Okey.. aku tau..terlewat hampir 3 bulan nak cerita tapi ada aku kesahhh hahaha.. sorry ye. So hari ni aku amik masa jap nak citer-citer pasal apa yang terjadi dari awal tahun sampai sekarang...
Tahun 2015 bermula dengan biasa je takde apa yang menarik kecuali anak dara aku mula sekolah. Nur Aina Qaisara da masuk darjah satu! hehe besar dahhh anak ibu...
Ni sekolah agama..
ha tgk tu Umar kat belakang kakak.. menayang buku ultraman dia.. tak habes2 dengan hero kesayangan dia tu hehe..ni hari pertama dia masuk sekolah, pakai tudung.. pehtu tak pakai dah... la ni pakai balik.. hahahahaha
So far anak aku boleh adapt.. dah ada kawan.. tapi satu benda aku tak berkenan .. hari2 aku kena sental baju sekolah.. tudung semua.. habis ber"danu" hahaha..
Ha semalam balik kain koyak, dia jatuh kawan tolak.. habis berdarah lutut.. hari ni jalan dengan kaki membengkok sakit katanya.. kesian anak ibu.. ini kali kedua kain sekolah koyak.. tak de keje ibu asik nak membeli kain baru hahahaha... tak pelah kakak.. duit bole cari, janji anak ibu takde apa..
Setakat ni aku consistent bagi dia bawak bekal gi sekolah.. so tak dia bawak duit belanja. Makanan kat kantin.. aduhai.. memang sangat2 tak sesuai untuk kanak2 yang sedang membesar.. zaman dah moden tapi tahap kantin sekolah masih macam aku sekolah dulu2... yang perasan sekarang ni, budak2 sekolah makan terkejar2.. kadang tu tak sempat nak makan dah bunyi loceng.. masa zaman kita dulu sempat main tiang, batu seremban semua hahaha....
Kesian aku tengok budak2 sekolah sekarang.. terutama yang darjah satu sebab diorang ni baru nak belajar berdikari.. tapi tak diajar mcmana atau cara yang betul.. contoh paling mudah cara nak membeli makanan dikantin.. patutnya guru ni ajar la cara membeli makanan dengan betul.. suruh masing2 beratur.. pastu letak pinggan dan cawan kotor dalam bekas yang disediakan.. kat mana nak cuci tangan.. lepas makan kat mana nak pergi kalau belum bunyi loceng.. ni tak.. tak pelah kakak, ibu bawakkan bekal habis ceritaaaaaa...
Ibu harap anak ibu belajar sungguh-sungguh.. dengar kata/nasihat cikgu.. berkawan baik.. sayang kakak!!
No comments:
Post a Comment