Wednesday, December 19, 2012
Masak Tempoyak Ikan Kembung
Kita terus ke resepi ya.. ada keje sikit nih..ni version saya
Bahan2 agak2 ye..
Ikan Kembung
Tempoyak
Cili Api
Kunyit hidup
Serai
Daun kunyit
Sedikit santan
Cara:
Cili api, kunyit hidup di tumbuk. Masukkan ikan kedalam periuk bersama bahan tumbuk serta tempoyak. macam gini rupanya
Masukkan juga secawan atau 2 cawan air. Naikkan atas dapur, masak hingga mendidih..masukkan sedikit santan, garam serta daun kunyit. Biar hingga masak. Gaul rata. Siap!
Saturday, December 08, 2012
Ketam Masak Lemak Cili Api
Ni feveret aku nih.. hehe.. meh cek resepi
Setengah biji bawang sederhana, cili api (nak pedas bubuh banyak) dan seinci kunyit hidup. Di kisar. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan santan cair secawan. Biar mendidih. Masukkan Ketam, biar seketika. Masukkan dauk kunyit yang diracik halus. Biar masak seketika. Masukkan Santan pekat. Biar hingga mendidih (gaul selalu ye) . Masukkan garam. Siap!
senang kan? hehehe.. berasap makan.. hehehe
Sambal Goreng Jawa
Assalammualaikum, lama dah tak bersiaran.. cheewah.. hehe.. hari ni ada kesempatan saya masukkan entry baru. Sambal goreng jawa ni memang menu wajib rumah mertua tiap kali raya. So , skg dah jadi feveret aku pulak.. hehe.. senang je buatnya.. yang ni version tak berapa pedas, kalau tak nak buat pedas pun boleh..
Bahan ni aku buat untuk seorang atau2 je makan ye.
Bahan:
1 Biji bawang besar*
2 Ulas bawang putih*
Seinci lengkuas-ketuk2 je
1 Batang serai*
bahan bertanda* dikisar
3 batang kacang panjang
1 Tauhu
2 Tempe
~Bahan di atas ni, dipotong dan digoreng. Ketepikan
Suun (setengah peket)~direndam
2 Sudu cili kering (kisar)
Setengah mangkuk kecil udang
1 cawan santan pekat
Cara:
Bahan kisar dan lengkuas di tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar. (kalau tak nak pedas, skip yang ni) Hingga pecah minyak. Masukkan Udang. Biar seketika. Masukkan santan gaul rata, masukkan suun. Biar seketika hingga suun empuk. Bila kuah agak kering dan pekat . Masukkan garam. Gaul rata. Masukkan bahan yang di goreng. Gaul rata-rata. Biar seketika. Siap!
Friday, November 16, 2012
Sambal Ikan kembung
Bahan:
Ikan Kembung
Bawang merah
Bawang putih
Tomato *1 atau 2 biji
Cili Hidup Merah
Cili kisar *3 sudu
Belacan *sikit jek
Garam
Cara:
Ikan kembung di goreng garing *ketepikan
Bawang merah, bawang putih, tomato dan cili hidup serta belacan dikisar
Tumis bahan kisar hingga naik bau. Perasakan dengan garam dan perasa. Siap. Sira diatas ikan yang dah digoreng tadi.
Saturday, November 10, 2012
Bergedil daging
Hari ni nak melawat bapa saudara di Hospital Selayang, so tak leh nak membebel pepanjang.. Bergedil daging memang feveret aku dan family.. untuk kali ni punya saya tak letak apa2 kecuali bahan utama Daging, Kentang, garam dan telur. Itu sahaja. bukan apa.. anak aku ni ha.. pantang nampak sayur waima daun sup/bawang.. dah tolak tepi da.. so untuk menyenangkan kerja, aku tak boh lah seme tu.. kalau exact recipe kena letak..
Kali ni aku bagi recipe yang mudah, dan tak yah nak kalut letak macam2.. ni namanya recipe untuk cepat siap, mudah dan sedap!
Untuk recipe.. biarlah gambar bicara :)
Selamat mencuba..
Subscribe to:
Comments (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..





