Patutnya entry ni pagi tadi, tapi banyak pulak halnya.. ni baru ada masa nak update..
Bila ada anak2 kecik yang tgh membesar nih selera diorang pun pelbagai.. tapi bila tang anak tu kita sebagai ibu ni memang tahu apa yang dia suka dan tidak kan? kenkdg berusaha untk uk pelbagai kan untuk dia tak rasa boring. Ni lah alkisahnya aku dan roti.. hahaha..
Anak2 saya memang antu roti hahaha... pendek kata pantang nampak roti kt umah ni.. kejap je abih.. kejap2 mintak2 kita sapukan jem la nutella la.. aish.. hehe.. tapi kalau dah hari2 kita pun bosan kan.. haha.dan kadang2 tu belen roti yang lagi 2-3 keping tu terbiar je.. nak buat apa ye? ha.. ni ada resepi yang sangat senang dan sangat sedappp!
Teringat kat si Nigella Lawson hahaha mcm kawan aku je kan? hahaha... dia punya resepi lah nih.. memang sedap.. terima kasih ye gella.. kekeke ..Cik suami yang kurang makan manis2 ni pun kata sedapnya..rasa dia nak kata macam puding roti pun ye jugak tapi versi goreng haha.. mungkin sebab ada esen vanilla tu yang bau dia sangat2 wangi!
Meh cek resepi:
Bahan:
Roti (3 ke 4 keping) *aku buang tepi roti tu dan kerat 4 cam gambar kat tu
1 Biji telur
1 sudu gula (lebih2 sikit jek)
setitik esen vanila
3 atau 4 sudu susu
1/2 atau 1 sudu tepung gandum
Cara:
Telur dan gula di gaul rata. Masukkan susu dan esen vanila. Gaul rata2 hingga sebati masukka tepung tu. Gaul rata. Celupkan roti tu. Goreng kan dengan minyak sikit. Terbalikkan bila agak kekuningan. angkat. Siap!
Senang kan? masa tak lebih dari 10 minit, dah siap.
wow...
ReplyDeletesaya pun suka makan roti.. lagi2 kalau goreng2 tu.. hehehehe.. kalau roti kat umah ni pun sama.. 1 loaf tu.. sat ja.. org makan 2 - 3 hari.. tak pun sampai expired.. kat umah ni sekelip mata.. tau2 tinggal dua 3 keping.. hehehehe
memangnya! jumbo tak jumbo abih kejap je.. hehehe..
ReplyDelete