Wednesday, April 25, 2012

Sambal cili pedas.. my feveret



Semalam cik abang selsema. so takde lah deria rasa dan bau.. kekeke... so aku just gorengkan ayam dan buat sambal ni.. teringat ayah saya kata.. kalau demam makan pedas2 nanti berpeluh.. lekas lah baik.. hahaha.. tapi sambal ni memang sedap dan pedas gilerrrrrrrrr!!.. nasib aku tak gile masa makan sambal nih.. hahahahahha.. ok serious time.. hahaha..


Sambal ni memang feveret aku dan kalau makan kalau tak berpeluh memang tak sah.. sebab memang pedas tapi yang penting sambal ni memang pembuka selera.. buatnya pun memang senang.. kalau rasa2 takde selera makan tu.. cer try buat sambal ni.. memang terbukak la segala.. hehe.. 


Resepi: Sambal pedas
Sumber:Nora@DuniaKecilKita


Bahan:
8 biji Cili Api merah
2 biji Cili Hidup (merah)
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
sejemput ikan bilis
1 biji tomato
garam 


Cara:
Semua bahan diatas di goreng seketika..cuma ikan bilis di goreng garing la. Slepas di semua bahan digoreng, blend atau tumbuk semua bahan yang di goreng masukkan garam gaul rata. Siap!




nota:jumlah bahan terpulang ye.. kalau nak kurangkan cili api tu pun bole.. 



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..