Monday, January 14, 2013
Sambal Paru
Sambal paru di requested oleh cik abang.. tapi saya masak ikut tekak hehehe... dia suka kalau paru tu garing2 sikit.. tapi saya suka lempap2 camni.. tapi demi cinta dia makan juga.. heheheheh.. nanti saya masak ikut yang awak suka ye...
Buatnya senang je.. cuma memula tu je.. nak kena rebus hingga empuk.. pastu hiris sedang2 nipis.. atau nipis2 pun bole..
Amil sebiji bawang besar, bawang putih dalam 3 ulas, cili hidup (merah) dalam 4 tangkai.. sikit je cili api kasik pedas sikit..seme bahan ni di kisar.
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar hingga naik bau.. dan pecah minyak.. masukkan garam, perasa dan gula sikit..gaul rata.. masukkan paru yang dah dihiris tadi. Gaul rata. Siap!
*kalau nak garing sikit paru tu.. lepas di hiris, goreng sekejap.. hingga agak2 garing. angkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..
No comments:
Post a Comment