Wednesday, October 31, 2012

Nasi goreng


Selamat pagi.. kejap je da hari rabu :) dah hujung Oktober. Hehe.. plan nak gi bercuti asik tertangguh jek.. tak pelah.. mungkin ada hikmahnya.

Ok lah.. pagi buat nasi goreng cili api.. kalau nak citer pasal nih.. apa2 nasi goreng yang kita buat mesti tak sama dengan nasi goreng mak kita buat. Bahan yang sama, cara yang sama tapi rasa mesti beza. Paling utama sebab rasa berbeza is kita tak tumbuk tapi kita blender (kes M la.. macam aku hehe). Kalau kita perhatikan mak kita nyer nasi goreng bahan2 cam bawang atau cili api tu memang tumbuk2 kasar je. Mak kata lebih sedap camni. hehe.. so skg aku memang jarang guna blender seme tumbuk.. memang la malas kalau diikutkan tapi kalau nak sedap kena la usaha sikit.. 

Buat nasi goreng cili ni mudah je.

Bahan:
Nasi putih (lagi sedap nasi yang dah di masak semalaman)
Bawang merah *tumbuk
Bawang putih *tumbuk
Cili api *tumbuk (nak pedas buh le bebanyak)
Garam
Perasa
Telur

*cara saya.. masa menumbuk cili padi saya letak garam so mudahla kalau nak menggoreng nanti.

Cara:
Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk sehingga garing. Pecahkan telur. Biar seketika baru gaul rata. Bubuh pereasa. Masukkan nasi putih tadi. Gaul sebati. Biar seketika. Siap!

2 comments:

  1. assalamualaikum...
    pagi2 mmg sedap makan nasi goreng..
    anak2 nani kalau tanya diorang nak makan apa..
    so jawapan nye nasi goreng.. hari2 nasi goreng pun diorang tak jemu.. sampai pegi kedai makan pun nak di order nasi goreng je.. hehehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam .. memangnya.. ni ngan mak budak pun minat jugak hahaha..(saya le tu) hehehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..