Wednesday, October 02, 2013
Berlado Ikan Kembung
Assalammualaikum.. selamat hari rabu hehe.. hari ni agak sibuk.. anak lelaki saya pepagi dah kena neb sebab kahak dia dah banyak sangat sampai tak bole nak bernafas dengan betul.. sian anak ibu.. lekas2 sembuh ye..
Oh ye.. hari isnin hari tu saya cabut gigi kan? keke.. lepas cabut tu sakit kejap je.. pastu dah tak sakit da.. lepas ni tak takut lagi la nak ke klinik gigi hehe.. harap2 takde lagi la ye..
Hari ni masak yang ringkas2 je.. masak berlado ikan kembung, ni memang feveret cik abang.. tiap kali makan dia akan reminisce zaman kanak2 dia, mak kawan dia selalu masak lauk ni dan dia masih teringatkan betapa sedapnyer masakan makcik tu.. eh.. ni nak kata masakan aku tak sedapkah? hahaha.. xder lah.. dia kata.. air tangan tak sama.. menu sama.. end product memang beza.. wah.. kemain lagi term marketing hahaha...
Nak kawankan dengan sambal berlado ni.. aku masakkan kangkung goreng belacan sikit..
Senang je nak masak berlado ni ha.. sambal ni bole apply kat apa2 yang korang suka.. ayam, daging, terung macam2 lagi lah.. cuma yang bezanyer setengah orang suka pedas manis, ada yang pedas menyengat.. ada yang ala2 je.. hehe.. macam aku suka pedas menyengat.. tapi cik abang tak tahan pedas so aku medium kan tahap kepedasan..
Ni resepi kalau nak cuba.
Bahan macam biasalah aku ni main agak2 je... untuk menu ni aku guna 5 ekor ikan kembung besar:
Bahan Kisar:
1 Biji bawang besar
5 Batang cili hidup (merah)
5 Biji cili padi merah (kasik pedas sikit) *optional
1 Biji tomato *sedang2 je
Lepas gorengkan ikan garing2.. keluarkan minyak ikan tu sikit.. tumiskan bahan kisar hingga garing.. masukkan garam, gula dan perasa. Cukup rasa, tutup api. Siap!
Curahkan atas ikan :)
Selamat Mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..
No comments:
Post a Comment