Sunday, September 23, 2012
Masak Tempoyak Pucuk Paku
Assalammualaikum.. apa khabar? saya kurang sihat. batuk + sakit tekak.. saya ni ada tonsil so kalau kena ni cepat2 la makan ice cream tapi kali ni ngan batuk sekali so kenalah makan ubat.. hehe
Sakit2 pun kena masak jugak.. pastu kena la yang sedap2 sikit.. dah la tak sihat kena masak sedap2 sikit baru selera.. hahahaha.. menu ni saya masak semalam.. Masak tempoyak pucuk paku.. masak ni teringat pada mak mertua.. dia suka sangat masak ni tapi guna daun ubi kayu.. aku ni tak reti camner nak pilih daun ubi yang bole amik dan tidak.. kekeke.(kena belaja nih..), sudahnya saya ganti ngan pucuk paku..
Saya suka pedas, so bubuh banyak cili padi..fuhhh!!!! merecik peluh kaw! hahahaha... cik suami makan nasib tak berulang ke tandas.. hahaha.. dia kata sedap tapi pedas! hahahaha
Buatnya senang je.. meh kita check resepi
Resepi: nora@DuniaKecilKita
Bahan:
Pucuk paku (bole juga guna pucuk ubi)
Daun Kunyit (2 helai- hiris nipis)
Tempoyak( 1/2 senduk)
Serai (2 batang- diketuk2 je.. nak hiris nipis pun boleh)
Cili padi (banyak mana terpulang-tumbuk)
Bawang merah (1 biji besar- tumbuk)
Bawang putih (3 biji-tumbuk)
Ikan bilis (segenggam- ditumbuk kasar)
Santan/Air (2/3 cawan)
Asam keping (1/2 keping)
Garam
Cara:
Panaskan periuk dengan sedikit minyak, masukkan bahan tumbuk bersama serai hingga naik bau. Masukkan santan/air, bersama asam keping serta tempoyak. Gaul rata. Masak hingga mendidih , masukkan pucuk paku dan daun kunyit tadi.. gaul rata. Masukkan garam. Masak hingga agak pekat. Siap!
Cubalah sedap!!!
Thursday, September 20, 2012
Roti Boyan
Assalammualaikum.. pagi ni saya bikin roti boyan.. hehehe... tak pernah rasa dan tak tau pun pernah ada roti camni.. haaa.. kan.. sampai camtu sekali.. camne plak bole nak ter'buat' nih? hehehe..
Beberapa hari lepas, saya ada tengok satu rancangan masakan, dari Indonesia dan ada dibuatnya roti nih... nampak sangat menyelerakan.. Roti boyan.. sedap ke?.. so dengan perasaan yang membuak-buak hahaha.. aku dok meng 'goggle' la resepi.. bahannya sangat2 mudah! Senang je buat ni.. so aku salin resepi dari blog ni.. Diari MamaElla.. guna minyak sapi.. ha.. kebetulan belen2 buat nasi minyak aritu ada lagi.. so hari ni baru le nak buatnya...
Kalau nk rasa dengan lebih mendalam lagi.. hehe.. meh kita belek resepi ni.. terima kasih mama.. kongsi resepi yang mudah dan sedap nih!
Roti Boyan
Resipi nya:
300 gm Tepung gandum (saya buat separuh adunan)
2 sudu makan Minyak sapi -dicairkan (1 sudu.. lebih2 sikit hehe)
1/2 cawan air suam suam kuku (saya agak2 sukatan ni)
Sedikit garam dicampur ke dalam air suam
Cara-cara nya:
1 Campurkan Tepung dengan air suam dan uli sedikit kasi rata dan diikuti oleh minyak sapi yang telah dicairkan.
2 Uli sampai ianya lembut dan biarkan ia nya sebentar.
3 Bagikan adunan ini dalam berat 25 gm Sebiji dan mulalah mencanaikan nya selebar dan seluas yg anda bulih lakukan, ambil isi kentang dalam dua sudu makan dan letakkan ditengahnya.
