Friday, February 15, 2013

Kari daging dan kenduri



Assalammualaikum.. salam jumaat. Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat, tapi anak bujang saya pulak demam.. balik kg mesti demam.. ni dah 2 hari demam, tgk pagi ni dah tak panas dah.. tapi cam dedar.. anak saya semua takut makan ubat.. macam nak mendera je kalau orang dengar.. hahahaha.. 

Menu kari ni saya buat hari jumaat lepas sebelum balik kampung. Saya ni peminat tegar kari.. dalam seminggu mesti ada lauk kari..ahahahaha...  nak resepi? senang ke buatnya..

Bahan:
Daging (di potong kecil)
Bawang sederhana besar *
Bawang putih 3 ulas *
Halia (besar setengah ibu jari) *
Santan pekat
Kentang (di potong 6)
Daun kari
Rempah Kari daging(jumlah kari terpulang, kalau suka rasa kari yang kuat letak le banyak tapi tgk jugak la pada jumlah daging)

Cara:
Bahan bertanda * ditumbuk halus. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk bersama daun kari. Gaul hingga naik bau. Masukkan rempah kari (jadikan pes dengan campur sedikit air). Tumis hingga naik minyak. Masukkan daging dan sedikit air menutup daging. Biar mendidih masak hingga agak empuk masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk. Masukkan Santan pekat sikit-sikit. Ye lah.. kalau bubuh semua kang jadi apa pulak.. masa ni la nak tentukan kecairan atau kepekatan kuah. Masukkan garam dan perasa. Siap! 


Masa di kampung hari tu, ada kenduri di rumah mak ngah sempena pertunangan anak lelaki bongsu yakni sepupu aku. hahaha...  ni beberapa gambar.. 



Lama tak makan berhidang camtu.. memang selera lah..  

2 comments:

  1. salam kak,

    suka trgk blog akak, 1st time singgah sbb tgh cari bekas tau fu fa tu, nk buat goodies..

    lapar tau, masuk blog nih! hehehe

    ReplyDelete
  2. oh!! terima kasih jojet!! akak pun lapar kalau dok belek blog hahahaha... terima sekali lagi sudi singgah!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..