Tuesday, July 31, 2012

Ayam Masak Kicap Kerisik



Assalammualaikum.. hari ni genap 11 hari kita berpuasa.. Alhamdulillah..  tak bole nak cite pepanjang banyak lagi keje nih..  ok lah ni menu hari ni Ayam Masak Kicap Kerisik saya amik resepi dari Kak Fida My resepi . Terima Kasih kak untuk resepi yang sedap ni.. buatnya pun tak genyah.. senang sangat!!


Meh kita cek resepi:

Bahan:

1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil,bersihkan dan toskan
3-4 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
3 tangkai lada merah/hijau*
3 batang serai**
1 ibu jari halia**
1/2 cawan pes cili kering
1/2 botol kicap manis/pekat manis
sedikit belacan bakar
1/4 cwan air asam jawa
3 sb penuh kerisik
gara,gula secukup rasa jika perlu
sedikit air jika perlu
1/4-1/2 cawan minyak masak - untuk menumis
Cara-cara

 Hirs halus bahan2 bertanda *. Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
 Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati.Perap 1/2 jam atau semalaman .
 Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...Selamat Mencuba... :)


Silakan mencuba memang tak menyesal punya lah!!

Thursday, July 05, 2012

Mihun Putih



Hi.. ni menu semalam sebenornya.. baru ari ni nak menghapdet kan.. hahaha.. meh kite cek resepi

Bahan:

*semua bahan agak2 je ye.. tengok pada banyak mihun nak buat*

Bawang merah*
Bawang putih*
Bihun
Garam
Isi ayam yg dah dipotong kecik
Sotong
Udang
Lada hitam (sesudu kecik)
Lada sulah (sikit je)
perasa
Sawi
Carrot

*bahan bertanda sila blend/tumbuk ye

Cara:
Rendam bihun dulu. Panaskan minyak. Masukan bahan seperti ayam/ daging dulu dan udang serta sotong. Masak kejap dan masukkan bahan yg dah diblend/tumbuk tadi. Gaul rata. masak hingga naik bau. Masukkan sayur mayur jgn lelama.. masukkan air sikit. Letak garam, segala lada tadi dan perasa. Gaul rata. rasa garamnya. Masukkan mihun tadi. Gaul sebati. Masak hingga bihun lembut. rasa garamnya. Kalau ok. Siap!
nota:kalau nak masukkan sayur mayur tu last pun bole jugak :)

Wednesday, July 04, 2012

Ayam sambal



Assalammualaikum.. dah lama tak mengupdate blog.. kekeke... bukam tak memasak.. tp menu nya ulang tayang.. hahaha... lauk ni saya buat 2 hari lepas.. dah takde idea nak masak apa.. so main campak2 je..

orang kata macam main masak2 hehehe.. nasib sedap.. kekekeke... meh kita cek resepi

Bahan:

Ayam (saya guna sebelah ekor je.. potong kecik.. goreng kejap, ketepikan)
Cili Hidup (merah) *saya guna dalam 4 biji
Cili hijau besar *saya guna dalam 3 biji
Cili api sikit
Bawang merah, putih dan halia *banyak mana agak2 je lah.. cuma halia tu jgn bebanyak ye
~semua cili dan bawang tu seme ni blend ye..~
Serai sebatang *diketuk
Garam
Perasa

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan yang di blend serta serai.. hingga pecah minyak masukkan garam dan perasa. Gaul rata. Masukkan  ayam. Gaul rata. rasa garamnya siap!

Selamat mencuba
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..