Thursday, June 21, 2012

Bulgogi ala cik nora..


Assalammualaikum.. anneyong haseyo!!!!! wah.. speaking korea plak aku nih.. hehehe.. menu ni dah lama aku buatnya.. baru ni nak masukkan entry ni..

Manu ni namanya Bulgogi.. atau daging perap kicap camtula.. menu ni sangat popular dengan korea. Daging yang diperap.. bole dipanggang atau dimasak atau pun direbus.. macam2 lah bole buat.. hehehe...  saya amik resepi ni dari TV sekali imbas saya dah bole ingat resepinya. Sebab senang sangat. Bila dah buat .. rasanya macam satay sikit sebab ada madu dan gula, macam daging kicap ada sikit.. ha.. macam2 rasalah.. tapi bagi saya memang sedap dan berbeza sikit.

Meh kita cek resepi..


Daging  ( saya guna sikit je.. ) *dihiris nipis
Kicap cair manis (1 sudu besar)
Lada hitam (1/2 sudu besar)
Gula (1 sudu besar)
Bawang putih (3 ulas) *ditumbuk
Bawang merah (1/2 biji bawang besar) *dihirs nipis atau di tumbuk/potong dadu
Air (1 cawan.. atau sampai tenggelam daging tu je)
Madu (1 1/2 sudu besar)

Cara:

Hiris nipis daging, basuh. Dalam satu mangkuk besar, masukkan daging yang dah dihiris, dan semua bahan di atas. Gaul rata, biar seketika.

Terdapat 3 jenis cara untuk masak. Samada digoreng atau direbus.

Bulgogi goreng
Panaskan kuali, minyak yang sikit. Masukkan daging yang dah diperap tadi. Masak hingga empuk untuk biar kering atau berkuah terpulang. Rasakan garam. Siap (saya buat yg ni.. dan berkuah sikit maklumlah org melayu seme nak berkuah )

Bulgogi rebus/Steam
Panaskan periuk, letak air bersama sedikit minyak bijan dan sedikit kicap cair. Biar mendidih letak daging, serta sayuran kegemaran. Siap.

Barbeque Bulgogi
Kalau nk buat barbeque pun bole juga.

Bulgogi di korea biasanya dimakan samada dengan nasi atau daging di salut dengan daun salad dan di makan.

Meh makan. Anneyong!!






2 comments:

  1. eh. simple sgt resepinya, kan. anak KC mesti suka ni sbb dia suka sgt2 dgn kicap. blh la kc cuba nnt. tq kongsi ye.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..