Saturday, March 14, 2015

Awal tahun punya cerita .. IJN 2015 (part 2)



Part 2

Awal tahun juga, IJN jadi tempat melawat aku adik beradik dan saudara. Ayah buat rawatan untuk Jantung dia. 



26 January 2015

Ayah warded untuk buat Angiogram. 

Apa itu Angiogram? 
Angiogram koronari merupakan ujian x-ray salur darah jantung. Suatu tiub kecil (catheter) akan dimasukkan ke dalam salur darah tangan (radial artery) atau kaki (femoral artery) dan terus ke jantung. Apabila tiba di salur darah jantung, cecair pewarna (contrast) akan dimasukkan dan gambar x-ray akan diambil. Doktor dapat mengenalpasti samada terdapat sumbatan di dalam salur darah jantung. Sekiranya angiogram adalah normal, prosedur akan dihentikan dan pesakit akan dihantar pulang ke wad. Sekiranya sumbatan dikenalpasti dan sesuai, prosedur angioplasti akan dijalankan. Jika terdapat beberapa sumbatan pada salur darah jantung yang berlainan dan tidak sesuai untuk angioplasti, doktor akan menghentikan prosedur dan berbincang dengan anda rancangan perawatan seperti pembedahan pintasan jantung, ubat-ubatan dan rawatan ‘shockwave’ dengan anda.

27 January 2015

Ayah buat operation untuk Angiogram. Ingatkan lama rupanya kejap je.. Alhamdulilah, Segalanya dipermudahkan. Dan doktor kenal pasti ada saluran yang tersumbat dan ayah minta untuk buat bypass. 

28 January 2015

Ayah dah buat keluar ward. 

Pada hari ni juga, pagi tu adik aku Meme eksiden dengan anak dia. Alhamdulillah anak dia selamat, dan adik aku juga. Cuma, adik aku area lutut dia koyak.. dalam juga.. so pagi tu sebelum pergi melawat ayah di IJN aku dan suami pergi melawat di Hospital Ampang kat kecemasan. Benda nak jadi kan.. 
Lepas melawat dia, aku dan suami pergi melawat ayah di IJN. Yang bestnya IJN ni bila2 bole naik.. yang tak best kanak2 tak bole naik .. pukul 6 sampai 8 baru budak2 bole naik. Tak kisah la tu, janji dapat tengok ayah bila2 masa. 


Doktor kata ayah kena masuk ward untuk buat Bypass 16/2/2015. Tarikh untuk buat bypass pulak 18/2/2015. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


16 February 2015

Ayah admitted ward untuk buat Bypass Surgery di IJN. 






Apa itu Bypass Surgery?

Apabila seseorang menghidapi penyakit arteri koronari, terdapat pelbagai rawatan bergantung kepada keadaan kesumbatan tersebut. CABG merupakan satu kaedah yang melibatkan pembedahan untuk memintas arteri yang tersumbat. Doktor anda akan menentukan rawatan yang terbaik untuk anda.Dalam pembedahan ini, urat darah(vena) akan diambil daripada salah satu bahagian tubuh anda, selalunya di kaki, dan digunakan untuk memintas bahagian arteri yang sempit atau tersumbat pada permukaan jantung. Urat darah yang diambil itu akan dipotong kepada beberapa ukuran yang pendek. Kemudian, satu pangkal daripada potongan urat darah tersebut akan disambung kepada arteri utama jantung (aorta) yang paling hampir dengan jantung. Hujung urat darah berkenaan pula akan dijahit atas arteri koronari melepasi arteri yang sempit.




pada hari ni juga lah, ayah buat xray paru-paru sebelum buat Bypass surgery tu. 



Ni ha Ayah kat ward dengan mak.. ayah masuk kelas 1 guna GL kakak aku .. terima kasih kak! 

17 Feb 2015

Doctor bagi tau masa pembedahan ayah pada pukul 8 pagi besok. Aku tidur dihospital teman mak ayah bersama dengan kakak dan adik2 hahaha penuh bilik tu heheheh kira kami ni macam seludup la hahahaha ampunn IJN hahahaha.. kami tak nak lepaskan peluang meneman ayah di wad sebelum pembedahan esoknya. Ayah diminta puasa bermula pukul 12 hingga pagi tu. Setitik air pun tak bole masuk dalam badan dan mintak ayah membersihkan badan pagi2. Nurse juga bagi baju operation untuk ayah. 

18 Feb 2015

Hari yang mendebarkan pun tiba... pagi tu mak minta ayah sembahyang subuh sama2. Aku pulak uzur so tak dapat joint. Mak salam ayah.. menangis.. Aduhhhh.... aku pun menangis tengok mak.. suami nak buat pembedahan la katakan.. 

Lepas adik dgn abang aku naik ke ward. Kami semua salam2 dengan ayah.. menangis.. macam pagi raya la pulak hahaha... 

