Friday, April 26, 2013

Sambal Udang dengan petai





Menu hari ni Sambal Udang dengan petai. Nak habaq mai.. petai nala punya mahal!! 3 jurai 5 hengget!! bila dah kopek2 dapat la dalam 20 biji camtu.. sikit sangat dengan jumlah udang yang bayak jugak.. .tapi takpe la.. janji ado!! hahahaha... dah lama tak masak udang.. bukan apa.. kat rumah ni saya sorang je yang makan.. cik abang tak makan tapi kalau saya masak lauk ni.. petai dan sambal dia makan tapi  udang dia dok letak kt pinggan saya.. hehehe... nasib dia tak kisah.. hehehe

meh cek resepi .. senang je


Cili kering~gunting, celur kejap ngan air panas dan blend...banyak mana terpulang ye.. ~
Bawang Merah ~kalau banyak lagi sedap manis rasanya.. dan kurang pedas sikit.. di Blend ye~
Belacan~ kalau tak letak bole~
Petai~kopek, basuh
Udang
Air asam jawa
Air sikit
Garam
Perasa

Cara:
Tumis Cili yg dah diblend ngan bawang tadi serta belacan hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Masukkan petai. Gaul seketika. Masukkan Udang. Gaul rata, tambah sikit air. Lepastu masukkan Garam dan perasa. Biar seketika. Siap.

Monday, April 15, 2013

Scramble Eggs Bread


Scramble Eggs Bread ni saya jumpa di blog ini  terima kasih kak untuk resepi yang sedap dan mudah nih... memang anak2 suka sangat!! 

Pada sesiapa nak cuba bole la refer pada blog kak ida tu ye.. senang je buatnya.. 



Friday, April 12, 2013

Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku dengan Udang


Assalammualaikum.. salam Jumaat.. kejap dah nak hujung minggu. Banyak jemputan kahwin ari ahad ni.. mana satu nak pergi.. kalau takde hal dapat la gi semua jemputan kalau tak satu je lah.. hehe..

Okey la.. hari ni saya masak lemak cili padi pucuk paku dengan udang. Sedap!!!! wah!!! menjilat .. hahahhaa.. buatnya kejap je.. cap! cap! siap!! 

Bahan ni main agak2 je lah:

-Pucuk paku
-Cili padi 
-Bawang
-Kunyit hidup
-Santan
-Udang

Cili padi, bawang dan kunyit ditumbuk. Masukkan dalam periuk. Masukkan pucuk paku dah dibersih, udang dan santan . Naikkan atas api. Gaul rata.. kacau selalu takut nanti pecah minyak.. bila da agak mendidih masukkan garam dan perasa. Siap!




Monday, April 08, 2013

Hati Lembu Goreng Berempah


Assalammualaikum! saper suka makan Hati?? ha.. saya suka.. tapi bukan makan hati berulam jantung tu ye.. tu menambah kolestrol ye.. hahahaha...

Sekali sekala bole la.. tak leh selalu kang jadi pelupa plak.. teringat kat kawan saya.."nora, kau tak raso ko lembu ko? lidah den ni ha.. dah raso lembu.. " hahahhahaa.. tu bahana makan hati lembu pepagi.. kekekekeke.. mula la mengagau mencari air manis.. nak hilangkan rasa lembu tu.. hahahahaha

Menu ni saya buat hari jumaat lepas.. untuk adik saya yang mengandung elokla untuk tambah darah dia.. haha.. jangan terlebih sudah!! susah bah kalau kau! hahaha.. apa yang aku merepek nih?! lupakan.. meh kita cek resepi.. 

Resepi ni saya ingat yang benarnya.. masa adik saya kahwin .. lauk pengantin tu ha.. tukang masak tengah menumis saya perati dan apalagi nak tanya segan so main bau2 dan ingat2 je lah.. tapi last friday (cehceh.. speaking plak kikiki) cuba buat dah sedap!! maybe tak sama sikit tapi adik saya menjilat jari lah.. hahahha (masuk bakul angkat sendiri nih!.. yelah sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri hahaha)

Untuk ni saya guna tak sampai setengah kilo Hati lembu.. saya basuh bersih2 .. rendam kejap dengan tepung gandum.. bilas.. pastu potong nipis cam yang kita selalu makan tu.. asingkan tepi.

Siapkan 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan halia besar2 ibu jari serta jintan manis (dalam 3 cubit) .. kita blender halus.. tumbuk pun bole..kasi halus2 sikit.. ketepikan.

