Tuesday, July 31, 2012
Ayam Masak Kicap Kerisik
Assalammualaikum.. hari ni genap 11 hari kita berpuasa.. Alhamdulillah.. tak bole nak cite pepanjang banyak lagi keje nih.. ok lah ni menu hari ni Ayam Masak Kicap Kerisik saya amik resepi dari Kak Fida My resepi . Terima Kasih kak untuk resepi yang sedap ni.. buatnya pun tak genyah.. senang sangat!!
Meh kita cek resepi:
Bahan:
1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil,bersihkan dan toskan
3-4 biji bawang besar*
8 ulas bawang putih*
3 tangkai lada merah/hijau*
3 batang serai**
1 ibu jari halia**
1/2 cawan pes cili kering
1/2 botol kicap manis/pekat manis
sedikit belacan bakar
1/4 cwan air asam jawa
3 sb penuh kerisik
gara,gula secukup rasa jika perlu
sedikit air jika perlu
1/4-1/2 cawan minyak masak - untuk menumis
Cara-cara
Hirs halus bahan2 bertanda *. Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati.Perap 1/2 jam atau semalaman .
Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...Selamat Mencuba... :)
Silakan mencuba memang tak menyesal punya lah!!
Thursday, July 05, 2012
Mihun Putih
Hi.. ni menu semalam sebenornya.. baru ari ni nak menghapdet kan.. hahaha.. meh kite cek resepi
Bahan:
*semua bahan agak2 je ye.. tengok pada banyak mihun nak buat*
Bawang merah*
Bawang putih*
Bihun
Garam
Isi ayam yg dah dipotong kecik
Sotong
Udang
Lada hitam (sesudu kecik)
Lada sulah (sikit je)
perasa
Sawi
Carrot
*bahan bertanda sila blend/tumbuk ye
Cara:
Rendam bihun dulu. Panaskan minyak. Masukan bahan seperti ayam/ daging dulu dan udang serta sotong. Masak kejap dan masukkan bahan yg dah diblend/tumbuk tadi. Gaul rata. masak hingga naik bau. Masukkan sayur mayur jgn lelama.. masukkan air sikit. Letak garam, segala lada tadi dan perasa. Gaul rata. rasa garamnya. Masukkan mihun tadi. Gaul sebati. Masak hingga bihun lembut. rasa garamnya. Kalau ok. Siap!
nota:kalau nak masukkan sayur mayur tu last pun bole jugak :)
Wednesday, July 04, 2012
Ayam sambal
Assalammualaikum.. dah lama tak mengupdate blog.. kekeke... bukam tak memasak.. tp menu nya ulang tayang.. hahaha... lauk ni saya buat 2 hari lepas.. dah takde idea nak masak apa.. so main campak2 je..
orang kata macam main masak2 hehehe.. nasib sedap.. kekekeke... meh kita cek resepi
Bahan:
Ayam (saya guna sebelah ekor je.. potong kecik.. goreng kejap, ketepikan)
Cili Hidup (merah) *saya guna dalam 4 biji
Cili hijau besar *saya guna dalam 3 biji
Cili api sikit
Bawang merah, putih dan halia *banyak mana agak2 je lah.. cuma halia tu jgn bebanyak ye
~semua cili dan bawang tu seme ni blend ye..~
Serai sebatang *diketuk
Garam
Perasa
Cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan yang di blend serta serai.. hingga pecah minyak masukkan garam dan perasa. Gaul rata. Masukkan ayam. Gaul rata. rasa garamnya siap!
Selamat mencuba
Thursday, June 21, 2012
Bulgogi ala cik nora..
Assalammualaikum.. anneyong haseyo!!!!! wah.. speaking korea plak aku nih.. hehehe.. menu ni dah lama aku buatnya.. baru ni nak masukkan entry ni..
Manu ni namanya Bulgogi.. atau daging perap kicap camtula.. menu ni sangat popular dengan korea. Daging yang diperap.. bole dipanggang atau dimasak atau pun direbus.. macam2 lah bole buat.. hehehe... saya amik resepi ni dari TV sekali imbas saya dah bole ingat resepinya. Sebab senang sangat. Bila dah buat .. rasanya macam satay sikit sebab ada madu dan gula, macam daging kicap ada sikit.. ha.. macam2 rasalah.. tapi bagi saya memang sedap dan berbeza sikit.
Meh kita cek resepi..
Daging ( saya guna sikit je.. ) *dihiris nipis
Kicap cair manis (1 sudu besar)
Lada hitam (1/2 sudu besar)
Gula (1 sudu besar)
Bawang putih (3 ulas) *ditumbuk
Bawang merah (1/2 biji bawang besar) *dihirs nipis atau di tumbuk/potong dadu
Air (1 cawan.. atau sampai tenggelam daging tu je)
Madu (1 1/2 sudu besar)
Cara:
Hiris nipis daging, basuh. Dalam satu mangkuk besar, masukkan daging yang dah dihiris, dan semua bahan di atas. Gaul rata, biar seketika.
Terdapat 3 jenis cara untuk masak. Samada digoreng atau direbus.
Bulgogi goreng
Panaskan kuali, minyak yang sikit. Masukkan daging yang dah diperap tadi. Masak hingga empuk untuk biar kering atau berkuah terpulang. Rasakan garam. Siap (saya buat yg ni.. dan berkuah sikit maklumlah org melayu seme nak berkuah )
Bulgogi rebus/Steam
Panaskan periuk, letak air bersama sedikit minyak bijan dan sedikit kicap cair. Biar mendidih letak daging, serta sayuran kegemaran. Siap.
Barbeque Bulgogi
Kalau nk buat barbeque pun bole juga.
Bulgogi di korea biasanya dimakan samada dengan nasi atau daging di salut dengan daun salad dan di makan.
Meh makan. Anneyong!!
Tuesday, June 19, 2012
Sup Daging
Assalammualaikum. sekejap ke dah nak bulan puasa kan? ni tahun ke 5 menyambut puasa sebagai isteri keke.. kejap je masa ..
Semalam saya masak lauk yg agak banyak dan pedas2 semuanya.. so hari ni saya masak yg light2 je.. pikir dok pikir .. buat Sup daging je lah.. senang je buatnya.. cuma kalau nak sedap kenalah tambah beberapa perisa kan?hehehe.. meh kita cek resepi
Resepi:Sup Daging
Sumber:Nora@Dunia Kecil Kita
Bahan:
Daging
Bawang merah dan putih
Halia
Kentang
Serbuk sup
Serbuk kurma
Daun Sup dan bawang
*jumlah bahan bergantung pada berapa banyak daging nya ye*
Cara:
Rebus daging dengan kuantiti air yg sedang2 bersama dengan hirisan halia.. sampai agak empuk.Masukkan kentang dan biarkan hingga kentang empuk. Sambil2 tu kita hiris la bawang merah dan putih. tumis dengan minyak dalam kuali lain (sikit je minyaknya) sampai dah naik bau. Masukkan bawang nerah dan putih yang digoreng tadi bersama minyaknya kedalam air rebusan daging ngan kentang tadi. Masukkan sesudu kecil serbuk sup dan kurma. Garam dan daun sup. Rasakan garamnya. Siap!
Subscribe to:
Comments (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..




