Monday, January 13, 2014

Resepi Karipap

(gambar dari instagram aku hehehe  tak sempat nak snap gambar cecantik)

Karipap ni aku buat hari sabtu lepas, anak dara requested sejak2 dah ada kegemaran ni asik suh ibu dia ni buat memacam.. ai kalau ibu rajin ye.. kalau tak hmm kita beli hahaha

Senang je buat karipap ni, cuma menguli tu je ada renyah sikit.. tapi hasilnya wallah!! hahaha kemain lagi.. 

Untuk pastry atau kulit karipap ni, aku ingat 4 bahan je:

-Tepung gandum
-garam sikit
-minyak panas
-air sejuk (letak ais)

Tepung gandum dan garam kita satukan dalam mangkuk, panaskan minyak. Bila dah panas, tuang kedalam tepung tadi, gaul dengan senduk kayu ke sudu ke.. panas ni. Gaul rata, nanti dia jadi cam berderai.. pastu tambahkan air sejuk tadi sikit2.. gaul.. sampai tak melekat kat tangan dan mangkuk. Siap. 

Untuk resepi lengkap bole tgk kat sini okey!

Untuk inti:

Isi ayam (rebus sekejap, pastu racik kecik)
Kentang dipotong dadu (rebus)
Bawang merah sikit
Serbuk kari sikit jek.
Kiub ayam. (ni letak sikit2 dulu, pastu rasa okey takut masin)

Okey caranya:

Tumiskan bawang dengan ayam tadi. Hingga naik bau, masukkan serbuk kari sikit je jangan banyak2. Gaul rata, masukkan kentang dan kiub tadi. Gaul lagi. siap.  cara macam ni, inti kita kurang minyak ataupun berkuah, senang masa nak kelim karipap.

nota: biasanya aku buat inti dulu baru buat pastry nye. Bila pastry dah siap, inti kita pun dah siap masak dan sejuk. :)

Untuk kelim karipap ni.. ha.. kalau ada acuan karipap tu senang la.. aku takde so kena kelim.. nasib baik dulu2 biasa kelim-mengelim nih.. hahaha so takde masalah. 


Untuk menggoreng, pastikan minyak jangan terlalu panas dan api besar. Nanti kita punya karipap menggerutu , tak berapa cantik la tapi kalau dah sedap tu seme tak pandang da.. ahaha.. ni cuma sekadar peringatan je.

Selamat mencuba!

2 comments:

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..