Friday, December 20, 2013

Sup Tulang



Assalammualaikum, 

Hari ni sejuk je.. hujan dari tengahari, alhamdulillah. Bila sejuk ni, perut berdendang jek kan? hahaha.. pikir dok pikir apa menu la nak masak..maka terjadi lah sup tulang ni ha. Beli hari tu, tulang rusuk sikit, potong kecik banyak isi kat tulang rusuk ni.. :) 

Nak merebusnya lama jugak la dalam sejam gitu, liat daging nya.. orang kata nak cepat empuk letak daun nangka, tapi celah mana pulakkk nak cari daun nangka kan.. so sebagai ganti kata orang bole letak sudu besi..so aku guna petua tu, cepat empuk jugak la.. baru letak kentang.

Kalau buat sup tulang ke sup ayam, aku suka letak kentang bebanyak hehe.. kalau mak, dia suka buat sup style lama2 tu.. takde tumis2 ni, rebus je, letak halia, serai sudah.. 

Ni style aku pulak 

Bahan main agak2 je lah ye, kalau banyak tulang/daging banyak la bahan2 yang lain tu ye..

Bahan:
Tulang/Daging 
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih(dihirs)
Halia(dihiris)
Sup bunjut
Rempah sup (sikit je)
Rempah sekawan (kulit kayu manis,cengkih, buah pelaga, bunga lawang)
Garam
Perasa
Daun Sup

Cara:
Rebus tulang dan letak sekali halia yang dah dihiris. Biar sampai agak empuk. Tumis bawang, , letakkan rempah 4 sekawan dan bawang putih, tumis hingga naik bau. Masukkan kedalam rebusan daging tadi. Gaul rata, masukkan sup bunjut, letak sikit rempah sup. Bila daging dah empuk letakkan kentang. Apabila kentang dah empuk perasa dengan garam dan sedikit perasa. Taburkan daun sup. Siap!

Bole la dihidang dengan nasi panas atau nasi himpit hehe 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..