Saturday, October 01, 2011

Karipap Gardenia


Assalammualaikum..apa khabar?saya baru je baik dari demam selsema...kena gagahkan jua diri nak jaga anak2..umar baru 6 bulan so saya amat risau kalau jangkit kt dia..yelah baby lagi..kesian dia kalau kena nak2 selsema..mengamuk je dia kalau hidung tersumbat..tp alhamdulillah anak2 tak de yang berjangkit. Okla tak bole nak membebel lelama banyak lagi kerja ni..

Ok lah karipap gardenia ni saya amik dari dapur Ibundo..cuma tajuknya kt karipap HI5..saya tukar ke Gardenia hehe sebab guna roti gardenia..bg saya rasa dia mcm roti sardin je cuma tak dicelup ke telur je..tp menjadi feveret cik suami kenyang katanya..tp memang sedap..intinya saya buat sardin dan kentang yang dipotong dadu..nak bubuh cili takut anak yang kecik tu tak nak makan pulak so tak bubuh le..




Ini resepinya:

Roti (apapun bole)
Sardin tin* ( dihancurkan guna garfu)
Bawang* sederhana besar (dihiris) *saya blender sebab anak saya tak gemar tergigit bawang masa makan
Bawang putih* 2 ulas (diblender)
Kentang Sebiji *(dipotong dadu)
Garam
Perasa

Cara:
Tumis bahan bertanda (*) sehingga masak. Ketepikan dalam mangkuk. Ikut cara dibawah:


1. Roti dipotong tepi keliling dan guna rolling gelek rata hingga nipis


2. Letak inti ditengah..jgn bebanyak nanti meleleh ditepi roti dan tak bole melekat. Saya sapu keliling roti dengan tepung yang dicampur sedikit air sebagai gam. Lekapkan keliling dan gunakan garfu tekan2 untuk secure kan lipatan tu (gambar tak amil lupe). Goreng dengan minyak yang sederhana panas..siap..







No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..