Cili Hijau.. belah 2.. dalam 3 atau 3 batang. Serbuk Kari daging.Kicap Pekat dan kicap cair.

cara:

Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hingga naik bau.. masukkan serbuk kari daging dalam 2 sudu besar. Gaul rata dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan hati gaul rata. Masukkan sikit air. Biar seketika. Masukkan 2 sudu kicap pekat manis dan dalam 1 sudu kicap cair. Gaul rata. Rasa masin lauk.. kalau dah okey (sebab kita guna kicap pekat so dah sedia masin tak perlu) kalau tak tambah garam dan perasa. Masukkan cili hijau atau bawang yang di potong bulat. Gaul lagi.. kalau nak kuah lebihkan sikit air. rasa lembut hati. Kalau dah lembut. Siap! 


Lauk ni sesuai juga untuk wanita dalam pantang.

Wednesday, April 03, 2013

Taman Botani Putrajaya... riadah dan berbasikal

Assalammualaikum.. dah sebulan tak update apa2 dah .. bersawang blog ni ha.. hehehe.. nasib la dapat tuan terlebih rajin nih.. 

Ni ha nak story sikit.. hari ahad lepas 31/03/13 aku ke Taman Botani Putrajaya..kami pergi waktu pagi.. kakak aku dah banyak kali datang.. so kali ni aku nak ikut la.. best sangat ke.. yang benarnya aku nak pulang buku novel dan amik buku lain oulak kat umah dia hehe... aku bawak meehoon singapore je.. kakak kata dia bawak nasi lemak.. tudiaaaa... makan kemain lagik.... baru hilang beberapa kalori tambah lagi kalori lemak tepu hahahahaha... 

 saper pulak yang baju oren tu?? kemain bergaya masa dengan beskal ye.. masa ni .. anak2 baru bangun tidur.. sepanjang jalan ke Botani membuta.. nasib aku tak.. walauuuupunn hampir2 mak nak tutup mata... keke

Kat Taman Botani kita bole sewa basikal.. range dalam 4 ke 6 ringgit camtu. Tapi kena cepatlah sebabnya kalau tak abih.. ramai jugak yang datang beriadah pepagi ni.. hehehe.. aku je yang tak tau.. 

 ni anak dara aku Nur Aina Qaisara.. posing kaku namanya.. hehe... ibu sayang kakak.. muahh! 
 Ha.. yang ni aksi zaman dulu2 ayah menghantar anak ke sekolah hehehe... cik suami dengan anak bujang aku Muhammad Umar Qhalif.. aku kemain risau takut dia jatuh.. takde belt ke apa.. tapi yang nyata aku ni yang berlebih imaginasi dan emosi.. anak aku relek je.. heheh.. cayalah Umar!! 
Laki aku pun.. sukanyerrr.. memula kemain memalu lagi.. yelah dah berkurun tak berbasikal takut skill lama dah tumpul tapi kejap je.. pastu dia yang be"racing' lebih2.. hahahaha... nanti kita gi lagi cik abang! 

 Yang ni pulak abang ipar (Abang long-suami kakak saya) dengan anak dara nya. Nur Aleeya Zahira.. pandai Iya bawak basikal.. kalau aina.. ha.. tgk je lah.. hehehe.

Meh kita tengok gambar sekitar kawasan ye.. 





Cantikkan?? Hijau je.. tapi masa saya pergi ni.. panas nala.. uish.. hehehe.. tapi okeylah dapat membakar lemak-lemak tepu den ni ha.. 

Kakak aku chop tempat makan dan rest2 dekat ngan tasik.. best.. 



Tu dia.. kakak aku.. Suriahti dia cikgu kat sekolah teknik kajang.. la ni dah naik taraf kolej..pensyarah dia sekarang :) 

kat tasik ni banyak ikan.. hmm.. ikan lampam katanya..
So kalau terasa dan bagi ikan makan datang sini lah.. bawak roti sebantal.. carik2 bagi la ikan ikan.. berebut ikan makan.. seronok jugak.. anak2 la paling seronok.. selepas beriada yang tak seberapa tu.. yang lebihnya berborak.. bergossip..dan makan of course.. hehehe.. dalam 4 jam gitu.. kami bergerak ke rumah kakak.. untuk mejalankan misi aku tu.. hehehehe...

Sempat mak posing dalam berpeluh tak ingat.. hahahhaa.. imej tu penting.. kekekeke.. rasa nak lempang laju2 kan.. ahahhaha... tak kuasa.. ha... mak pun berbasikal hari tu.. ingat da lupa camner nak mengayuh.. tak sangka dapat mak pusing satu taman okeyyy!! hehehehe... anak aku pun cam tak percaya je.. haaaa.. jangan pandang ibu sebelah mata... 

Apa2 pun memang best gi sini.. nanti bole pergi lagi.... sesapa nak gi leh check Sini 
http://www.putrajaya.gov.my/tourist/attractions/parks_landscapes/taman_botani



terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..