Tuesday, July 31, 2012

Ayam Masak Kicap Kerisik



Assalammualaikum.. hari ni genap 11 hari kita berpuasa.. Alhamdulillah..  tak bole nak cite pepanjang banyak lagi keje nih..  ok lah ni menu hari ni Ayam Masak Kicap Kerisik saya amik resepi dari Kak Fida My resepi . Terima Kasih kak untuk resepi yang sedap ni.. buatnya pun tak genyah.. senang sangat!!


Meh kita cek resepi:

Bahan:

1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil,bersihkan dan toskan
3-4 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
3 tangkai lada merah/hijau*
3 batang serai**
1 ibu jari halia**
1/2 cawan pes cili kering
1/2 botol kicap manis/pekat manis
sedikit belacan bakar
1/4 cwan air asam jawa
3 sb penuh kerisik
gara,gula secukup rasa jika perlu
sedikit air jika perlu
1/4-1/2 cawan minyak masak - untuk menumis
Cara-cara

 Hirs halus bahan2 bertanda *. Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
 Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati.Perap 1/2 jam atau semalaman .
 Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...Selamat Mencuba... :)


Silakan mencuba memang tak menyesal punya lah!!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..