Wednesday, November 09, 2011

Daging Samudera


Asslammualaikum...sihat? saya kurang sihat tekak rasa perit pagi.. semalam seharian batuk... hari ni tak batuk tp tekak pulak sakit... ye lah cuaca tak menentu sekarang.. anak dara saya pun selsema dan batuk.. tp hari ni cam da ok da..

semalam tajuk entry saya telah menimbulkan shock factor.. keke.. tak da niat nak kenakan sesiapa pun..hehe.. maaf ye.. tp memang betul rambut saya gugur banyak betul... kalau mandi tu..fuh... hehe.. okla kite balik ke menu.. resepi daging samudera memang sedap saya dari myresepi oleh Lelayong.. cuma 3 bahan sahaja.. ye 3 bahan shj!.. sedap kata suami saya..

meh kite cek resepi:

Daging batang pinang-lela buat utk 2 orang makan ( saya juga daging korban tu.. rasanya bukan daging batang pinang)
@ Kicap (saya guna kicap pekat 3 sudu besar)
@ Cuka (2 sudu besar)
@ Sedikit gula (1 sudu kecil je)
Cara-cara

Perap daging bersama bahan yg bertanda @ selama setengah jam
Kemudian goreng daging yg diperap sehingga kering, guna api sederhana besar (lela tak gua minyak utk daging ni)

nota: saya pun tak guna minyak.. sebab saya tak guna daging batang pinang jadi saya letak sikit air..kasi empuk..dan saya juga letak bawang sikit, cili merah dan hijau kasi cantik dan rasa.. sebab kosong sgt.. gula tu kalau tak suka manis bole kurang kan..

Cubalah..

Tuesday, November 08, 2011

Aku keguguran?


haha.. suspen je dgr tajuk tu kan?.. keke.. bukan keguguran anak ye.. tp keguguran rambut ni ha..sekali ragut mak aih..nasib baik rambut saya ni jenis lebat... anak bujang dah 7 bulan dan gigi pun dah tumbuh... so dia asik menyembur air liur je.. orang kata sebab tu rambut ibu gugur ye? ni lah anak bujang saya dah besor da.. so asik berserkup je la kepala ni dlm umah.. nak elak rambut gugur merata..bukan apa dia dah mengesot jauh merantau..segala ceruk celah rumah di redah.. saya tak nak la dia ngutip benda2 yang tak sepatutnya... asik nk menyapu pun penat juga ye.. apa2 pun sayang anak ibu Muhammad Umar Qhalif....muuah!!



Sambal Daging

Jumpa lagi..kali ketiga hari ni.. tak pot pet pepanjang.. kiter terus ke menu ok! ni sambal daging yang saya amik resepi dari blog chef hanieliza...memang sedap.. bole tgk resepi asal di SINI

ni resepinya:

Bahan
500 g daging [hiriskan nipis dan kecil]
1 labu bawang besar [potong gelang]
3 s/b sos tomato
2 batang serai [ketuk]
minyak
garam
gula

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai & bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak,
2. Masukkan daging yg telah dibasuh & toskan.
3. Masakkan sehingga daging lembut .
4. Masukkan sos tomato, garam dan secubit gula. Kacau rata.
5. Masukkan bawang besar dan akcau rata.
6. Rasakan garam dan boleh hidangkan.

Cubalah sedap.. bole juga dimakan bersama roti..




Daging Lada Hitam


Allo.. jumpa lagi.. keke.. menu dah lama da buatnya.. nk masukkan ke blog yg bercinta tuh... ni antara resepi yang saya olah dari resepi daging masak bijan entry sebelum nih.. alhamdulillah jadi dan sedap plak tuh.. sgt senang dan sgt sedap...

Cara dan bahan:


Bahan:
daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu Lada hitam
3 sudu kicap pekat

Semua bahan diatas diperap
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia muda ~ dihiris
1/3bj capsicum merah ~ dipotong panjang/dadu ( tak letak sebab xder)
1/3bj capsicum hijau ~ dipotong panjang/dadu ( tak letak sebab xder)
3 sudu besar sos tiram
4 sudu kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1in
minyak secukupnya


Cara:

Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. masukkan kicap manis
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
Masukkan daging yg dah digoreng tadi dan kacau.
Bila kuah hampir kering masukkan daun bawang.
Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2.


Cantonese Kuey Teow


Assalammualaikum....

Lama da tak bersiaran.. cheeewah!! keke.. sebenarnya saya agak sibuk.. resepinya ada tp nak mengupdate tu selalu tak berkesempatan (alasan...hehehe..bile penyakit M melanda) ok lah hari ni saya masukkan entry memasak saya.. Cantonese Kuey teow.. feveret anak dara saya.. kalau buat ni byk dia makan..siap hirup2 lagi.. resepi ni saya main bedal je.. keke.. org kata main agak2 je.. alhamdulillah jadi..




Sumber: Nora ( Dunia Kecil Kita)


Bahan: (1 atau 2 org makan)

Semangkuk kecil/sederhana besar Kuey teow
3 ulas bawang putih ditumbuk
isi ayam/daging ( byk mana terpulang)
udang ( kalau nak)
Sawi
3 Sudu kicap manis
sebiji telur
Fish Ball/ Fish Cake (byk mana terpulang)
Daun Bawang ( di kerat besar2)
1 Sudu kecil
Garam
sedikit pati ayam
Sedikit tepung jagung ( 1 sudu.. bancuh bersama air..sikit je air tau!)


Cara:
1. Kuey Teow dibasuh (letak dlm mangkuk)
2. letak Kicap manis.. gaul rata..
3.Panaskan kuali.. goreng seketika ( kejap je..) angkat dan ketepikan
4. Kuali yang sama..panaskan minyak
5.Masukkan bawang putih..tumis hingga naik bau
6.Masukkan isi ayam...gaul rata..
7.Masukkan udang gaul rata
8.Letak sikit air (sikit jer nk buat kuah)letak minyak bijan
9.Masukkan sawi. garam dan kiub pati ayam.. gaul rata
10. Letak fish cake dan fish ball
11. Masukkan tepung jagung.. gaul rata
12. rasa garam..kalau ok
13. Pecahkan telur..tutup api..gaul dlm kuah tadi (gaul 3 kali je tau..kalau x telur tu hancur)
14.Dah siap.. curahkan didalm mangkuk kuehy teow tadi.. taburkan daun bawang

Siap.. Cubalah sedap!!








terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..