Saturday, June 25, 2011

Daging Goreng Kunyit lada hitam..


hari ni mendung je...perut pun asik berbunyi je..tp xbole ikutkan perut tu...bahayo...hehehe..nak2 aku yg baru je abih pantang ni...kena jaga badan ma...daging goreng kunyit pun bole dikira pembuka selera juga kena plak ngan nasi panas..fuhh... hehe..


rasanya ramai dah tau cra nak masak ni kan?...tp aku nak gak share kan resepi nyer...

Bahan:

Daging (dibasuh dan dihiris nipis)
Kentang (di potong bulat) *byk mana ikut suka
Bawang ( dipotong)
Serbuk kunyit (4 sudu)
Cili kisar (1 sudu)
Lada hitam (1/2 sudu)
Garam


Cara2:
-Daging digaul bersama serbuk kunyit, cili kisar dan garam serta lada hitam
-Panaskan kuali
-masukkan daging yang digaul sebati tadi..kedalam kuali (xperlu minyak)
-masukkan air (2 cawan untuk melembutkan daging)
-gaul...apabila air hampir kering masukkan kentang yang dipotong bulat..
-apabila air kering..masukkan minyak..
-gaul sekata...biar seketika..api perlahan (sekadar nak melembutkan sikit kentang)
-masukkan bawang potong..
-siap


Cubalah sedap...

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..