Friday, April 12, 2013

Masak Lemak Cili Padi Pucuk Paku dengan Udang


Assalammualaikum.. salam Jumaat.. kejap dah nak hujung minggu. Banyak jemputan kahwin ari ahad ni.. mana satu nak pergi.. kalau takde hal dapat la gi semua jemputan kalau tak satu je lah.. hehe..

Okey la.. hari ni saya masak lemak cili padi pucuk paku dengan udang. Sedap!!!! wah!!! menjilat .. hahahhaa.. buatnya kejap je.. cap! cap! siap!! 

Bahan ni main agak2 je lah:

-Pucuk paku
-Cili padi 
-Bawang
-Kunyit hidup
-Santan
-Udang

Cili padi, bawang dan kunyit ditumbuk. Masukkan dalam periuk. Masukkan pucuk paku dah dibersih, udang dan santan . Naikkan atas api. Gaul rata.. kacau selalu takut nanti pecah minyak.. bila da agak mendidih masukkan garam dan perasa. Siap!




2 comments:

  1. Sedapnya! Ni boleh habis licin kuahnya sekali ni kalau makan dengan nasi putih panas2!

    ReplyDelete
  2. Kak Amie.. memang nyer! nak2 ada pulak kawan ikan masin pergh!! hahahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..