Sunday, September 15, 2013

Ayam Penyet



Saya memang peminat tegar ayam penyet dan dah cuba beberapa resepi ayam penyet tapi resepi kali ni ayam penyet dia memang marvelous!! sedap sampai ke tulang bak kata kak wan (resepicitarasawan) . Anak2 saya dok ratah ayam.. ai.. mak bapak budak pun hehe.. memang sedap. Saya jumpa resepi dari blog kak wan dan sumber dari Amy. Terima Kasih untuk resepi yang sedap nih! 

Tak rugi cuba resepi ni..


Ayam Penyet 
Dari : Amy (Resepi Dapur Penyet Singapore)
Untuk Ayam
1 nos  ayam – potong 4 bahagian *saya beli bahagian peha besar tu
2 keping tauhu – potong tiga segi
1 paket tempe – potong nipis
1 ikat sayur kangkung – dicelur *tak buat, sebab takde stok la hehe
1 biji timun – dihiris nipis

Bahan - bahan untuk rebusan ayam:

Bahan A
50 gm bawang merah*
30 gm bawang putih*
20 gm lengkuas*
10 gm kunyit hidup*
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
500 ml santan
(Bahan * - bahan dikisar)


Bahan B
150 gm tepung beras*
1 biji telur*
200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
10 gm garam*
10 gm gula*
* Kesemua bahan digaul rata

Cara Penyediaan:-
1.  Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
2.  Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
3.  Kemudian masukkan garam, gula.
4.  Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar
     kepada warna kuning.
5.  Angkat dan ketepikan.
6.  Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
7.  Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
8.  Panaskan minyak dan goreng semua bahan
     bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
9.  Hidangkan ayam penyet bersama kangkung,
    hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal.
*  Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes
   (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.

Untuk Sambal.
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi 
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

*saya guna cili hidup (merah) 4 batang, cili padi Merah 9 biji (yang ni hati2 ye sebab memang pedas.)

1.  Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing
    /rangup. Angkat dan ketepikan.
2.  Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.
    Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup
    api. Angkat dan ketepikan.
4.  Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada
     suhu bilik.
5.  Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau
     lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.  Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan 
    panaskan.
7.  Masukkan gula merah dan gaul rata.
8.  Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau
    gula merah jika perlu mengikut citarasa.
   * Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan
     sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan
     sambal sebelum disajikan.


Selamat mencuba ye kawan2.. memang sedap! 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..