Saturday, October 15, 2016

Berhabuk...ada lagi rupanya



Assalammualaikum,

Sebelum apa-apa saya nak minta maaf..lama nau nau tak update blog! Memula tu saya lupe password yahoo mail... pastu blog terus tak bole nak sign in...huhuhu bila da lelama tu... terus ku buat2 lupe akan blog ku yang bersawang tunggu masa nak roboh hahahahaha hari ni dgn bantuan super power cik abang dapat ku buka blog setelah sekian lamaa.....

dan,.

Terima Kasih pada yang sudi menjengah blog saya waluuuupunnnn nan hado hahaha....walau tak bole bukak blog sbb masalah technical..gitew..... saya hari2 jengah blog hahaha bukan nak naikkan traffic tp nak tgk ada x yang masih sudi menjenguk blog yang tak seberapa ni hahaha


Oleh itu..

saya akan cubaaa menghapdet selalu...

Arigato Gozaimas!! Kamsamhimnida!! Syukran! Terima Kasih! Thank you!




Wednesday, April 22, 2015

Ayam Varuval atau Pepper Chicken






Assalammualaikum,

Dah lama tak update since my last post kan? haaa.. ni camni lah bila penyakit M merasuk... tah bile nak baik agak eh hahaha.. okey enuf with greetings.. kita pergi ke resepi ni.


Menu ni wajib aku order kalau ke kedai mamak.. bile tanya mamak tu , apa nama menu ni? dia jawab "rendang ayam" huh?? biar betul kan?? rasa nya jauhhhhhh dari rendang.. hahaha mcm kari kering pun ada kan... ke mamak ni main bubuh je nama.. ke dia takut bagi nama lain kang aku tak paham pulak hahahaha..

Lepas tu aku gi satu kedai mamak ni, aku tanya dia nama sebenar menu ni apa.. dia kata ayam varuval. Ohhhh! itu nama nya.. nanti bole search recipe hehehe..


Cari punya cari.. cuba punya cuba.. akhirnya jumpa tapi tak ingat pulak kat blog mana main salin recipe lupa mana amik.. sorry ye kalau pemilik asal baca ni.. sila tinggalkan link blog anda kat bawah nanti kita link kan.. in English "if you the owner of this recipe please leave your blog link below for me to follow back  and credit this to your's" 

heheh mana la tau kalau2 aku amik dari blog obersi kan.. kang tak paham pulak aku bebel apa hehe


Ni ha resepinya:


Ayam Varuval


 1 Ekor ayam *potong kecil2*
4 sb halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus*kiranya 2 sdb halia, 2sdb bawang putih*
2 biji tomato *dibelah empat*
10 biji cili kering *dipotong/gunting kecil*
2 biji bawang besar *lebih sedap guna bawang Holland*
2 tangkai daun kari

*3 sdk jintan manis
*1 sdk jintan hitam
(bahan atas ni sangai atas kuali pastu tumbuk halus)
*2 biji pelaga
*2 biji bunga lawang
*3 batang kulit kayu manis

2 sdb serbuk cili
1 sdb serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1 sdb lada hitam *dikisar*

Garam
Perasa



Cara:
Campurkan halia/bawang putih dan serbuk kunyit pada ayam dan gaul rata.
Dalam kuali, panas minyak masukkan ayam dan tomato. Gaul, tutup. Biarkan seketika.
*tak perlu tambah air, ayam dah ada air* *gaul selalu kalau tak hangit nanti*
Bila ayam dah masak, masuk air sikit, serbuk cili dan garam/perasa. Gauk rata.

Dalam kuali  lain, panaskan minyak.. masukkan  rempah sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan bawang merah, cili kering dan daun kari. Bila bawang dah bertukar warna dan lembut, masukkan ayam yang dah dimasak tadi. Gaul rata. Masak hingga kuah agak kering.

Tambah lada hitam dan bawang putih.  Gaul rata. Siap!






Nak kasik tau.. memang sangat sedap menu pada yang suka makanan mamak la kan.. hehehe cuba tau!

till then.... adios! 

Saturday, March 14, 2015

Awal tahun punya cerita .. IJN 2015 (part 2)



Part 2

Awal tahun juga, IJN jadi tempat melawat aku adik beradik dan saudara. Ayah buat rawatan untuk Jantung dia. 



26 January 2015

Ayah warded untuk buat Angiogram. 

