Wednesday, January 08, 2014

Daging Goreng Black Paper


Okey ni menu beberapa hari lepas hehe.. asalnya nak buat daging goreng kunyit pastu dah koman sangat kan haha kita masak ni pulak... makan ngan nasi panas2 fuhhh!! sedap hehe

Sangat2 mudah buatnya.. cuma kalau daging yang kita guna tu liat memang lama la proses masak tu hehe.. 

Meh kita cek resepi mudah ni. 

Bahan:
Daging (hiris nipis, basuh)
Black Paper (kalau suka pedah buh la lebih)
Kicap pekat manis ( aku guna ABC hehe)
Sos Tiram
Bawang potong baji (terpulang lah, nak potong bulat pun boleh)
Serbuk Kunyit (sikit je)
Garam

Cara:
Panaskan kuali, daging tu kita garam kunyit, black paper terus tumiskan. Kalau daging lembut tak perlu letak air, kalau liat letak air dulu sikit hingga empuk.
Bila dah empuk, air dah kering masukkan bawang dan kicap pekat serta sos tiram. Kat sini kalau nak kuah sikit, masukkan sikit air panas. Gaul rata. Rasa manis, pedas, masin seme.. kalau kurang tambah ye. 
Siap.

Bahan macam biasala agak2 ya.. untuk pengetahuan aku ni memasak dalam jumlah yang sikit dalam2 orang makan gitu .. ha lagi satu kalau nak ganti ayam pun bole ^^ 


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..