Tuesday, November 08, 2011

Daging Lada Hitam


Allo.. jumpa lagi.. keke.. menu dah lama da buatnya.. nk masukkan ke blog yg bercinta tuh... ni antara resepi yang saya olah dari resepi daging masak bijan entry sebelum nih.. alhamdulillah jadi dan sedap plak tuh.. sgt senang dan sgt sedap...

Cara dan bahan:


Bahan:
daging batang pinang ~ dihiris nipis
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu Lada hitam
3 sudu kicap pekat

Semua bahan diatas diperap
~~~ * ~~~
1 biji bawang besar ~ dipotong baji
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia muda ~ dihiris
1/3bj capsicum merah ~ dipotong panjang/dadu ( tak letak sebab xder)
1/3bj capsicum hijau ~ dipotong panjang/dadu ( tak letak sebab xder)
3 sudu besar sos tiram
4 sudu kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
daun bawang ~ dipotong 1in
minyak secukupnya


Cara:

Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 min. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.
Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan.
Masukkan bawang besar, halia dan capsicum. Goreng seketika.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam. masukkan kicap manis
Goreng sekejap dan masukkan sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
Masukkan daging yg dah digoreng tadi dan kacau.
Bila kuah hampir kering masukkan daun bawang.
Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2.


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..