Apa itu Angiogram? 
Angiogram koronari merupakan ujian x-ray salur darah jantung. Suatu tiub kecil (catheter) akan dimasukkan ke dalam salur darah tangan (radial artery) atau kaki (femoral artery) dan terus ke jantung. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna (contrast) akan dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. Doktor dapat mengenalpasti samada terdapat sumbatan di dalam salur darah jantung. Sekiranya angiogram adalah normal, prosedur akan dihentikan dan pesakit akan dihantar pulang ke wad. Sekiranya sumbatan dikenalpasti dan sesuai, prosedur angioplasti akan dijalankan. Jika terdapat beberapa sumbatan pada salur darah jantung yang berlainan dan tidak sesuai untuk angioplasti, doktor akan menghentikan prosedur dan berbincang dengan anda rancangan perawatan seperti pembedahan pintasan jantung, ubat-ubatan dan rawatan ‘shockwave’ dengan anda.

27 January 2015

Ayah buat operation untuk Angiogram. Ingatkan lama rupanya kejap je.. Alhamdulilah, Segalanya dipermudahkan. Dan doktor kenal pasti ada saluran yang tersumbat dan ayah minta untuk buat bypass. 

28 January 2015

Ayah dah buat keluar ward. 

Pada hari ni juga, pagi tu adik aku Meme eksiden dengan anak dia. Alhamdulillah anak dia selamat, dan adik aku juga. Cuma, adik aku area lutut dia koyak.. dalam juga.. so pagi tu sebelum pergi melawat ayah di IJN aku dan suami pergi melawat di Hospital Ampang kat kecemasan. Benda nak jadi kan.. 
Lepas melawat dia, aku dan suami pergi melawat ayah di IJN. Yang bestnya IJN ni bila2 bole naik.. yang tak best kanak2 tak bole naik .. pukul 6 sampai 8 baru budak2 bole naik. Tak kisah la tu, janji dapat tengok ayah bila2 masa. 


Doktor kata ayah kena masuk ward untuk buat Bypass 16/2/2015. Tarikh untuk buat bypass pulak 18/2/2015. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


16 February 2015

Ayah admitted ward untuk buat Bypass Surgery di IJN. 






Apa itu Bypass Surgery?

Apabila seseorang menghidapi penyakit arteri koronari, terdapat pelbagai rawatan bergantung kepada keadaan kesumbatan tersebut. CABG merupakan satu kaedah yang melibatkan pembedahan untuk memintas arteri yang tersumbat. Doktor anda akan menentukan rawatan yang terbaik untuk anda.Dalam pembedahan ini, urat darah(vena) akan diambil daripada salah satu bahagian tubuh anda, selalunya di kaki, dan digunakan untuk memintas bahagian arteri yang sempit atau tersumbat pada permukaan jantung. Urat darah yang diambil itu akan dipotong kepada beberapa ukuran yang pendek. Kemudian, satu pangkal daripada potongan urat darah tersebut akan disambung kepada arteri utama jantung (aorta) yang paling hampir dengan jantung. Hujung urat darah berkenaan pula akan dijahit atas arteri koronari melepasi arteri yang sempit.




pada hari ni juga lah, ayah buat xray paru-paru sebelum buat Bypass surgery tu. 



Ni ha Ayah kat ward dengan mak.. ayah masuk kelas 1 guna GL kakak aku .. terima kasih kak! 

17 Feb 2015

Doctor bagi tau masa pembedahan ayah pada pukul 8 pagi besok. Aku tidur dihospital teman mak ayah bersama dengan kakak dan adik2 hahaha penuh bilik tu heheheh kira kami ni macam seludup la hahahaha ampunn IJN hahahaha.. kami tak nak lepaskan peluang meneman ayah di wad sebelum pembedahan esoknya. Ayah diminta puasa bermula pukul 12 hingga pagi tu. Setitik air pun tak bole masuk dalam badan dan mintak ayah membersihkan badan pagi2. Nurse juga bagi baju operation untuk ayah. 

18 Feb 2015

Hari yang mendebarkan pun tiba... pagi tu mak minta ayah sembahyang subuh sama2. Aku pulak uzur so tak dapat joint. Mak salam ayah.. menangis.. Aduhhhh.... aku pun menangis tengok mak.. suami nak buat pembedahan la katakan.. 

Lepas adik dgn abang aku naik ke ward. Kami semua salam2 dengan ayah.. menangis.. macam pagi raya la pulak hahaha... 

Kami pun tunggu dalam sehingga la nurse masuk kata.. ayah punya time untuk operation tunda pukul 10 sebab ada urgent case.. so ayah jadi  patient ke dua. Jadi nurse suruh la kami2 ni pergi makan dulu.. sebab lama lagi.. aku dengan adik pun gi la cafe jap makan.. tunggu kejap kat lobby atas. 


Tiba2 dalam pukul 10 camtu , nurse kata ayah dah bole pakai baju khas untuk operation tu. So kami semua ikut ayah ke operation theatre.. tak masuk sampai dalam la. kat luar.. doctor kasi chance nak bermaaf-maafan semua.  

