Friday, June 15, 2012

Daging Goreng Berempah



Ini menu aku memalam ni kan.. haaaa.. sempat lagik memasak.. yg benornya.. pagi tadi breakfast lambat and petang tadi buat goreng pisang... so kenyangla.. tapi sat tadi.. cik suami kata .. ai.. takde apa2 ke malam ni?perut da berbunyi nih.. hehe.. anak2 saya dah suapka nasi dan kuah tumis air sawi  so depa dah kenyang.. pak mak ni lah yg dok makan lagi.. hehe.. so apalagi cik nora ni bersilat la kt dapor.. dok bukak peti ais.. tengok ada daging.. erm buat yg ringkas2 je lah..


Aku pun teruskan operasi memasak.. menu ni aku main campak2 jek.. tapi sedap lah pulak.. hehehe... kepada ibu2 yg bekerja menu ni sangat lah mudah.. buat lauk nipun dah cukup.. nak tambah menu lain gorenglah sayur atau sambal belacan kalau nak.. tapi aku masak ni je dah cukup.. segala bahan dah ada dalam tu.. meh kita cek resepi......




Resepi:Daging Goreng Berempah
Sumber:Nora@DuniaKecilKita




Bahan:
Daging (dipotong nipis dah di basuh)
Bawang merah (sederhana besar)
Bawang putih (2 ulas)
Halia (besar2 hujung ibu jari tu je.. tak yah bebanyak..)
Kentang (dipotong.. ikut suka nak macam mana..cam saya buat cam kentang wedges tu)
Tomato (sebiji.. dibelah 6 ke 4 pun bole terpulang)
Serbuk Jintan Putih (1 sudu kecik)
Serbuk Jintan Manis (1 Sudu kecik)
1 sudu besar kicap manis masin
Lada hitam secubit je.. kalau nak pedas bubuh le bebanyak kang jadi daging black paper lak.. hehe


*bahan2 ni agak2 je ye.. tengok banyak mana daging yg kita nak masak tu..*


Cara:
Daging yang sudah dibasuh dan dipotong nipis, rebus dengan air yg sikit (saya guna kuali yg kita nak guna untuk memasak tu) biar hingga mendidih. Angkat , simpan airnya


Goreng seketika kentang (sampai agak empuk) angkat ketepikan.


Bawang merah,putih dan halia dikisar. Tumis hingga naik bau.Masukkan lada hitam, serbuk Jintan manis dan putih serta kicap pekat manis, gaul rata. Masukkan daging bersama air. Kacau rata. Rasa kalau okey bole masukkan kentang dan tomato. Gaul rata. Tutup api siap! apa lagi.. soruuuuuuu.. hehehe


~bole jugak kalau nak letak cili hijau/merah~











No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..