4 Lipatlah dengan kemas dan susun didulang yg ditaburkan sedikit tepung.
5 Panaskan kuali dan gunakan api yang sederhana dan minyak yang banyak supaya bila menggoreng ia terendam.
6 Bila kedua belah sudah cukup garing , angkat dan toskan kedalm pinggan serta sajikan dengan sambal tuumis pilihan anda... (saya cicah ngan kari ayam semalam .. sambal malas nak buat kekeke)
P/s: Adunan ini Mama dapat 7 keping Roti Boyan.... (saya buat kecik2 budak senang nak pegang dan makan.. saya dapat dalam 8 ketul)
Isi Roti Boyan
7 biji kentang size besar - dikupas dan direbus sampai lembut (saya guna 2 biji je)
3 Biji telur size besar (1 biji telur je)
Sedikit lada sulah dan garam
sedikit daun bawang dan sop - dimayang halus atau kasar
1 Biji Bawang besar - Dihiris halus (saya 1/2 biji bawang)
Cara-caranya:
1 Tos kentang yang sudah lembut, lalu dilenyek-lenyekkan sehingga halus.
2 Masukkan garam, lada sulah dan telur kedalam nya.
3 Kacau sehingga ia nya rata, lalu masukkan daun sop/bawang serta hirisan bawang besar.
4 Siap letakkan ketepi.
Cubalah sedap! hehehehe
Wednesday, September 12, 2012
Wordless wednesday.. wordless la sangat! hahaha
Assalammualaikum.. apa khabar? Syawal dah nak hampir menutup tirai.. kejap betul masa berlalu.. ha.. apa cer tajuk nya wordless wednesday.. tapi aku dok tulis.. hahaha. ni namanya dah lari tajuk.. blog ni aku punya..so aku punya suka lah.. hahaha.. gurau je..
Hari2 memasak .. sampai kekadang dah tak tau nak masak apa.. nk masak yang luar biasa kang tak makan pulak.. menu ni 2 hari lepas aku masak
Kacang buncis goreng bersama carrot dan udang
Bahan:
Seikat sayur Kacang buncis (3 ringgit tu)
Carrot (1 batang kecik je)
Udang (saya guna 8 ekor udang yang sederhana besar tu)
Bawang merah (sederhana besar)
Bawang putih (3 ulas)
Garam
Perasa
Cara:
Kacang buncis tu dibasuh dan dipotong serong2
Carrot potong nipis2 bulat camtu
Udang buang kulit (saya tinggalkan ekor.. nak lawo sikit hehe)
Bawang merah dan putih dihiris (kalau malas..mcm aku.. kalau rajin bole tumbuk)
Panaskan minyak
Masukkan bawang merah dan putih, tumis hingga naik bau
Masukkan Udang, biar kejap
Masukkan Udang, biar kejap
Masukkan carrot.. letak air sikit (nak bg empuk cepat sikit)
Masukkan sekali Kacang buncis
Masak hingga agak empuk, masukkan garam dan perasa
Gaul rata. Siap!
Sambal Tumis ikan kembung
Bahan:
4 ekor ikan kembung
Bawang merah besar (1 je)
Cili kisar (2 cawan)
Garam
Belacan (1/2 atau besar hujung ibu jari)
Asam jawa (sikit je)
Air sikit
Bawang hiris nipis/bulat (optional)
perasa
Cara:
Ikan kembung tu basuh, kunyitkan, goreng seketika angkat dan toskan
Bawang besar diblender bersama belacan
Panaskan minyak
Masukkan bawang yg di blender tadi bersama cili kisar, tumis hingga pecah minyak
Masukkan sedikit air asam jawa bersama sikit je air
Gaul rata, masukkan garam dan perasa
Masukkan Ikan yg telah digoreng tadi
Gaul rata. Siap!
