Thursday, October 04, 2012
Hati Lembu Masak Lada Hitam
Lambek den update ari ni.. hehe.. penyakit M melanda.. dah tu ada masalah plak ngan flash.. asik crash jek page FB.. so kena tunggu cik abang balik betul kan .. hehe
Hari ni masak hati lembu masak lada hitam.. gara2 tergoda ngan hati lempap cik mat hehehe... gi pasar malam.. ada jual hati tapi besar2 tapak tangan den je yg hadooo.. jadi lah.. tekak ni mengoloh sangat kan.. hahaha... nak buat ikut resepi cik mat sebenarnya.. takdok pulak ketumbar biji.. so menu kedua masak black paper.. meh kita cek resepi
Resepi:Hati lembu masak lada hitam
Bahan:
1. Hati lembu *mestila takkan hati den pulak.. hahaha
~basuh, dan kerat kecik hati lembu tu
2. Bawang merah sebiji
3. Bawang putih 3 ulas
4. Halia dalam 2 inci
~bahan diatas ni.. tumbuk halus
5. Lada hitam 1 sudu besar
6. Kicap 1 sudu
7. garam
8. perasa
9. Air sikit
Cara:
1. Didalam mangkuk ambil hati lembu yang dah dipotong, masukkan sikit bahan yang ditumbuk, kicap dan lada hitam gaul rata.. perap seketika.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk selebihnya.. hingga naik bau, masukkan hati lembu yang diperap tadi. Hati lembu akan keluarkan air..
3. Masak seketika... letakkan air sikit. Nak kasi lembut hati tu.
4. Letak garam. Kalau nk kuah letak le lebih air.. kalau tak biar hingga kuah pekat.
Siap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..
Assalamualaikum...
ReplyDeletenani nak amik resepi ni.. sbb asben nani suka sangat makan atie lembu.. so selalunya masak kerisik je.. sbb tak tau nak wat masak2 lain... mekasih shared..
sama2 jass.. :)
ReplyDelete