Kami pun tunggu dalam sehingga la nurse masuk kata.. ayah punya time untuk operation tunda pukul 10 sebab ada urgent case.. so ayah jadi  patient ke dua. Jadi nurse suruh la kami2 ni pergi makan dulu.. sebab lama lagi.. aku dengan adik pun gi la cafe jap makan.. tunggu kejap kat lobby atas. 


Tiba2 dalam pukul 10 camtu , nurse kata ayah dah bole pakai baju khas untuk operation tu. So kami semua ikut ayah ke operation theatre.. tak masuk sampai dalam la. kat luar.. doctor kasi chance nak bermaaf-maafan semua.  

Masa tu aku pegang tangan ayah.. dia genggam kuat.. Ayah takut. Tapi muka dia selamba je.  Masa ni hanya Allah je yang tahu betapa risau nya aku. Ya Allah kau lindungi lah ayah ku. Aamiin.




dan ni nama doctor yang membuat pembedahan ke atas ayah






Lepas pembedahan, kami tunggu di lobby. Doctor kata pembedahan makan masa 5 ke 6 jam. So dalam pukul 3 macam tu, kami naik ke lobby tingkat 1. Kami diberitahu lepas pembedahan ayah akan dimasukkan ke ICU untuk pemerhatian.

Tengah tunggu, tiba2 nurse masuk tanya "ada waris keluar Abdullah Ahmad tak?" apalagi mak dengan kakak berlari ikut nurse. 

Alhamdulillah... ayah selamat jalani pembedahan dan sekarang di ICU. 

Tengok ayah penuh dengan wayar.. Ya Allah.. sayu hati. 

Malam tu doctor kata ayah dah sedar.


19 Feb 2015

Nurse kata ayah dah sedar. Semua tiub pernafasan ayah dah dicabut. Ayah dah boleh bernafas sendiri.  Syukur Ya Allah.

Petang tu aku pergi melawat ayah di ICU, bercakap dengan dia.. suapkan dia bubur sikit.. tapi dia nak mak.. ye lah mesti lah nak Isteri kan.. 


20 Feb 2015

Ayah dah boleh masuk ward biasa. Alhamdulillah.




Nampak tak bantal tu? ha.. doctor suruh guna bantal tu untuk tekap dada bila kita nak batuk ke..bersin ke.. ye lah baru lepas operation kan.. jahitan pun masih baru. 


Ni la rupa kaki ayah. Doctor amik urat kaki untuk buat pintasan jantung. Ada gambar dada ayah, tapi aku tak letak.. biarlah rahsia hahaha poyo tak? sebenarnya gambar tu terlalu grafik orang kata haha.. 






23 Feb 2015


Ayah buat Fisio dengan Nurse




24 Feb 2015


Alhamdulillah, nampak sihat ayah.  And........ ayah dah boleh keluar ward!! Alhamdulillah. Besoknya ayah dah balik kg. Ayah guna GL kakak so semuanya percuma hahaha...ni aku tak sure tapi  terima kasih kerajaan. Ayah saya seorang pesara kerajaan juga cuma kali guna kakak saya untuk masuk kelas 1 dan operation cost. 


Sehingga ke tarikh hari ni.. alhamdulillah ayah dah semakin sembuh.


Sepanjang ayah di hospital hampir setiap hari kami dihospital.. kakak la orang paling penat meneman mak lama jugak .. IJN dah macam rumah sedara dah hahaha... 

Sepanjang aku di IJN.. sangat lah memuaskan.. nurse2 baik.. pak guard okey...makanan.. hmm.. takde pilihan selain cafe.. okey lah  tapi kalau hari2 bengkok.. mahal okey.. so aku n adik bawak makanan dari rumah.. makan dengan mak semua.. heheh lagi jimat! 









6 comments:

  1. Boleh tahu tak Kos Dan bill Yang tertera wlpn Guna GL...Masih Ingat X..

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu berapa umur ayah ketika buat bypass tu?

    ReplyDelete
  3. Semasa ayah dibawa ke bilik pembedahan keluarga terdekat boleh tinggal di wad atau kena keluar ye?

    ReplyDelete
  4. Baru jer keluar dr ijn..tak jadi buat bypass dan repair valve..risiko nya tinggi disebabkan sya pesakit buah pinggang..

    ReplyDelete
  5. Tgh menunggu ibu bt angiogram.. susahnya hati tiada siapa y tau...
    2jam sudah dbawa.. belum kembali ward lagi... Hmmmm... I hope smuanya bjalan dgn lancar...

    ReplyDelete
  6. The Casino at Wynn | Online slots | wooricasinos.info
    The 카카오스포츠 casino at 라이브 스코어 Wynn. 한게임 포커 The casino at Wynn. The casino 벳 365 at Wynn. Online slots. Online slots. 숫자 야구 필승법 Online slots. Online slots. Online slots. Online slots.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..