Ayam goreng.. :)
Berselera cik abang makan. hehehe.. aku ni pun haaa... lepas2 raya nafsu makan menjadi2 pulak.. kena beringat nih.. hehehehe
Tuesday, September 11, 2012
Keropok Isi Ketam
Ha.. keropok isi ketam.. menarik kan bunyinya? hehehe... yang benornya ari tu masa beli barang dapur ter'amik' plak crabstick ni.. bila time nak masak.. nk buat apa ye dengan crabstick ni? teringat masa raya aritu ada jalan raya di rumah sedara.. ada keropok ni.. kemain makan anak2 aku.. wah! sedap nampaknya.. tanya ngan tuan rumah.. dia kata keropok ni kawan dia bagi dari Brunei.. oh! jauhnya.. pastu tuan rumah kata lagi.. nak buatnya senang sesangat! So dia bagila resepinya..
Meh kita cek resepi:
Bahan:
1. 1 bungkus crabstick (12 stick) *dapat sikit je.. kalau nak buat le lebih
2. sedikit tepung gandum
1. Crabstick tu kita carik2 kan.. (cara saya, saya potong pepanjang lagi senang nk carik hehe)
2. Crabstick yang dah di carik2 tu gaulkan dengan sesudu atau lebih sikit je dengan tepung gandum.. bukan apa nak bg dia bederai nanti bila nak goreng. Jangan banyak2 cam nak buat salut tepung tu ye.. agak2 je.
3. Guna minyak yang banyak bila dah panas masukkan crabstick tadi. Masuk sikit dulu ye.. test market camne hehehe
4. Goreng sampai kekuningan. Angkat dan toskan.
5. Bila dah sejuk, bole simpan dalam bekas.
Cuba lah! memang sedap :)
Saturday, September 08, 2012
Umar masuk sepital
Ha.. tajuk dah suspen kan? hehe.. tapi itu lah yang terjadi masa raya ke 8 ari tu..
Ceritanya camni.. hari khamis (raya ke 5) kami dah pulang ke KL da. Banyaknye la baju nak basuh! yang sebelum raya ngan selepas raya fuhh!!! saya kata kt suami balik ni nk operasi la.. mana2 yang tertangguh tu.. lepas2 raya ni bahan basah semua takde.. so kami cuma beli je beberapa ari tu lah..
Masa jumaat malam tu.. saya kata pada suami.. "teringin nya lah .. nak makan Kefci" keke.. so cik abang gi la beli.. kami semua makan ayam kecuali Umar dia hanya nk makan "whipped potato" so suami aku suap le dia sampai abih..
Besok paginya.. Umar bangun agak lambat.. tetiba dia bangun dan terus muntah! memang sangat2 banyak! abih kluar semua susu. Aku punya terperanjat.. terus dukung dia, gosok belakang dia. Umar dah mula nangis. Cian anak ibu.
Pastu dia tidur balik. Bangun tu dia dah lapar.. so aku suapkan nasi dan bg dia minum air serta susu. Maybe perut dia sebu kot.. tu yang muntah tadi. Lepas je makan.. umar muntah balik semua yang dia makan dan minum! ah.. kenapa ni? Aku dah risau da..
Lepas pada tu.. dia asik muntah je.. berry takde pulak.. petang tu aku dan suami berkeputusan nk bawak dia gi klinik.. mlm tu doktor cek.. mungkin dia ada salah makan.. so dia bg ubat tahan muntah, sakit perut bla bla... malam tu Umar cuma muntah sekali je..
Pagi esokknya.. Umar bangun terus nangis.. dia lapar agaknya.. ye lah apa benda tak bole masuk perut semalam. So aku bg dia makan roti sebab dia nk sangat lepas tengok kakak dia makan. Abih sekeping roti.. lepas makan aku bg dia minum air garam ngan air putih. Terus muntah!! cian anak ibu.. kenapa ni? badan dia da sangat2 lemah.. sampai nk angkat tangan pun tak bole.. aku kata kt suami.. kalau dia muntah lagi kita bawak dia gi klinik lagi (klinik lain plak). Umar muntah lagi! So kami bawak dia gi klinik.. doktor tu kata Umar memang dah sangat2 lemah.. dia kena drip air.. so kena bawak dia ke hospital.
