Assalammualaikum,
Hari ni 7 Jan 2014.. terlambat ke nak ucap tahun baru? hahaha.. awal tahun ni dah macam2 berlaku okey.. kereta kena langgar.. dan yang paling terbaru.. kat rumah aku ni ha.. budak 4 tahun jatuh dari tingkat 10.. berlaku depan mata.. menggigil satu badan..arwah dah dia, syurga tempat mu sayang. Kalau nak tau lebih lanjut cer goggle la ye..cuma bila masalah macam ni berlaku semua salahkan isteri, ye memang dia salah tinggalkan anak dirumah tapi mana suaminya? ni la bila semua tugas anak2 serah pada isteri, mana dia nak uruskan rumahtangga, anak sekolah.. dgn dia nak bekerja.. sepatutnya kena la bagi2 tugas sama rata.. tapi tu la kan.. benda dah jadi.. buat pengajaran pada kita semua ye.
Ha... benda yang best anak dara aku dah masuk sekolah! hahahaha ala sekolah sekolah tadika je pun.. excited lebih aku kan.. sebak pun ada.. cakap kat suami.. kakak da nak sekolah da.. sedih rasa, macamana nanti kalau dia nak kawen? laaaa kesitu pulak aku pergi hahahhahaha kemain jauh lagi ... ,macam2..
tengok tu.. seronok dia.. tak menangis pun.. hahha tapi ibu dia pulak yang sedih.. okey la... bila anak start sekolah ni aku dah rasa macamana seboknya mak2.. nak kena amik hantar.. siapkan makanan.. kang balik nak makan..mcm tak cukup masa pulak hahahhaha poyo je aku ni.. budget mcm bizi women jek.. hahahhaa...
Hari ni aku masak menu feveret aku kekeke.. kari!! hahaha Kari sotong
resepi:
Bawang merah, putih dan halia di hiris
Serbuk kari ikan
Santan
Sotong
Garam dan perasa
Cara:
Tumis bahan hiris hingga naik bau,
masukkan serbuk kari yang dijadikan pes,
gaul rata hingga pecah minyak, masukkan sikit air dan santan..
masukkan sotong (5-7 minit)
letak garam dan perasa
siap
(bahan atas ni ejas2 ye.. kalau banyak letakla banyak
cuma serbuk tu jgn banyak2 nanti rasa rempah kuat sangat)
Antara menu tambahan, taugeh goreng kicap yang ni aku buat style pemalas atau nak cepat hahaha.. racik bawang putih, bila naik bau masukkan air sikit letak separuh dari kiub ikan bilis, letakkan sikit kicap cair, masukkan taugeh bila dah didih. Siap! keke senang keje aku kan.. :P
Ha..lagi satu menu, sambal berlado.. cik abang requested pagi tadi.. so kita buatlah untuk dia..
Untuk sambal ni, aku buat kosong je.. bahan dia cili hidup dalam 4-5 batang gitu, bawang merah sebiji, bawang putih seulas, belacan(optional) sikit, tomato. Semua bahan ni kita blend kasar. Tumis, hingga naik bau masukkan garam semua. siap. Kalau nak sira bole la sira ke ikan ke ayam. macam aku ni buat letak dalam mangkuk dan tak sira macam biasa. So, kalau nak makan dengan ikan ke, ayam ke, telur pun bole.. senang!
Ni ha ayam goreng dan ikan goreng.. hehehe..ni takyah resepi kan.. korang dah tau hehehe..
Okeyla.. sampai disini sahaja.. bye! Assalammualaikum!
No comments:
Post a Comment