Monday, December 30, 2013

Pucuk Paku Goreng


Assalammualaikum.. 

Hari ni 30/12/2013 lagi sehari kita menyambut tahun baru 2014.. umur makin meningkat keke.. ke 33 tahun da.. tua rasa hehe.. 

Tapi kan.. hari sabtu lepas.. sebelum menutup tirai 2013 nih, kejadian tak di ingini berlaku.. kereta kami yang elok terletak kat tempat parking kena hentam adoyai... itu lah kan kata orang kalau nak benda nak berlaku tu berlaku jugak walaupun kita duk elok2 kat umah ni ha... 

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam, nasib kami belum tidur.. sepasang suami isteri yang sebaya mak ayah kita yang langgar, menggigil isteri dia.. aku tgk terus tak jadi nak marah ye lah kan.. terbayangkan mak ayah kita kalau kena keadaan macam ni, mesti kita nak orang layan mak ayah kita baik2 kan? tapi pakcik tu jujur.. besoknya buat repot polis seme.. sabar jelah.. 

Plan hujung tahun, tak menjadi.. takpelah ada hikmahnya.. 

Okey la.. hari ni kepala ada pusing.. so nak memasak pun takde mood hahahaha... masak apa yang ada je lah.. menu ni aku dah pernah buat dulu so bole la refer kat SINI  cuma kali ni aku buat pedas lagi kakakka... jangan cherry berry sudah

Kepada para pengunjung blog yang tak seberapa ni.. Moga tahun 2014 memberi seribu rahmat, kesihatan yang baik kepada kita semua amin. 






Saturday, December 28, 2013

Ubi Kayu Rebus Cicah Kelapa dan Gula Melaka



Siapa suka ubi kayu rebus? buat minum petang atau makan pagi dikala sejuk, kena pulak dengan kopi panas pergh!! memang bak kata budak2 sekarang "Heaven!" hahaha 

Dah lama dok mengidam nak makan, hari ni ku kuatkan semangat beli.. sikit je..sedapnya!!! Kepada pencipta menu ni.. anda memang genius haha serious ni, combination rasa yang sangat well balance.. lemak, manis .. 

Kepada yang teringin lepas tgk ni, lekas2 la beli ubi ye..  

Cara nya senang je: Ubi di kupas kulit nya, amik yang putih basuh bersih, rebus dgn sedikit garam hingga empuk. Kalau tak empuk, ko pergi la empuk kat dinding ubi tu ye hahaha gurau je.. kekeke..  

Bila da empuk, tapis kan.. amik sedikit kelapa parut (bahagian putih je) dan gula melaka (kalau takde bole je gula pasir) satu kan dalam mangkuk.. makan la dengan ubi. Kalau nak best lagi cicah dengan sambal tumis ikan bilis.. tak pun kelapa dan ikan kering.. sedap hehe..  cubala ye.. 

Bila dah suka yang baru, yang lama jangan dilupa, nampak senang di cari tapi susah jumpa, bila dah jumpa susah nak lupa.. cheewah!! hahahahaha gitu la kiranya kekekekeke 


Sunday, December 22, 2013

Ayam Masak Sambal Hijau


Assalammualaikum,

Sebelum ke resepi ayam sambal ni.. nak cerita sikit, kat area rumah kita kes pecah rumah semakin menjadi-jadi.. risau nya.. ye lah kita ada anak2 kecik kan. Moga Allah lindungi keluarga ku, amin.

Okey lah meh kita pulang ke pangkal jalan hehe, ayam sambal hijau ni memang feveret aku, sukaaaa bangat.. haha dan membuatnya pun senang je.

Jom cek resepi:

Ayam (basuh bersih, letak garam kunyit, goreng hingga garing/masak)

Cili Hijau* (yang ni kalau suka pedas, letak lebih la.. tak pedas la cili                              hijau ni berbanding cili api ye tak?kalau nak pedas letak la sikit                    cili padi jika suka)
Bawang merah*
Bawang putih*
~bahan bertanda* kisar kasar je)

Garam
Perasa

Cara:
Tumiskan bahan kisar hingga masak, masukkan garam dan perasa. Masak hingga sambal agak kering, masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Gaul rata. Siap!




