Tuesday, June 19, 2012
Sup Daging
Assalammualaikum. sekejap ke dah nak bulan puasa kan? ni tahun ke 5 menyambut puasa sebagai isteri keke.. kejap je masa ..
Semalam saya masak lauk yg agak banyak dan pedas2 semuanya.. so hari ni saya masak yg light2 je.. pikir dok pikir .. buat Sup daging je lah.. senang je buatnya.. cuma kalau nak sedap kenalah tambah beberapa perisa kan?hehehe.. meh kita cek resepi
Resepi:Sup Daging
Sumber:Nora@Dunia Kecil Kita
Bahan:
Daging
Bawang merah dan putih
Halia
Kentang
Serbuk sup
Serbuk kurma
Daun Sup dan bawang
*jumlah bahan bergantung pada berapa banyak daging nya ye*
Cara:
Rebus daging dengan kuantiti air yg sedang2 bersama dengan hirisan halia.. sampai agak empuk.Masukkan kentang dan biarkan hingga kentang empuk. Sambil2 tu kita hiris la bawang merah dan putih. tumis dengan minyak dalam kuali lain (sikit je minyaknya) sampai dah naik bau. Masukkan bawang nerah dan putih yang digoreng tadi bersama minyaknya kedalam air rebusan daging ngan kentang tadi. Masukkan sesudu kecil serbuk sup dan kurma. Garam dan daun sup. Rasakan garamnya. Siap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..
No comments:
Post a Comment