Masa tu aku pegang tangan ayah.. dia genggam kuat.. Ayah takut. Tapi muka dia selamba je.  Masa ni hanya Allah je yang tahu betapa risau nya aku. Ya Allah kau lindungi lah ayah ku. Aamiin.




dan ni nama doctor yang membuat pembedahan ke atas ayah






Lepas pembedahan, kami tunggu di lobby. Doctor kata pembedahan makan masa 5 ke 6 jam. So dalam pukul 3 macam tu, kami naik ke lobby tingkat 1. Kami diberitahu lepas pembedahan ayah akan dimasukkan ke ICU untuk pemerhatian.

Tengah tunggu, tiba2 nurse masuk tanya "ada waris keluar Abdullah Ahmad tak?" apalagi mak dengan kakak berlari ikut nurse. 

Alhamdulillah... ayah selamat jalani pembedahan dan sekarang di ICU. 

Tengok ayah penuh dengan wayar.. Ya Allah.. sayu hati. 

Malam tu doctor kata ayah dah sedar.


19 Feb 2015

Nurse kata ayah dah sedar. Semua tiub pernafasan ayah dah dicabut. Ayah dah boleh bernafas sendiri.  Syukur Ya Allah.

Petang tu aku pergi melawat ayah di ICU, bercakap dengan dia.. suapkan dia bubur sikit.. tapi dia nak mak.. ye lah mesti lah nak Isteri kan.. 


20 Feb 2015

Ayah dah boleh masuk ward biasa. Alhamdulillah.




Nampak tak bantal tu? ha.. doctor suruh guna bantal tu untuk tekap dada bila kita nak batuk ke..bersin ke.. ye lah baru lepas operation kan.. jahitan pun masih baru. 


Ni la rupa kaki ayah. Doctor amik urat kaki untuk buat pintasan jantung. Ada gambar dada ayah, tapi aku tak letak.. biarlah rahsia hahaha poyo tak? sebenarnya gambar tu terlalu grafik orang kata haha.. 






23 Feb 2015


Ayah buat Fisio dengan Nurse




24 Feb 2015


Alhamdulillah, nampak sihat ayah.  And........ ayah dah boleh keluar ward!! Alhamdulillah. Besoknya ayah dah balik kg. Ayah guna GL kakak so semuanya percuma hahaha...ni aku tak sure tapi  terima kasih kerajaan. Ayah saya seorang pesara kerajaan juga cuma kali guna kakak saya untuk masuk kelas 1 dan operation cost. 


Sehingga ke tarikh hari ni.. alhamdulillah ayah dah semakin sembuh.


Sepanjang ayah di hospital hampir setiap hari kami dihospital.. kakak la orang paling penat meneman mak lama jugak .. IJN dah macam rumah sedara dah hahaha... 

Sepanjang aku di IJN.. sangat lah memuaskan.. nurse2 baik.. pak guard okey...makanan.. hmm.. takde pilihan selain cafe.. okey lah  tapi kalau hari2 bengkok.. mahal okey.. so aku n adik bawak makanan dari rumah.. makan dengan mak semua.. heheh lagi jimat! 









Awal tahun punya cerita .. 2015 (part 1)



Okey.. aku tau..terlewat hampir 3 bulan nak cerita tapi ada aku kesahhh hahaha.. sorry ye. So hari ni aku amik masa jap nak citer-citer pasal apa yang terjadi dari awal tahun sampai sekarang... 

Tahun 2015 bermula dengan biasa je takde apa yang menarik kecuali anak dara aku mula sekolah. Nur Aina Qaisara da masuk darjah satu! hehe besar dahhh anak ibu...



Ni sekolah agama.. 



ha tgk tu Umar kat belakang kakak.. menayang buku ultraman dia.. tak habes2 dengan hero kesayangan dia tu hehe..ni hari pertama dia masuk sekolah, pakai tudung.. pehtu tak pakai dah... la ni pakai balik.. hahahahaha 

So far anak aku boleh adapt.. dah ada kawan.. tapi satu benda aku tak berkenan .. hari2 aku kena sental baju sekolah.. tudung semua..  habis ber"danu" hahaha..
Ha semalam balik kain koyak, dia jatuh kawan tolak.. habis berdarah lutut.. hari ni jalan dengan kaki membengkok sakit katanya.. kesian anak ibu.. ini kali kedua kain sekolah koyak.. tak de keje ibu asik nak membeli kain baru hahahaha... tak pelah kakak.. duit bole cari, janji anak ibu takde apa.. 

