Monday, September 30, 2013

Gigi dah cabut!!



Hello readers! haha. ada ker? keke.. okeylah semalam aku melepaskan sakit gigi ku di blog.. sakit yang dah lama aku simpan.. hari ni pergi jua...Alhamdulillah.. 


Semalaman aku tak lena tidur memikirkan.. macamana la nak cabut gigi besok.. takutnye kalau doktor garang.. macam mana kalau doktor cabut gigi yang salah.. huhu macam2 soalan kat otak aku ni ha...

Aku gerak dari rumah pukul 8.30 pagi.. ye la klinik bukak kul 8.. budget2 kalau gi pagi orang tak ramai.. bila da sampai kat klinik kesihatan ampang.. tgh renovation pulak!! ha.. bagus da nih hahaha tak yah cabut gigi.. pastu cik abang suggest kita ke klinik pergigian kg pandan dalam je lah.. alamak.. ingat tak jadi tadi.. so dengan berat hati aku gi.. macam budak2 kan? haha... sampai ke klinik kul 9 camtu.. tgk ada la dalam 4 orang.. tak ramai okey la.. pastu aku ternampak jadual waktu klinik.. hari isnin-rabu hari untuk temujanji sahaja.. ha? satu lagi alasan untuk tak cabut gigi..keke.. tetibaaaa.. misi tu kata kat aku.. "kalau takde temujanji nak walk in bole je sebab tak banyak appointment hari ni" ha.. aku pun masuk balik..  bagi ic..bayar singgit.. hati dah berdebar-debar.. adoyai.. nak masuk labour room pun tak camni...

Nurse panggil nama aku bagi nombor.. 1008 ohh aku orang ke lapan.. tgk kat board tu sekarang 1004.. ada 4 orang lagi.. 
So aku duduk jap..anak2 dah tak ingat dunia main kat sudut kanak2 kat situ.. 
Masa tu aku pikir.. apa yang aku buat kat sini? hahaha.. kenapa la aku setuju gi cabut gigi hari ni.. huahua.. redah jela... sambil2 tu berzikir.. moga dipermudahkan.. jumpa pulak adik aku meme kat situ dia bawak anak dia cucuk 2 bulan.. huahua.. dia pun gelakkan aku sabar je lah... 

Dalam kul 10 camtu.. no aku dipanggil..so aku masuk.. doktor perempuan.. muda lagi, cantik.. lembut je.. Dr Maisarah nama nye.. hehe.. dia suh aku baring kat kusi tu.. masa tu jantung aku macam nak terkeluar da.. aku cakap kat doktor tu.. saya takut la.. dia kata.. takde apa.. relax je.. 

So aku baring.. pastu aku tertanya.. eh doktor ni tak nak tanya ke gigi mana yang sakit.. kang dia cabut gigi yang sihat hahahahha... aku pun bagi tau kat doktor tu.. kat gigi geraham bawah second tu dah goyang dan sakit sejak 2 minggu yang lepas tapi hari ni gi tak sakit pulak gigi ni.. cam tau2 je.. 

Doktor tu belek2 gigi.. pastu dia start nak bius.. aku dah nak pitam da,tgk jarum mak ai.. kemain besau.. hahaha.. dia kata tak sakit.. macam kena gigit semut je.. dia layan aku cam budak darjah satu hahahahhaah... bila dia bius aku tutp mata.. tak sakit pun.. pastu dia suruh aku keluar...

Dalam sepluh minit camtu.. ada dah mula kebas sebelah muka dah.. lidah, mulut, pipi.. seme lah.. sememeh je la masa tu.. hahhaha... pastu no naik lagi.. huhuhu takutnyer.... 

Aku masuk bilik doktor tu, dia suh aku baring.. aku cakap.. aku nak gigi tu.. hahaha... walau rosak nak jugak tgk kekeke....  bila lampu tu suluh kt muka aku.. aku dah silau.. segala alatan doktor pun dah tak jelas.. bila dia mula kata okey, saya cabut ni.. awak takkan rasa sakit cuma rasa gigi tu goyang2 nak keluar.. dalam masa tak sampai seminit.. gigi aku pun tercabut.. ehh! dah cabut ker?? hahahaha.. reput sangat ke gigi aku nih? kejap je... aku mengucapkan terima kasih tak tehingga pada doktor dan pembantu dia macam apa pulak kan tapi aku sangat bersyukur.. mudah nye la mencabut tu....dia kata gigi awak dah goyang sebab tu senang cabut..hahaha

Aku keluar dari bilik doktor.. terus senyum kat suami.. dia pun teperanjat .. "cepatnye!" hahahaha... 

masa aku menaip ni .. kebas masih terasa.. dah nak mula sakit.. takpelah.. tahan je la 2-3 hari ni..

So pengalaman aku cabut gigi di klinik kerajaan.. okey je.. walaupun aku tak pernah ke klinik swasta.. alatan dia tak macam dulu.. semua da moden da.. doktor dia peramah.. cantik pulak tu.. lembut.. je.. so jangan takut2 nak gi cabut kat klinik kerajaan.. 

Okeyla.. aku nak bom bom dulu.. kepala dah mula denyut2... alhamdulillah aku berjaya mengatasi fobia mencabut gigi/dentist..  tepuk tangan untuk diri sendiri hahahahhaha.. 


3 comments:

  1. memang kalau kena sakit gigi tak tentu arah di buatnya

    ReplyDelete
  2. betul tu.. rasanya sakit gigi ni lagi sakit dari bersalin kot.. haha

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..