Masa kt hospital pegawai tu cek.. kata dia tak demam, cirit birit takde tapi muntah2 je.. so dia suspek keracunan. Yang peliknya aku, suami dan anak dara aku okey.. cuma Umar je.
So doktor kata.. Umar kena masuk air.. sebab dia dah lemah sangat! Dia kata kena admitted ward. Adoyai! tahan wad? takpelah umar janji anak ibu sihat balik.
Masa nk cucuk ni aku tak bole nengok.. air mata nak meleleh je.. ibu tak kuat sayang.. abah yang ada masa tu.. terima kasih abah.
Cian anak ibu..
Umar masuk air dalam 5 jam. Pastu aku mintak misi tu cabut jap.. Umar dah boring baring atas katil. Alhamdulillah.. lepas tu dia tak muntah lagi! Anak ibu memang kuat! hehe
Ingat dah bole balik.. tapi bese lah doktor ni.. nak pantau lah.. tapi dah tugas dia kena pastikan betul2.. lepas pada tu umar dah tak drip air lagi dan tak muntah lagi. Cuma cherry berry dia plak dah mula.. dokto kata biasa tu.. malam tu Umar cherry berry habih kena tilam.. cian misi kena tukar sheet memalam. Thanks misi. Sampai pagi tu.. Umar dah tak cirit dan muntah lagi. Alhamdulillah. Doktor kata dia dah pulih dan dah bole check out sepital! yehaa!!
Lepas ni no more Kefci!! haha.. aku banned da.. mungkin untuk sebulan dua.. hehehehehe..
Friday, September 07, 2012
Menu semalam dan Drama korea aku tengah layan
Assalammualaikum... raya tahun ni tah kenapa tak 'terasa' sangat.. mungkin aku je yg rasa camtu kot.. tah lah.. anyway Selamat Hari Raya (baru nak ucapkan.. ha... sabar je la aku ni.. hehehe)
ni gambar masa hari raya yg lepas
biasalah aku takde dalam gambar.. maklum lah jurufoto.. hahahah... tahun ni aku serba kuning.. hahahaha.. ala2 diraja gitu.. tak kose mak.. hahahaha... haaaa.. aku ni dah melalut.. meh kita pulang ke pangkal jalan..
Semalam ni la menu yang aku masak.. sedap! kekeke puji diri sendiri.. kalau kita puji siapa nak puji ye dak? hahaha...
Sup ayam..
Sambal tempoyak..
bertambah la ku semalam...hahaha.. menu feveret! kalau nk cek resepi leh tgk kt sini : sambal tempoyak untuk sup ayam tu.. senang je.. bawang merah, putih dan halia (agak2 le banyaknya.. dihiris) , tumis hingga naik bau, masukkan air secawan dan kentang (dibasuh , dipotong 4). Masak hingga agak empuk, masukkan ayam , biar seketika hingga mendidih, masukkan serbuk sup (dlm satu sudu gitu.. jadikan pes ya) .. gaul rata.. masukkan garam dan perasa, daun sup serta tomato(optional) .. siap! senang kan?hehehe
cuba la ye...
Untuk pengetahuan semua aku ni memang gile ngan drama korea.. siap masuk fan club lagi.. hahaha.. yang hado... hahahah... aku minat ngan Jang keunsuk, park shinhye, lee seunggi, Lee hongki dan Mc Mong.. sape tu? hahahaha... goggle la ye..
Untuk drama baru yang aku tgk sekarang dan minat giler (dah sampai addicted nih..) Arang and The Magistrate..
Memang sangat2 best! kekeke.. untuk aku la tak tau la orang lain.. sekarang baru 7 episode dari 2o eps.. cer la try tgk ye!
Daaaaaaaaaa!!
