Sunday, September 29, 2013

Sakit Gigi datang balik!!!



Lama tak menghapdet tetiba pasal gigi kan? hahaha.. nak buat camner.. ni je yang tgh rancak belaku kt aku skg nih.. sape tak pernah sakit gigi?? wah.. memang terrer la.. kalau siapa yang dah pernah kena tau ler azabnyer camner.. nak makan tak bole (tak pasal2 berat aku turun 2 kilo kuikui ) nak bercakap.. yang paling tak best masa nak tidur.. mesti nyut nyut hahahaha... 

Sakit gigi ni bile dah serang segala urat saraf kat rahang dan sakit kepala.. Subhannallah.. Maha Suci Allah.. Dia yang Mencipta sakit Dia juga yang Menyembuh kan insyaAllah. Semoga sakit ni menghapuskan dosa2 kecil amin. 

Aku dah pernah buat entry pasal sakit gigi nih.. dua bulan yang lepas.. nampaknya kali ni aku tak tak bole biarkan dia (gigi aku) berleluasa membuat aku sakit huhuhu... selama ni aku ingat gigi geraham atas dan bawah.. rupanya gigi geraham bawah second last.. gigi geraham bawah last paling belakang memang dah rosak tapi tak sakit pulak tapi yang takde kena mengena sakit ngada2 betullah.. haha... bila aku cek kat cermin.. ohhh ada lubang dari atas tak nampak.. rupanya lubang dah besar .. kali ni aku tekad nak cabut.. sebab dari aku menanggung sakit setiap 3-4 bulan sekali.. mana boleh!! 

Aku ni memang sangat takut nak jumpa dentist!! tengok alatan gerudi, hammer pelbagai tu buat aku lagi seram!! aku takut bile doktor tengok gigi yang lain.. oh ni pun rosak jugak kita cabut jugak ye.. wah. ni aku tak mau.. jangan macam2 doktor ye!! haha tapi kali ni aku memang tekad!! kena cabut jugak... pagi ni aku bangun tak berapa sakit tapi bile aku pegang gigi tu ada goyang sikit.. ha... senang keje doktor tu nanti... ingat nak ke Klinik gigi kerajaan je kat ampang ni..  ada sesiapa ada pengalaman mencabut gigi kt klinik gomen tak? doa2 kan aku selamat dan mudah mencabut gigi nanti okey! 


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..