Sunday, December 22, 2013

Ayam Masak Sambal Hijau


Assalammualaikum,

Sebelum ke resepi ayam sambal ni.. nak cerita sikit, kat area rumah kita kes pecah rumah semakin menjadi-jadi.. risau nya.. ye lah kita ada anak2 kecik kan. Moga Allah lindungi keluarga ku, amin.

Okey lah meh kita pulang ke pangkal jalan hehe, ayam sambal hijau ni memang feveret aku, sukaaaa bangat.. haha dan membuatnya pun senang je.

Jom cek resepi:

Ayam (basuh bersih, letak garam kunyit, goreng hingga garing/masak)

Cili Hijau* (yang ni kalau suka pedas, letak lebih la.. tak pedas la cili                              hijau ni berbanding cili api ye tak?kalau nak pedas letak la sikit                    cili padi jika suka)
Bawang merah*
Bawang putih*
~bahan bertanda* kisar kasar je)

Garam
Perasa

Cara:
Tumiskan bahan kisar hingga masak, masukkan garam dan perasa. Masak hingga sambal agak kering, masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Gaul rata. Siap!




No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..