Setakat ni aku consistent bagi dia bawak bekal gi sekolah.. so tak dia bawak duit belanja. Makanan kat kantin.. aduhai.. memang sangat2 tak sesuai untuk kanak2 yang sedang membesar.. zaman dah moden tapi tahap kantin sekolah masih macam aku sekolah dulu2... yang perasan sekarang ni, budak2 sekolah makan terkejar2.. kadang tu tak sempat nak makan dah bunyi loceng.. masa zaman kita dulu sempat main tiang, batu seremban semua hahaha.... 

Kesian aku tengok budak2 sekolah sekarang.. terutama yang darjah satu sebab diorang ni baru nak belajar berdikari.. tapi tak diajar mcmana atau cara yang betul.. contoh paling mudah cara nak membeli makanan dikantin.. patutnya guru ni ajar la cara membeli makanan dengan betul.. suruh masing2 beratur.. pastu letak pinggan dan cawan kotor dalam bekas yang disediakan.. kat mana nak cuci tangan.. lepas makan kat mana nak pergi kalau belum bunyi loceng.. ni tak..  tak pelah kakak, ibu bawakkan bekal habis ceritaaaaaa... 

Ibu harap anak ibu belajar sungguh-sungguh.. dengar kata/nasihat cikgu.. berkawan baik.. sayang kakak!! 








Friday, March 13, 2015

Masak Lemak Nenas dengan Ikan Sepat Masin



Assalammualaikum!!! 

Hari ni dalam sejarah hahaha tuan tanah  lama menyorok baru nak bagi salam hahaha mintak ampunn ya para pengunjung blog.. ada ke? hahaha

Rasanya last update tahun lepas kan? pehtu aku dok diammmm.. yang benar nya, blog ada masalah pastu baru2 ni baru elok balik.. tah kenapa agak eh.. 

Mana nak mula ye.. kita terus ke resepi je lah hahaha tak idea pulak nak berceloteh *dasarrrr kan 

Hari ni aku masak lemak nenas dengan sepat masin.. ni pertama kali aku buat dan main campak2 je.. nasib baik jadik.. .







Senang je masak lauk ni, kalau dah tau masak lemak cili api tu bole la berjinak buat ni pulak... 

Nenas kali ni aku guna yang dah masak , mak mertua bagi.. macam2 tau2 je aku nak makan kan hahahaha.... dan tu je pertama kali aku potong nenas sendiri.. waduh! waduh!! kalau ibuku nampak memang aku akan dimarahin hahah.. dari sebesar nenas jadi kecik! puas aku tarah sana sini,, haaaa.. jadi lah kan dari takde langsung.. separuh aku simpan dengan harapan nak masak lauk ni.. separuh lagi aku gaul dengan gula simpan dalam bekas bole buat kudap kudapan.. selain tu nenas juga elok okey untuk proses pembuangan ye.. haa... 

Dari sari ke sari aku plan nak masak nenas ni.. tak menjadi jugak.. tapi hari ni cik abang cuti sebab cherry berry dari malam tadi.. kesian dia letih.. pelik betul, aku makan apa yang dia makan.. dia sakit perut aku tak.. hahahaha nampak sangat Nora perut kau tebal hahaha bukan ye.. aku makan sikit je dia makan banyakkk! itu sebabnya.. so dia sakit lebih sikit la kan? hehe dah2 mengarut.. 

Jadi disebabkan itu aku masak lauk ni, motif?? aku tak tau apa.. tapi aku rasa ni lah harinya... hahaha.. cik abang ON je katanya.. jadi kita mulakan proses



Bahan:

Of course la nenas kan.. takde kan masak lemak ikan masin je.. hehehe . Nenas tu agak2 la banyak mana yang korang suka. 
Cili padi (kalau suka pedas bubuh bebanyak). Kunyit hidup dalam 1 cm camtu. Serai sebatang dititik. Cili Padi dengan kunyit ditumbuk halus. Asing kan kejap.

Selepas tu, basuh ikan sepat masin kita bersih2.. potong 2 kalau besar. Rendam kejap (kasi jangan masin sangat)

Santan cair dan santan pekat *ni agak2 je ye, banyak mana kita nak kuah lemak kita tu*

Cara:

Siapkan santan cair dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk dengan serai tadi. Buka api. Kasi mendidih jap. Masukkan nenas, kasi empuk sikit.  Masukkan ikan masin dengan santan pekat,

Haaa.. yang ni crucial part sikit.. kena kacau selalu kang pecah minyak pulak.. masukkan garam, gula, perasa. Gaul sampai mendidih. 

Rasakan garam, gula semua. Kalau okey.. Siap! dah boleh mencekik! hehehe






notakaki: besok aku write up pasal apa yang terjadi awal tahun 2015



terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..