Tuesday, November 08, 2011

Sambal Daging

Jumpa lagi..kali ketiga hari ni.. tak pot pet pepanjang.. kiter terus ke menu ok! ni sambal daging yang saya amik resepi dari blog chef hanieliza...memang sedap.. bole tgk resepi asal di SINI

ni resepinya:

Bahan
500 g daging [hiriskan nipis dan kecil]
1 labu bawang besar [potong gelang]
3 s/b sos tomato
2 batang serai [ketuk]
minyak
garam
gula

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai & bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak,
2. Masukkan daging yg telah dibasuh & toskan.
3. Masakkan sehingga daging lembut .
4. Masukkan sos tomato, garam dan secubit gula. Kacau rata.
5. Masukkan bawang besar dan akcau rata.
6. Rasakan garam dan boleh hidangkan.

Cubalah sedap.. bole juga dimakan bersama roti..




No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..