Saturday, March 17, 2012

Ayam Rica-Rica



Assalammualaikum...

Apa khabar? hehehe... dah lama tak bersiaran... kena mula balik nih..

Ok lah.. malas nak membel pepanjang..hehe.. ayam rica-rica ni saya ambil dari blog Dari Dapur Madihah.. memang sedap!!!!
Masa memasak tu wangi je.. ye lah ada serai, daun limau purut dengan daun pandan.. ha...dengar macam.. sedap ke bubuh semua tu? jawapan saya.. memang sedap.. rasa dia macam bersatu gitu...hahahha..
Resepi asal dari Indonesia..


Kita cek resepi...

Ayam Rica Rica (Masakan Manado, Indonesia)
Resepi : Shinta-littlekitchen
Diolah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan :
1 ekor ayam sederhana, potong ikut kesukaan
1 biji limau nipis ~ diperah & ambil jusnya
4 sdm minyak untuk menumis
6 ulas bawang merah ~ di hiris (boleh diganti bawang bombay)
2 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
1 helai daun pandan ~ dipotong2 3 inci panjang
2 cawan air
Garam secukupnya
1 sudu kecil gula (MaDiHaA tambah)
Minyak masak untuk menggoreng ayam secukupnya

Bahan dikisar halus
14 biji cili padi merah (boleh dikurangkan kalau tak kuat pedas)
7 biji cili merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
2 biji tomato ranum, ukuran sedang

Cara menyediakan
1. Bersihkan ayam & tos. Perap sebentar dengan setengah dari jus limau nipis lebih kurang 5 minit. Kemudian cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak & gorengkan sebentar ayam (tanpa dilumur garam/kunyit) setengah masak. (resepi asal tak goreng tp MaDiHaA goreng kejap agak2 ayam nampak masak sikit je.. tp tak nampak garing) *saya pun sama . Angkat & ketepikan sebentar. Dalam kuali yang lain, tumis bahan kisar hingga wangi & garing.
3. Masukkan hirisan bawang merah/bombay, serai, daun limau purut, pandan dan gaul rata. Masukkan ayam dan air dan kacau rata.
4. Masukkan jus limau nipis lebihan tadi, garam & gula secukup rasa, tutup sambil sesekali dikacau.
5. Biarkan hingga rempah meresap dan airnya kering sedikit.
6. Siap sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!!!!!!!! tak rugi woooooo.. hehehe

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..