunyit. Biar hingga masak. Gaul rata. Siap! 


Saturday, December 08, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Api



Ni feveret aku nih.. hehe.. meh cek resepi

Setengah biji bawang sederhana, cili api (nak pedas bubuh banyak) dan seinci kunyit hidup. Di kisar. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan santan cair secawan. Biar mendidih. Masukkan Ketam, biar seketika. Masukkan dauk kunyit yang diracik halus. Biar masak seketika. Masukkan Santan pekat. Biar hingga mendidih (gaul selalu ye) . Masukkan garam. Siap!

senang kan? hehehe.. berasap makan.. hehehe

Sambal Goreng Jawa



Assalammualaikum, lama dah tak bersiaran.. cheewah.. hehe.. hari ni ada kesempatan saya masukkan entry baru. Sambal goreng jawa ni memang menu wajib rumah mertua tiap kali raya. So , skg dah jadi feveret aku pulak.. hehe.. senang je buatnya..  yang ni version tak berapa pedas, kalau tak nak buat pedas pun boleh..


Bahan ni aku buat untuk seorang atau2 je makan ye.

Bahan:

1 Biji bawang besar*
2 Ulas bawang putih*
Seinci lengkuas-ketuk2 je
1 Batang serai*

bahan bertanda* dikisar

3 batang kacang panjang
1 Tauhu
2 Tempe
~Bahan di atas ni, dipotong dan digoreng. Ketepikan

Suun (setengah peket)~direndam 

2 Sudu cili kering (kisar)

Setengah mangkuk kecil udang

1 cawan santan pekat

Cara:
Bahan kisar dan lengkuas di tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar. (kalau tak nak pedas, skip yang ni) Hingga pecah minyak. Masukkan Udang. Biar seketika. Masukkan santan  gaul rata, masukkan suun. Biar seketika hingga suun empuk. Bila kuah agak kering dan pekat . Masukkan garam. Gaul rata. Masukkan bahan yang di goreng. Gaul rata-rata. Biar seketika. Siap!
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..