Monday, March 19, 2012

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG


Apa khabar? saya dan keluarga Alhamdulillah sihat

Ok lah kite terus ke menu saya.. hehe.. ayam kicap berempah mamak penang.. memang sedap!!!!! wahhh.. rasanya bole makan dengan nasi putih, nasi minyak atau nasi jagung.. rasa dia erm.. ada rasa kari, kicap dan rempah.. memang sedap lah.. recommended!!

Resepi ni saya amik Dari Dapur Madihah .. terima kasih untuk resepi yang sedap ni.. kak madihah dah ringkas kan menu dari mamak aji.. jom cek resepi



AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK PENANG
Resepi :Mamak Haji
Sumber : Kak Watties@homemadecakes, Kak Ayu & MaDiHaA dan Nora

Bahan:
1 ekor ayam (1.7kg – 1.6kg) dipotong 16
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 tsp serbuk lada hitam (yang ditumbuk sendiri)
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 tsp air limau nipis *saya tak letak.. lupe hehe.. tp sedap jugak
1 tsp Jintan manis *tak letak sebab takde stok la pulak..
1 tsp Jintan Putih
1/2 s/b serbuk kas-kas (optional) ~ (Ayu tak letak ni tapi MaDiHaA letak sbb ada stok) *saya letak
1 sudu besar serbuk cili (boleh kurangkan mengikut kepedasan anda ingin) (MaDiHaA jadikan pes) *saya guna cili kisar
2 sudu besar rempah kari Daging (MaDiHaA jadikan pes)
3 kuntum bunga lawang-(Ayu gunakan 1 aje MaDiHaA guna 2)
1 inci kulit kayu manis
3 buah pelaga
2 batang serai yang telah di ketuk.
Garam , Gula secukup rasa.
1 cawan air (yg ni MaDiHaA tambah) *saya letak kasi kuah sikit..


Bahan kisar

3 Biji bawang besar
3 inci halia
1 ulas bawang putih

Cara menyediakannya:
1. Gaul rata ayam bersama serbuk kunyit & garam. Goreng ayam 3 suku masak & ketepikan dahulu. Panaskan minyak dalam kuali yang lain, tumiskan serai, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik bau masukkan bahan kisar & tumis hingga harum & naik minyak. Masukkan pes cili & pes serbuk kari daging & masak lagi hingga wangi.

2. Masukan semua bahan-bahan yang lain di atas dan biarkan kuahnya mendidih. Masukan ayam yang telah goreng. Kecilkan api dan biarkan selama 10 minit – 15 minit di masak. MaDiHaA tambah 1 cawan air. Masak hingga agak kering & rasa kemasinannya & bolehlah tambahkan garam JIKA PERLU.

3. Tutup api dan masukan perahan air limau 1 tsp . Taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia.

Selamat mencuba!






5 comments:

  1. wah... mmg menarik.. abiz keje mau masak la ..

    ReplyDelete
  2. hehe..memang sedap!! try lah..

    ReplyDelete
  3. boleh ke kalau nak copy tak larat nak salin. maklum la kita ni bukan boleh ingat panjang2 ni.kalau boleh tq so much. kalau tak boleh kena salin gak la sebab nampak macam sedap.

    ReplyDelete
  4. tapi lupa pulak nak tanya boleh salin resepi ni?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi membuka blog yg x seberapa nih..