Tuesday, January 14, 2014

Keropok Ngarku atau arrowhead chips


Hari ni genap blog aku yang ke 5 tahun! haha lama dah ye.. bile selak balik dulu2 berblog sesaja.. nak jadi cam diari gitu tapi sekarang jadi blog masakan dan cerita2 aku yang tak seberapa ituh!! hahaha 

Terima Kasih para pengunjung ye!



Ini ada keropok sempena ulangtahun, keropok ngarku.. keke sebenarnya bile tengok kak yati buat hehe kat SINI  terus mak teruja gitu.. keropok ngarku aku pernah makan dulu, memang sangat sedap!! 

So aku ke Tesco pagi ni sebab beli barang dapur yang tinggal nyawa2 ikan hehe.. ternampak pulak arrowhead ni! terus teringat kat yati nyer keropok hahaha.. cakap kat suami, ibu nak beli la arrowhead ni. Suami cakap, eh! awak tau ke nak masak buah ni? . Kekek dia ingat buah macam buah sengkuang tu.. well dia memang ada teksture macam sengkuang sikit. So cakap pada suami, nak goreng dia kata terpulang la.. beli sikit dulu, tak jadi kang membazir. 

So aku amik setengah kilo jek . Jadilah dari takde kan? ahaha 
ni ha harga dia setengan kilo dapat la RM 2.64. Ngarku ni biasa nya banyak masa CNY je.  

Ni ha rupanya ngarku atau arrowhead tu. Macam bawang anak sengkuang hahaha, macam tombong kelapa pun ada. hehe

So, kita basuh, buang kulit luar tu.. macam gambar atas ni. Biarkan hujung tangkai tu, nanti senang nak menyagat. Kira macam tpt pemegang la. 

Gambar menyagat aku tak amik pulak.. tangan basah2 kan hahaha.. so lepas sagat tu, goreng dalam minyak panas hingga agak kekuningan angkat. Nak letak garam atau tak tepulang.,tapi bagi aku lepas goreng makan camtu pun dah sedap.

Kesimpulannya keropok ngarku ni memang sangat2 sedap!! lagi sedap dari kentang goreng yang di jual gitu.. haha.

Selamat mencuba!! 

Monday, January 13, 2014

Resepi Karipap

(gambar dari instagram aku hehehe  tak sempat nak snap gambar cecantik)

Karipap ni aku buat hari sabtu lepas, anak dara requested sejak2 dah ada kegemaran ni asik suh ibu dia ni buat memacam.. ai kalau ibu rajin ye.. kalau tak hmm kita beli hahaha

Senang je buat karipap ni, cuma menguli tu je ada renyah sikit.. tapi hasilnya wallah!! hahaha kemain lagi.. 

Untuk pastry atau kulit karipap ni, aku ingat 4 bahan je:

-Tepung gandum
-garam sikit
-minyak panas
-air sejuk (letak ais)

Tepung gandum dan garam kita satukan dalam mangkuk, panaskan minyak. Bila dah panas, tuang kedalam tepung tadi, gaul dengan senduk kayu ke sudu ke.. panas ni. Gaul rata, nanti dia jadi cam berderai.. pastu tambahkan air sejuk tadi sikit2.. gaul.. sampai tak melekat kat tangan dan mangkuk. Siap. 

Untuk resepi lengkap bole tgk kat sini okey!

Untuk inti:

Isi ayam (rebus sekejap, pastu racik kecik)
Kentang dipotong dadu (rebus)
Bawang merah sikit
Serbuk kari sikit jek.
Kiub ayam. (ni letak sikit2 dulu, pastu rasa okey takut masin)

Okey caranya:

Tumiskan bawang dengan ayam tadi. Hingga naik bau, masukkan serbuk kari sikit je jangan banyak2. Gaul rata, masukkan kentang dan kiub tadi. Gaul lagi. siap.  cara macam ni, inti kita kurang minyak ataupun berkuah, senang masa nak kelim karipap.

nota: biasanya aku buat inti dulu baru buat pastry nye. Bila pastry dah siap, inti kita pun dah siap masak dan sejuk. :)

Untuk kelim karipap ni.. ha.. kalau ada acuan karipap tu senang la.. aku takde so kena kelim.. nasib baik dulu2 biasa kelim-mengelim nih.. hahaha so takde masalah. 


