Sunday, August 05, 2012

Ayam Masak Merah



Ni menu hari jumaat lepas.. cik abang requested.. memang feveret dia tuh..  buatnya senang sangat.. meh kita cek resepi

Bahan:
Ayam *dipotong kecil, basuh, kunyitkan dan goreng seketika~jangan garing masak2 sangat nanti keras.. agak2 je lah
Bawang merah*diblend
Bawang putih*diblend
Halia*diblend
(bawang merah, putih serta halia.. banyak mana tengok pada jumlah ayam ye)
Cili kering(rebus pastu blend hancur) *kalau nak pedas bubuh lebih la dalam 4 sudu gitu
Sos cili *dalam 3 sudu besar
Gula *suka manis bubh le bebanyak.. tapi saya bubuh dalam 3sudu besar gitu
Garam secukup rasa
perasa
Air (setengah cawan) *kalau ayam banyak bubuh le dalam secawan.. kalau nak kuah letak le lebih sikit

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan yang di kisar termasuk pes cili kering hingga pecah minyak.. masukkan sos cili gaul rata. Masukkan air. Letak garam, gula dan perasa. Gaul rata. Bila mendidih masukkan ayam yang dah digoreng tadi.. gaul rata. Kalau nak kuah dan boleh diangkat.. kalau tak biar kering sikit. Siap!


Selamat mencuba


Wednesday, August 01, 2012

Kacang Buncis goreng dengan telur



Ni antara menu buka pose ari ni.. Kacang buncis goreng dengan telur .. lauk lain Kari ayam requested by cik suami dengan sambal goreng kentang..  ari? sirap sudah!! hehehe...

Kacang buncis goreng dengan telur ni senang sangat nak buatnya.. macam goreng sayur goreng biasa tu cuma telur tu kita letak sebelum bubuh sayur buncis tu.. caranya panaskan minyak, masukkan bawang merah dan putih yang dihiris bersama dengan udang kering yang dah dicuci bersih.. gaul rata hingga naik bau.. masukkan air sikit..letak garam dan perasa.. pecah telur kacau rata biar seketika sampai telur agak keras..
gaul dan pecah2 kan telur.. masukkan sayir buncis.. gaul rata .. bila sayur lembut. Siap!
ni sambal goreng kentang..  resepinya bole tengok di Sini . cuma letak kentang yang doreng dulu. 


terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..