Monday, September 03, 2012
Jalan2 cari makan
Saba Restaurant,Cyberjaya
Assalammualaikum... apa khabar? saya sore hilang..hahaha.. banyak nau bercakap and minum ais kot.. so anak2 ari ni takdelah dengar sore ibu dia yang ala2 ning baizura gitu.. hahaha... ok back to the title..
Semalam kami adik beradik +ayah mak+ anak2 masing2 plan nak gi makan di Saba Restaurant.. sebenarnya kakak aku yang beria me'recommend' restoran ni.. so aku adik badik lain nak pastikan kesahihan cerita kakak aku tu.. kami pun plan la nak makan ke Saba ni..hehehe
sebelum gi tu kami nya tempat berkumpul di putrajaya.. sempatlah posing2 jap.
Mak ngan Ayah..
Banyak sebenarnya gambo tapi ni je lah yang aku rajin nak upload.. hehe.. masa ni dah kul 12.30pm.. perut pun dah berbunyik.. hahaha.. so lepas penat bergambar kami mula menuju ke Saba
Aku sibuk nak intreprem.. hehehe
Setelah setengah jam akhirnya kami sampai ke Restaurant tu.. erm.. nak ke restoran ni kalau yang tak biasa jalan2 ke cyberjaya memang payah ler (macam aku ni hehehe).. ni pun kakak aku yang jadi tour guide so memang cepat je la menuju ke situ (tu pun ada gak sesat sekejap hehehe)
Masa kami sampai.. nampak dah ramai pelanggan..so misi mencari parking plak.. ye lah ramai orang kete pun banyak ler... nasib ada.. so kami dengan laparnya terus masuk ke restoran.. (tak sempat nak snap pic.. hehe) kakak dah reserved awal untuk 20 orang so.. takde masalah lah nak ada tempat duduk... tu pun puaslah abang ipar explained yang dia dah booking awal tadi..
Kami order 3 Chicken Khabsah(big portion) +1 small, 3 Lamb rice, 2 Kebab.. air masak untuk 20 org haha, air mangga (memang rasa mangga sesaja.. hehehe tapi sedap), 2 babrican, air yogurt, lemon ice, 4 milo ice, nescafe panas.. 2 air grape. Haaa... kalau ada tertinggal sori ye.. hehe.. (gambar tak sempat nak snap.. dah kelaparan dan excited sangat hehehe) so ni la gambar yang aku amik lepas kami dah selesai makan..
tengok pinggan yang licin dan keadaan yang bersepah.. hahaha..
Seperti korang lihat ni.. kitaorang makan kt luar sebabnya tempat tak cukup.. tapi takpe selesa jugak!
ni ha.. anak aku ngan sepupunya.. kemain lagi! dah kenyang lepas makan..
Pada pendapat aku.. Makanan kt restoran ni memang sedap!!! 5 star aku bagi ha... nasi je dah sedap! bole makan nasi saje.. hehehe.. tak tipu! memang sedap...ayam khabsah terbaik!! Lamb Khabsah pun sedap!!!! (aku tak makan la.. tapi laki aku kata sedap.. hehe) service tiptop!! cepat sampai!! even ramai orang! Kat sini ada surau.. so jangan la risau je..
Untuk semua menu yg aku sebut kt atas tadi.. semua RM 188.98! Untuk sepinggan khabsah ayam yang bole makan 3 atau 2 orang dewasa tu kami order 6 plus satu kecik kenkonon takut tak cukup tapi sedang2 elok je cukupnya!! bayangkan semua yang kami order licinnnnnnnnnnn!! hahahaha..
Kami akan repeat datang makan lagi! dia ada cawangan kat Setiawangsa jugak.. so leh le try.. tap tak jamin le rasa dia sama ngan kt cyberjaya.. mesti lah sama kan?hahaha...
Kenyang perut suka ati.. *ni kakak n adik serta anak aku Umar*
Subscribe to:
Posts (Atom)
terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..