Untuk menggoreng, pastikan minyak jangan terlalu panas dan api besar. Nanti kita punya karipap menggerutu , tak berapa cantik la tapi kalau dah sedap tu seme tak pandang da.. ahaha.. ni cuma sekadar peringatan je.

Selamat mencuba!

Friday, January 10, 2014

Chicken Salad



Haaa.. besaunya gambar! melampau ko kan.. hahahaha.. saja kasik besar puas sikit tengoknya... kekeke.. excited yang benarnya.. ye la orang melayu dapat makan salad tengahari2 buta ala2 omputih gitu, ala sekali sekala tukar selera okey apa salahnya kan?.. selain dapat pengalaman baru (ayat aku tak bole blah haha) kita juga dapat menyihatkan badan gitu kekekeke...

Aku dah seminggu mengidam nak makan salad ni..asik Google je gambar nya.. sampai air liur aku dah takde nak meleleh da.. hahahaha gitu.. so aku mintak cik abang belikan mix lettuce sebab aku sangat sukakan lettuce!!!!!!!  serious! dulu2kan memang tak suka sayur mayur sangat.. bila umur semakin meningkat ni selera pun dah agak kesenjaan demi menjaga kesihatan wakakaka..  

So aku mulakan misi membuat salad versi cik nora hahahha main agak2 je.. tapi aku takde lah nak buat dressing salad ala Jamie Oliver ke Nigella ke.. ni ala2 je.. hahaha.. ye lakan.. untuk salad deme guna olive oil la mustard la.. 2 benda ni cukupla.. nak beli macam hmmm bila lagi aku nak buat saladkan tah2 tahun depan baru aku buat lagi salad hahahhaha so beli sebotol membazir je.. orang melayu ni banyak guna minyak masak macam kelapa sawit, atau minyak sayuran kan.. minyak zaitun ni hmm jarang-jarang takpun tak pernah guna pun dalam masakan seharian kita.. so aku gunakan jelah dressing salad yang dah sedia macam Ladys Choice ni ha..
Pastu aku tak sempat nak menumbuk ladi hitam (malas sebenarnya hehe) so aku gunakan black paper tu je.. hehe senang..

Untuk ayamnya.. ha yang ni senang je.. dada ayam basuh  bersih, lumurkan dengan garam dah lada hitam, pastu grill atas pan (yang ni je yang aku ada huhu) letakkan minyak sikit je.. hingga masak ye. Kasik garing2 sikit baru terasa cam hangus2 grill gitu hahahha

Okey.. lepas dah masak semua ni.. 

Salad yang kita dah basuh bersih, keringkan.. letak dalam mangkuk besar. Tadi aku gunakan dalam 4 sudu besar sos salad tu aku tambahkan dalam 2 sudu air panas sikit (tah la kenapa kan.. tapi mungkin aku nak bagi kuah agaknya hahaha suka2 je kekeke) pastu sedikit lada hitam. Gaul kan sos salad dengan tangan kedalam salad. Reason guna tangan is to make sure all salad is cover by our sauce and it's not to ruin our salad. Kalau terlebih gaul kang tak jadi salad jadi benda lain kang hahaha. 

After that, potong dadu kita punya chicken tadi. Letak kan dalam salad. 
Plating kitanya salad ala2 masterchef gitu hahahahaha 






Okey moh kita dig in! 



Wednesday, January 08, 2014

Daging Goreng Black Paper


Okey ni menu beberapa hari lepas hehe.. asalnya nak buat daging goreng kunyit pastu dah koman sangat kan haha kita masak ni pulak... makan ngan nasi panas2 fuhhh!! sedap hehe

Sangat2 mudah buatnya.. cuma kalau daging yang kita guna tu liat memang lama la proses masak tu hehe.. 

Meh kita cek resepi mudah ni. 