Friday, December 20, 2013

Sup Tulang



Assalammualaikum, 

Hari ni sejuk je.. hujan dari tengahari, alhamdulillah. Bila sejuk ni, perut berdendang jek kan? hahaha.. pikir dok pikir apa menu la nak masak..maka terjadi lah sup tulang ni ha. Beli hari tu, tulang rusuk sikit, potong kecik banyak isi kat tulang rusuk ni.. :) 

Nak merebusnya lama jugak la dalam sejam gitu, liat daging nya.. orang kata nak cepat empuk letak daun nangka, tapi celah mana pulakkk nak cari daun nangka kan.. so sebagai ganti kata orang bole letak sudu besi..so aku guna petua tu, cepat empuk jugak la.. baru letak kentang.

Kalau buat sup tulang ke sup ayam, aku suka letak kentang bebanyak hehe.. kalau mak, dia suka buat sup style lama2 tu.. takde tumis2 ni, rebus je, letak halia, serai sudah.. 

Ni style aku pulak 

Bahan main agak2 je lah ye, kalau banyak tulang/daging banyak la bahan2 yang lain tu ye..

Bahan:
Tulang/Daging 
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih(dihirs)
Halia(dihiris)
Sup bunjut
Rempah sup (sikit je)
Rempah sekawan (kulit kayu manis,cengkih, buah pelaga, bunga lawang)
Garam
Perasa
Daun Sup

Cara:
Rebus tulang dan letak sekali halia yang dah dihiris. Biar sampai agak empuk. Tumis bawang, , letakkan rempah 4 sekawan dan bawang putih, tumis hingga naik bau. Masukkan kedalam rebusan daging tadi. Gaul rata, masukkan sup bunjut, letak sikit rempah sup. Bila daging dah empuk letakkan kentang. Apabila kentang dah empuk perasa dengan garam dan sedikit perasa. Taburkan daun sup. Siap!

Bole la dihidang dengan nasi panas atau nasi himpit hehe 

Thursday, December 12, 2013

Jalan-Jalan Cari Makan: The Street Cafe (Korean Restaurant)

Assalammualaikum..

Para pembaca budiman.. cheewah! dah lama tak update kan? bizi sangat ker? ke buat2 bizi? hahahahhaa 

Okeylah..semalam Selangor coti.. so me and my sister Kak Suria, meme ngan adik aku aisyah rancang nak ke Street Cafe ni ha.. sekarang ni dah macam acara tahunan pulak.. gi makan camni.. last year kat Dubu-dubu cer cek post yang lepas.. dan tahun ni ke sini pulak... 

Kami pergi satu kereta.. eh.. jap.. ha.. yang ibu2 ni bukan pergi solo ye.. bawak jugak anak ye.. tapi yang besar je.. yang kenit2 nanti ye.. hahahaha


Kemain kusyuk kan?Kakak aku hahaha tgh dok riki google maps nak ke street cafe kekeke... main redah je nak gi.. tapi tpt tak tau, haaaa.. jangan ikut cam kami ni ye.. hahaha

Anak aku Sara dan Zahira anak kakak aku yang kat atas ni ha


Kami bergerak kesana dalam kul 12 camtu.. so perut memang tengah rancak berjoget... hahaha.. walau tanpa arah.. kami sampai juga ke Street Cafe.. kami pergi di cawangan Subang Jaya.. selesa sikit tempatnya kata review bloggers lain.. 

Tempat ni.. landmark paling besar is berdepan dengan Taylor College di SS15/8 . 

Kami masuk terus ke tingkat atas.. selesa sikit.. yelah ngan anak2 kan..

view tingkat atas.. ni sesuai sangat kalau smoker.. 

Ni ha tempat makan tingkat atas yang bole duduk bersila.. selesa sikit..


Ni order sheet nya..




Kena tulis sendiri order kita ye.. hehe.. kalau salah tulis tanggung sendiri aku tak tau keke

Lepas order.. meh bergambar jap.. berkeping-keping bergambor.. tapi yang lain sememeh je.. ku pilih gambar2 yang gojes2 je hahahahaha..




anak dara pingitan hahaha

me and my younger sister Acha.. terserlah ke gems aku kan.. hahahaha

Ni ha.. mak budak n adik aku yang excited mengalah budak2 hahahaha.. kemain over aku kan.. hahahha

kalau dah ada kt kedai makan korea.. kena feeling2 korea jap.. sarangheyo.. hehe 

Kat sini, service agak cepat jugak la.. so dalam 15 minit gitu order pun sampai.. meh kita cek menu apa ye..

