Friday, November 29, 2013
Umar oh Umar.. susahnya nak bagi makan ubat!
Hari ni entry ku pasal anak bujang aku ni ha.. lama tak menghapdet tetibaaaa pasal ni kan? haaa itu tandanya.. aku dah takde idea nak buat camne ha..
Hari sabtu lepas, umar muntah2 habih baju.... muntah yang macam air terjun tu.. ha, mula lah aku dan suami dok ligat pikir, apa la yang dia makan nih?? haa.. apa yg aku makan dia pun makan.. pastu dia sorang je yang sakit perut ni..
So perkara pertama, aku tak pakaikan baju seluar seme, just pampers.. asik la nak membasuh baju kena muntah pun tak praktikal kan? hahahhahaha pastu aku tak bagi dia minum susu.. aku bagi dia minum hundred plus.. yang xder gas tu.. sebab dia air bergaram dan mudah serap ke dalam usus so dapat elakkan dia dari muntah lagi.. memang menjadi.. hari tu je la di muntah2.. selang sehari lepas tu.. Umar start cherry berry.. mula tu macam xde la sangat.. hari rabu lepas makin teruk.. so aku decide to bawa ke hospital je la.. sebab dia memang tak bole nak makan/minum apa pun mesti cirit.. abih seluar baju seme..
Sampai hospital, kemain sihat Umar.. doktor kata macam tak sakit je.. pulakkkkk... so dia cek sikit lebih kurang..kata bagi je dia minum.. so x perlu nak drip air.. aku balik rumah.. tghari tu aku bagi dia mihun sup, banyak dia makan.. dalam kereta tak sampai rumah lagi.. satu kereta berbau harum hahahaha umar dah "buat kuih" abih kena seluar.. aku kata.. tak bole jadi nih.. x tahan la.. kita tgk dia pun kesian.. so kami pergi klinik.. doktor bagi ubat cirit dan angin..
Mula la episode, bagi umar makan ubat.. suami tukang pegang.. aku tukang bagi ubat.. seme cara sudah ku buat.. guna syringe picit, dia sembur.. picit hidung, masukkan ubat pun sembur jugak.. tapi aku tak putus asa.. dia buang ubat.. aku masukkan ubat lagi.. hahahhaha... jadi lah tu..
Malam tu dia tak cirit lagi dah..
Pagi ni, tgk dia active balik.. haaa.. senang hati tgk dia dah sihat... lepas breakfast dia berak lagi.. tak cirit la tapi ada sikit.. haaaa.. kena bagi ubat lagi.. aduh.. susahnya nak bagi dia makan ubat!!!
masuk dalam susu, aku dah pernah cuba tapi untuk ubat berasa ni.. dia tau.. dah x tau nak buat camne dah!!!
Ada idea tak? :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..
No comments:
Post a Comment