Bahan:
Daging (hiris nipis, basuh)
Black Paper (kalau suka pedah buh la lebih)
Kicap pekat manis ( aku guna ABC hehe)
Sos Tiram
Bawang potong baji (terpulang lah, nak potong bulat pun boleh)
Serbuk Kunyit (sikit je)
Garam

Cara:
Panaskan kuali, daging tu kita garam kunyit, black paper terus tumiskan. Kalau daging lembut tak perlu letak air, kalau liat letak air dulu sikit hingga empuk.
Bila dah empuk, air dah kering masukkan bawang dan kicap pekat serta sos tiram. Kat sini kalau nak kuah sikit, masukkan sikit air panas. Gaul rata. Rasa manis, pedas, masin seme.. kalau kurang tambah ye. 
Siap.

Bahan macam biasala agak2 ya.. untuk pengetahuan aku ni memasak dalam jumlah yang sikit dalam2 orang makan gitu .. ha lagi satu kalau nak ganti ayam pun bole ^^ 


Tuesday, January 07, 2014

Entry Pertama Tahun Baru


Assalammualaikum, 

Hari ni 7 Jan 2014.. terlambat ke nak ucap tahun baru? hahaha.. awal tahun ni dah macam2 berlaku okey.. kereta kena langgar.. dan yang paling terbaru.. kat rumah aku ni ha.. budak 4 tahun jatuh dari tingkat 10.. berlaku depan mata.. menggigil satu  badan..arwah dah dia, syurga tempat mu sayang. Kalau nak tau lebih lanjut cer goggle la ye..cuma bila masalah macam ni berlaku semua salahkan isteri, ye memang dia salah tinggalkan anak dirumah tapi mana suaminya? ni la bila semua tugas anak2 serah pada isteri, mana dia nak uruskan rumahtangga, anak sekolah.. dgn dia nak bekerja.. sepatutnya kena la bagi2 tugas sama rata.. tapi tu la kan.. benda dah jadi.. buat pengajaran pada kita semua ye. 

Ha... benda yang best anak dara aku dah masuk sekolah! hahahaha ala sekolah sekolah tadika je pun.. excited lebih aku kan.. sebak pun ada.. cakap kat suami.. kakak da nak sekolah da.. sedih rasa, macamana nanti kalau dia nak kawen? laaaa kesitu pulak aku pergi hahahhahaha kemain jauh lagi ... ,macam2.. 




tengok tu.. seronok dia.. tak menangis pun.. hahha tapi ibu dia pulak yang sedih.. okey la... bila anak start sekolah ni aku dah rasa macamana seboknya mak2.. nak kena amik hantar.. siapkan makanan.. kang balik nak makan..mcm tak cukup masa pulak hahahhaha poyo je aku ni.. budget mcm bizi women jek.. hahahhaa...

Hari ni aku masak menu feveret aku kekeke.. kari!! hahaha Kari sotong
resepi:
Bawang merah, putih dan halia di hiris
Serbuk kari ikan
Santan
Sotong
Garam dan perasa

Cara:
Tumis bahan hiris hingga naik bau, 
masukkan serbuk kari yang dijadikan pes, 
gaul rata hingga pecah minyak, masukkan sikit air dan santan..
masukkan sotong (5-7 minit) 
letak garam dan perasa
siap
(bahan atas ni ejas2 ye.. kalau banyak letakla banyak 
cuma serbuk tu jgn banyak2 nanti rasa rempah kuat sangat)

Antara menu tambahan, taugeh goreng kicap yang ni aku buat style pemalas atau nak cepat hahaha.. racik bawang putih, bila naik bau masukkan air sikit letak separuh dari kiub ikan bilis, letakkan sikit kicap cair, masukkan taugeh bila dah didih. Siap! keke senang keje aku kan.. :P


Ha..lagi satu menu, sambal berlado.. cik abang requested pagi tadi.. so kita buatlah untuk dia..

Untuk sambal ni, aku buat kosong je.. bahan dia cili hidup dalam 4-5 batang gitu, bawang merah sebiji, bawang putih seulas, belacan(optional) sikit, tomato. Semua bahan ni kita blend kasar. Tumis, hingga naik bau masukkan garam semua. siap. Kalau nak sira bole la sira ke ikan ke ayam. macam aku ni buat letak dalam mangkuk dan tak sira macam biasa. So, kalau nak makan dengan ikan ke, ayam ke, telur pun bole.. senang!

Ni ha ayam goreng dan ikan goreng.. hehehe..ni takyah resepi kan.. korang dah tau hehehe..

Okeyla.. sampai disini sahaja.. bye! Assalammualaikum!

  
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..