Patbingsoo (Korean ice kacang)
 sedap giler!! ada jelly kecik2 yang meletup dalam mulut bila makan.. aku recommend ni ye.. tak rugi :)) ha.. yang kat belakang tu air milkis (korean) sedap.. macam air soda + barley camtu la.. hahaha

Street Tobbokki.
Bagi aku yang dekat Dubu2 lagi sedap sikit.. bole la.. aku bagi 3/5 bintang. 


Bibimbap Chicken BBQ
Yang ni kami ada sedikit sesalan .. sebab tak kena ngan tekak.. dekat Dubu2 lagi sedap.. kat sini macam ada satu rasa yang pelik.. hmm.. so aku tak recommend ye.. for me la.. kalau nak try bole je.. ye lah tekak lain2 kan. 

Street Ramen Kimchi
Yang ni Star!! hahaha.. sangat2 sedap.. neomu neomu mashitah .. ha.. mashitah mana pulak ni kan.. kekeke tu cakap korean ye.. aku sangat2 recommend yang ni!! tak menyesal punya... 5 bintang untuk ni.Patutla orang Korea suka makan ramen..sedap!! next time aku nak order yang ni je.. 

Kimchi Jiggae(Kimchi Soup)
Yang ni sebenarnya set Bibimbap tadi.. sangat2 sedap!!!!!! ha... aku recommend yang ni.. 5 bintang aku bagi hahahah.. order ni okey!

Kimbab Roll
Yang ni pun sedap!! recommend yang ni jugak hehe

Lunch Box BBQ Chicken
Okey.. yang ni memula ada rasa cam.. sedap ke.. tapi bila da sampai.. sangat sedap!! tah la camne nak cakap ye.. well balance seme kat dalam tu.. kena pulak dengan Kimchi Soup kat atas.. kira macam kalau Izzul Islam kat sebelah pun aku buat dek hahahahhaha 

Rabokki Cheese
Ramen+Tobbokki=Rabokki
Yang ni, sedap jugak.. bolehla.. kalau nak cuba.. sedap.. 

Jajang Noddle (Jajangmyeon a.k.a mee kacang)
Untuk ni.. aku bole kata ia sangat sedap! untuk anak2 kecik dan yang tak gemar pedas bole order ni. Kena gaul2 pastu slurp!! sedap! 


Untuk anak2 kecik, kami ada order Lunch box kids.. tapi tak sempat amik gambar pulak.. hehehe tapi sedap jugak!!! Untuk air, kami cuma order air mineral itu pun dah RM 3.99 tau..opps.. so lenkali bawak air dari rumah hahaha kalau nak jimat :P 

Lepas mentekedarah.. hahaha buruk pulak bunyinye.. kami pun buat aksi2 kanak ribena.. bergambar tak abih2.. kalau korang perasan.. di dinding tu kita bole tulis apa2 aja.. jangan mencarut atau tulis novel pulak kat situ ye.. hahaha.. mostly diorang tulis pasal Kpop dan nama sendiri macam yang kami buat ni :) 









Gaya apa ni ye.. hahaha 

Gula2 ni free kat kaunter. so bole amik bebanyak.. hahahahah

Overall, kami amat puas hati dengan makanan kecuali yang satu tu.. semua bill kami tong-tong.. jumlah seme +- RM 150.00 :)) tapi memang puas hati sebab portion besar.  Best!! Yang penting HALAL ye

Kepada yang nak pergi bole la ke 


Subang Jaya Outlet :
     The Street Cafe Ss15 - Halal Korean Food
     No 28, Jalan SS15/8, Subang Jaya
     47500 Petaling Selangor .
     03-56329822
Sunway Pyramid Outlet :
     The Street Cafe Pyramid 
      Lot 197, Asian Avenue,
      First Floor, Sunway Pyramid Shopping Centre
      03-5632 9822




Saranghaeyo!!! annyeong! 


terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..